Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sukuk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sukuk salamsukuk salamEkonomiEkonomi IslamSijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip salam. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembekal tempahan aset manakala pemegang sukuk sebagai pembeli tempahan. Sukuk ini merujuk kepada tempahan aset yang melibatkan barang makanan seperti minyak, gandum dan pelbagai makanan lain. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembeli aset daripada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara berikut: i. Pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana. ii. Pemegang sukuk membeli sukuk daripada pengeluar sukuk sebagai bayaran untuk aset yang ditempah. iii. Setelah aset yang ditempah siap maka pengeluar sukuk menyerahkan aset kepada pemegang sukuk. Pemegang sukuk mendapat perolehan dengan dua cara, iaitu harga belian aset lebih rendah daripada nilai sukuk dan sukuk diperniagakan di pasaran sekunder. Sukuk salam berbeza dengan sukuk istisna’ dalam aspek kaedah bayaran dan kaedah penyerahan aset. Sinonim bon salam.
sukuk istisnasukuk istisna’EkonomiEkonomi IslamSijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip istisna’. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembekal tempahan aset manakala pemegang sukuk sebagai pembeli tempahan. Sukuk ini merujuk kepada tempahan aset yang melibatkan pembuatan pertukangan seperti bangunan perumahan, jalan raya dan mesin. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembeli aset daripada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara: i. pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana. ii. pemegang sukuk membeli sukuk daripada pengeluar sukuk sebagai bayaran untuk aset yang ditempah. iii setelah aset yang ditempah siap maka pengeluar sukuk menyerahkan aset kepada pemegang sukuk. Pemegang sukuk mendapat perolehan dengan dua cara, iaitu pertama harga belian aset lebih rendah daripada nilai sukuk. Cara kedua, iaitu sukuk diperniagakan di pasaran sekunder. Sinonim bon istisna’.
sukuk ijarahsukuk ijarahEkonomiEkonomi IslamSijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip ijarah. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai penyewa aset atau perkhidmatan kepada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara: i. Pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana daripada pemegang sukuk. ii. Dana digunakan oleh pengeluar sukuk untuk memperoleh aset dan/atau perkhidmatan. iii. Pengeluar sukuk kemudiannya menjual aset dan/atau perkhidmatan kepada pemegang sukuk. iv. Seterusnya pengeluar sukuk menyewa semula aset dan/atau perkhidmatan tersebut daripada pemegang sukuk. Contohnya sukuk al-ijarah bernilai RM100 juta yang diterbitkan oleh Majlis Tempatan Pasir Gudang. Bangunan dan peralatan yang dipunyai oleh majlis tempatan dijual untuk tempoh 10 tahun kepada syarikat bertujuan khas (SPV) yang kemudiannya disewakan semula kepada Majlis Tempatan Pasir Gudang untuk tempoh 10 tahun. Pemegang sukuk memperoleh pulangan daripada sewaan.
sukuk bithaman ajilsukuk bithaman ajilEkonomiEkonomi IslamSijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip ijarah. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai penyewa aset atau perkhidmatan kepada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara: i. Pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana daripada pemegang sukuk. ii. Dana digunakan oleh pengeluar sukuk untuk memperoleh aset dan/atau perkhidmatan. iii. Aset dan perkhidmatan kemudiannya dijual kepada pemegang sukuk. iv. Pengeluar sukuk kemudiannya membeli semula aset dan perkhidmatan tersebut daripada pemegang sukuk dengan bayaran ansuran. Pemegang sukuk memperoleh pulangan daripada harga jualan kerana harga jualan semula oleh pengeluar sukuk meliputi kos pembelian sukuk dan margin.
tradable sukuksukuk boleh niagaEkonomiEkonomi IslamSijil kewangan yang boleh diniagakan di pasaran sekunder. Urus niaga sijil ini sah kerana tidak mempunyai elemen yang bertentangan dengan syariah. Syarat utama untuk membolehkan sijil ini boleh diniagakan ialah aset pendasar urusan ini telah wujud. Contohnya aset pendasar bagi sukuk al-Ijarah ialah bangunan yang disewakan. Sukuk tak boleh niaga seperti sukuk al-istisna’ akan menjadi boleh niaga dengan syarat kewujudan aset pendasarnya telah mencapai sekurang-kurangnya 51% daripada nilai pasaran. Sinonim sijil aset kewangan Islam boleh niaga.
non-tradable sukuksukuk tak boleh niagaEkonomiEkonomi IslamSijil kewangan yang tidak boleh diniagakan di pasaran sekunder. Urus niaga sijil ini tidak sah kerana mempunyai elemen yang bertentangan dengan syariah kerana aset pendasarnya belum wujud. Contohnya, sukuk al-Istisna’. Walau bagaimanapun, sijil ini boleh diniagakan apabila aset pendasarnya telah wujud atau aset pendasarnya telah mencapai sekurang-kurangnya 51% daripada nilai pasaran. Sinonim sijil kupon sifar tak bleh niaga.
sukuk/trust certificatesukukEkonomiEkonomi IslamSijil yang menunjukkan bukti pemilikan dan hak tuntutan perolehan. Pemegang sijil boleh memiliki aset mengikut kadar tertentu. Perolehan boleh dituntut oleh pemegang sijil berdasarkan kepada prinsip tertentu seperti prinsip al-ijarah, musyarakah dan mudarabah. Sekiranya aset tersebut boleh diniagakan maka sijil tadi dikenali sebagai sijil aset kewangan boleh niaga. Sebaliknya jika aset tersebut tidak boleh diniagakan maka sijil berkenaan dikenali sebagai sijil kupon sifar tak boleh niaga. Contohnya sukuk ijarah, sukuk mudarabah dan sukuk musyarakah.
sukuk indexindeks sukukEkonomiEkonomi IslamIndeks untuk mengukur prestasi umum bon yang selaras dengan syariah. Indeks ini menjadi tanda ukur bagi pelabur yang mahukan pendapatan tetap pelaburan daripada bon syariah. Indeks ini dikira berdasarkan kepada sekumpulan bon yang setiap satunya mesti memenuhi ciri-ciri tertentu, iaitu bon mestilah selaras dengan syariah, masa matang minimum ialah satu tahun, saiz penerbitan minimum ialah sebanyak US250 juta dan mempunyai penarafan ‘BBB‘. Para pelabur menggunakan indeks ini sebagai panduan untuk membuat keputusan sama ada melabur atau sebaliknya. Contohnya, sekiranya pulangan bon atau sukuk yang diterbitkan oleh sebuah syarikat adalah lebih tinggi daripada indeks sukuk, maka pelabur cenderung untuk membeli bon syarikat tersebut.
government debt instrumentinstrumen hutang kerajaanEkonomiEkonomi IslamDokumen yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk mendapatkan dana bagi membiayai projek dan program pembangunan. Contoh instrumen hutang kerajaan yang berasaskan prinsip syariah ialah sijil pelaburan kerajaan, sukuk ijarah, sukuk simpanan rakyat, bil Bank Negara Malaysia dan sijil simpanan merdeka.
fixed rate mechanismmekanisme kadar tetapEkonomiEkonomi IslamKaedah penentuan kadar untung yang kekal sepanjang tempoh pembiayaan. Kadar untung ditetapkan pada masa akad pembiayaan dimeterai dan bergantung kepada jenis akad yang digunakan seperti akad bai‘ bithaman ajil, murabahah, ijarah dan istisna’. Mekanisme ini memberi lebih manfaat kepada pelanggan melalui dua cara. Pertama, pelanggan boleh mengenal pasti kos dan risiko yang terpaksa ditanggung sepanjang tempoh pembiayaan. Kedua, pelanggan dapat mengelakkan kenaikan kos yang ditanggung apabila berlaku kenaikan kadar untung pembiayaan semasa di pasaran. Contoh sukuk yang boleh menggunakan mekanisme kadar tetap ialah sukuk salam, sukuk istisna‘ dan sukuk bai‘ bithaman ajil.
123

Kembali ke atas