Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ku] | سوکو

Definisi : 1. sl kaki; ~ lembu kaki lembu; 2. tiga bulan; 3. Kd, Pl seperempat ringgit (25 sen); 4. Id setengah rupiah; 5. = ~ emas sj wang emas yg digunakan juga sbg ukuran berat emas; 6. sebahagian drpd, bahagian; ~ kata satuan bunyi yg diucapkan sekali dlm sesuatu kata, bahagian kata; 7. satu drpd empat bahagian, seperempat (dlm matematik); 8. = suku-sakat; 9. Mn, NS golongan orang yg seke­turunan (drpd sebelah ibu), kaum keluarga yg seketurunan (drpd sebelah ibu): maka menyem­bahlah penghulu yg empat ~ serta lembaga yg dua belas ~; 10. = ~ bangsa golongan bangsa yg menjadi bahagian kpd bangsa yg besar: mereka ialah orang asli drpd Kacir dan ~ Shan; ~ Jawa; 11. Kl, Ph, Tr terpisah, berasingan; duduk ~ duduk berasingan (di rumah dll); ~ abad dua puluh lima tahun; ~ batu seper­empat batu yg bersamaan dgn 440 ela atau 402 meter; ~ jam lima belas minit; ~ kalimat bahagian drpd sesuatu kalimat; ~ tahun tiga bulan dlm setahun; ~ tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih prb orang sesuku sehina semalu (hina seorang hina semuanya, malu seorang malu semua­nya); dekat mencari ~, jauh mencari hindu prb mencari pertalian keluarga, menyusur­galur; bersuku 1. sl berkaki; 2. mempunyai suku (bahagian-bahagiannya), berbahagian; 3. berkeluarga (berwaris), berkaum, masuk dlm salah satu suku; tidak ~ a) tidak termasuk dlm sesuatu suku; b) tidak tahu adat, biadab; bersuku-suku berkelompok (berkumpul dll) mengikut suku masing-masing, berke­lompok-kelompok, berpuak-puak: mereka hidup dgn ~ atau berpuak-puak; sukuan 1. (Mat) bahagian yg besarnya suku drpd bulatan; 2. menunjukkan atau meng­andungi unsur-unsur (ciri-ciri dsb) yg berkait­an dgn sesuatu suku bangsa, yg ada kaitan­nya atau hubungannya dgn sesuatu suku bangsa: bahasa ~; sastera ~; kesukuan perihal suku, bersifat suku: kadang­kala kita terbaca puji-pujian yg ditujukan khas kpd orang Bugis, sekali lagi menunjuk­kan sikap ~nya; persukuan perihal hidup bersuku-suku, berpuak-puak menurut suku, adat bersuku­suku: akan ditegakkan rumah utk isteri di atas tanah kepunyaan ~ sendiri; sepersukuan sama asal keturunannya, sama sukunya, seketurunan: yg seorang mengata­kan Leman adalah ~, yg lain mengatakan bertali darah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ku] | سوکو

Definisi : 1 sebahagian drpd sesuatu yg telah dibahagi empat; seperempat; : ~ jam 15 minit; ~ tahun tiga bulan. 2 golongan orang yg seketurunan dr sebelah ibu (dlm adat perpatih): Tiap-tiap satu ~ diketuai oleh seorang lembaga. 3 = ~ bangsa golongan bangsa sbg sebahagian drpd satu bangsa yg lebih besar: ~ Jawa; ~ Ambon. 4 (sastera lama) kaki: ~ lembu kaki lembu. ~ batu seperempat batu (440 ela). ~ kata satu­an bunyi yg menjadi unsur dlm sesuatu kata (spt ma dan kan pd perkataan makan atau ku dan ku pd perkataan kuku). ~-sakat golongan orang yg seketurunan; saudara-mara. bersuku 1 mempunyai suku; mempunyai baha­gian. 2 masuk dlm sesuatu suku (bkn adat perpatih). bersuku-suku ber­kelompok-kelompok mengikut suku masing-masing. sukuan baha­gian yg besarnya sesuku drpd satu bulatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suku
Rujuk :kaum

Peribahasa

Kalau bersahabat cari sama babat.

Bermaksud :

Pilihlah kawan daripada golongan sendiri. babat = pasang, suku, golongan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan selamat pagi. Contoh ayat: 1. Bahasa utamanya ialah bahasa Parsi, bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Assyria, bahasa Kurdis, dan bahasa Turki. 2. Wilayah tersebut mencakupi beberapa kelompok suku dan budaya termasuk suku Iran, suku Arab, suku Yunani, suku Yahudi dan lain-lain. 3. Dia telah menjalankan penyelidikan di Vietnam, di Indonesia, dan di Thailand. Adakah perkataan "bahasa", "suku", dan kata sendi nama "di" dalam ayat-ayat tersebut perlu diulang bagi setiap contoh atau boleh digugurkan bagi contoh yang kedua dan seterusnya?Waalaikumussalam
perkataan bahasa, suku dan kata sendi nama di tidak perlu diulang bagi contoh yang seterusnya.
Tatabahasa07.02.2017
mengetahui cara mengajar membaca secara menyebut suku kata, perkataan, dan ayat mengenali suku kata terbuka dan suku kata tertutup

Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Rujuk juga buku Daftar Kata Bahasa Melayu, terbitan DBP; Mengajar Membaca - Teori dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, tulisan Yahyah Othman; dan Motivasi dan Kaedah Membaca, tulisan Zaini Ujang terbitan Nurin Entreprise. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran ini, sila rujuk kepada pihak yang lebih arif, iaitu pensyarah di maktab dan universiti.

Lain-lain30.04.2013
Selamat malam, 1. Adakah perkataan "hai/ran" terbentuk daripada suku kata terbuka + suku kata tertutup ? kemusykilan saya ialah adakah bunyi diftong "ai" dianggap sebagai suku kata terbuka ? 2. Adakah perkataan "se/nang" dan "ta/rikh" terbina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup ? Terima kasih.Perkataan hairan, senang dan tarikh ialah suku kata tertutup. Diftong "ai" ialah suku kata terbuka. Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.Tatabahasa21.01.2010
Assalamualaikum Tuan/Puan di talian, Saya ingin mengetahui ejaan perkataan di bawah jika dipisahkan sebutan suku katanya, bagaimanakah sebutan yang sebetulnya? 1. siap ( satu suku kata @ dua suku kata) 2. naik( satu suku kata @ dua suku kata) 3. main( satu suku kata @ dua suku kata) Semoga mendapat perhatian daripada pihak tuan/ puan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sekian, terima kasih.Dikira dua suku kataIstilah03.09.2010
saya ingin bertanya,, adakah perkataan dua itu dieja dengan satu suku kata atau dua suku kata ? Kalau satu suku kata, kenapa? Sekian terima kasihMerujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, dua dieja sebagai [dua].

Manakala, dalam Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, mengikut penggalan suku kata, dua merupakan perkataan dalam bahasa Melayu dua suku kata, kv+v = du+a.

Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu.  Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan.  Pemenggalan kata bagi ejaan pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala, sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun].

Ejaan21.03.2014
Apakah perbezaan sebutan suku kata dan kata ejaan suku kata ?Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan. Pemenggalan kata bagi ejaan  pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun].

Contoh:  ma-kan-an (pemenggalan suku kata)
             ma-ka-nan (pemenggalan sebutan)
             ba-yar-an (pemenggalan suku kata)
             ba-ya-ran  (pemenggalan suku kata)
     
Lain-lain19.01.2022
saya menghadapi masalah untuk memahami suku kata tertutup dan suku kata terbuka dalam bahasa melayu.Terima kasih.

Saudari Hazrina,

Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, contohnya: saya, baca dan buku, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan, contohnya: emak, kakak dan buah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.

Tatabahasa02.10.2012
1) Boleh huraikan tentang suku kata terbuka dan suku kata tertutup? 2) Terangkan tentang suku kata bagi perkataan "emak", "kakak", dan "buah". Saya keliru dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia muka surat 37 (BM3.5.6,BM3.5.7,dan BM3.58)1. Suku kata terbuka ialah  suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, contohnya: saya, baca dan buku, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan, contohnya: emak, kakak dan buah.Tatabahasa23.04.2012
Perkataan 'emak' ialah perkataan 2 suku kata terbuka atau tertutup? Perkataan 'biawak' ialah perkataan 3 suku kata tertutup atau terbuka? Adakah saya lihat suku kata terakhir dalam sesuatu perkataan untuk menentukan sama ada perkataan itu terdiri daripada suku kata terbuka atau tertutup?Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Oleh itu, emak dan biawak ialah suku kata tertutup.Lain-lain20.07.2010
Salam sejahtera. Mohon sedikit penjelasan berkaitan dengan suku kata. Jika KVVK (buat), berapa suku kata terdapat di situ? Contoh lain, KVVKK (buang), berapa suku kata di situ? Terima kasih.Salam sejahtera,

Buat - mengandungi 2 suku kata, iaitu bu + at
Buang - juga mengandungi 2 suku kata, iaitu bu + ang

Untuk makluman, terdapat dua jenis suku kata, iaitu suku kata terbuka, suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.
Tatabahasa09.09.2015
12345678910...

Kembali ke atas