Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.kro.sa] | سوکروسا

Definisi : (Kim) gula yg banyak terdapat dlm tebu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kro.sa] | سوکروسا

Definisi : ist hablur putih (sj gula) yg diperoleh drpd tebu dsb dan digunakan utk memaniskan minuman, makanan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sukrosa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUKROSA

Sukrosa ialah nama kimia bagi gula biasa. Sukrosa

teprgolong dalam kelas makanan yang dikenali

sebagai karbohidrat. Ia adalah hasil fotosintesis, iaitu

proses membuat makanan dalam tumbuh-tumbuhan.

Sukrosa diekstrakkan daripada bit gula

dan tebu dan digunakan dengan meluas sebagai

pemanis. Formula kimianya ialah C12H22O11.

UMUM 
SAKARIDA

Sakarida ialah karbohidrat – satu daripada

tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein

membentuk dua kelas yang lain. Sakarida

dikelaskan mengikut struktur kimianya.

Monosakarida, yang mempunyai struktur paling

ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang

didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain,

monosakarida tidak boleh terurai menjadi

karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat

dengan asid cair atau melalui tindakan enzim

tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja),

terdiri daripada dua molekul monosakarida yang

disambungkan dengan satu atom oksigen.

Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin

terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang

bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat

Karbohidrat. Lihat juga Kanji.

UMUM 

Kembali ke atas