Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ka.tan] | سوکتن

Definisi : 1. satuan yg digunakan utk me­nyukat, ukuran: berapakah luasnya dlm ~ hektar?; sebutkan isinya dlm ~ liter; 2. sesuatu hasil drpd menyukat (setelah disukat), catuan: di bawah ini diberikan lagi satu ~ makanan yg memberi tenaga sebanyak 2600 kilogram kalori; 3. sesuatu yg digunakan utk menyukat (menentukan, menilai, dll): sudut itu diukur dgn ~ darjah; ~ pelajaran butir-butir ringkas drpd mata pelajaran yg diberikan (di sekolah dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ka.tan] | سوکتن

Definisi : ukuran (panjang, luas, dan isipadu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ka.tan] | سوکتن

Definisi : 1 sistem atau unit yg digunakan utk menyukat sesuatu; ukuran: Berapa luas negeri Pahang dlm ~ ekar? 2 hasil drpd menyukat: ~nya tidak betul. ~ pelajaran ringkasan atau keterangan ringkas ttg mata pelajaran yg perlu diajarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[su.ka.tan] | سوکتن

Definisi : sistem atau unit yg digunakan utk mengukur sesuatu; ukuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukat1
Kata Terbitan : menyukat, sukatan,

Peribahasa

Janji sampai,
     sukatan penuh.

Bermaksud :

Sudah sampai ajal.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAKI PAUN

Kaki paun ialah unit sukatan kerja dan tenaga

dalam sistem sukatan lazim atau sistem sukatan

Inggeris.

UMUM 
MINIM

Minim ialah unit sukatan cecair paling kecil dalam

sistem sukatan apotekari. Ahli farmasi pernah

menggunakan sistem ini, tetapi kini mereka

menyukat banyak preskripsi dalam unit metrik. Satu

minim bersamaan 0.0616 mililiter, atau sentimeter

padu. Dalam sistem apotekari, satu minim

bersamaan satu titik, dan 60 titik bersamaan satu

dram cecair. Perkataan minim berasal daripada

perkataan Latin minimus, yang bermakna paling

kecil.

UMUM 
KARAT

Karat ialah sukatan yang digunakan oleh tukang

emas untuk menimbang batu permata. Istilah ini

berasal dari perkataan Arab, carat, yang bermakna

kacang atau biji.

UMUM 
AUNS

Auns ialah unit untuk menyukat berat dan jumlah.

Dalam sukatan berat avoirdupois , auns adalah

bersamaan dengan satu per enam belas paun, atau

437 grain (28.3495 gram).

UMUM 
KILOGRAM

Kilogram ialah unit jisim (kuantiti jirim) dalam

sistem metrik. Ia ialah salah satu unit asas dalam

sistem sukatan ini, dan simbolnya ialah kg. Satu

kilogram mempunyai jumlah jisim yang hampir

sama dengan 1000 sentimeter padu air pada suhu

4°C. Kilogram juga digunakan untuk menyukat

berat.

UMUM 
SURAH AL-MUTAFFIFIN

Surah al-Mutaffifin ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-83 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

36 ayat. Ia dinamakan al-Mutaffifin (orang-orang

yang tidak berlaku adil dalam timbangan dan

sukatan) kerana pokok perbincangan surah ini ialah

tentang manusia yang tidak berlaku adil dalam

perniagaan iaitu daripada segi timbangan dan

sukatan.

UMUM 
MICHELSON, ALBERT ABRAHAM

Michelson, Albert Abraham (1852–1931)

ialah warga Amerika yang pertama menerima

Hadiah Nobel bagi bidang sains. Dia menerima

Hadiah Nobel 1907 bagi bidang fizik untuk reka

bentuk peralatan optik jitu ciptaannya dan juga

sukatan tepat yang didapati daripada peralatan

tersebut.

UMUM 
KURIKULUM SEKOLAH MALAYSIA

KURIKULUM SEKOLAH MALAYSIA, skop dan isi kandungan mata pelajaran sekolah. Kurikulum sekolah di Malaysia merangkumi perkara seperti sukatan pelajaran, perancangan dan pelaksanaan pendidikan, penilaian dan matlamat pendidikan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas