Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.la] | سولا

Definisi : 1. = penyula, sulaan sj pancang yg runcing lagi tajam hujungnya (utk mengopek kelapa, menghukum orang, dll); 2. = hukum ~ = hukuman ~ hukuman bunuh dgn menikam dr dubur hingga ke perut dgn sula: kedua-dua orang yg melakukan durjana itu kemudian dihukum ~; ~ laut sakit perut dgn cirit-birit; menyula 1. mengopek buah kelapa dgn sula: ~ kelapa; 2. = menyulakan menikam drpd dubur hingga ke perut dgn sula, membunuh dgn sula: beberapa orang ketua mereka disula tetapi yg lain diampunkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.la] | سولا

Definisi : , = sulaan, = penyula tongkat atau pancang yg runcing lagi tajam hujungnya dan digunakan utk me­ngopek kelapa (menghukum orang pd zaman raja-raja Melayu dahulu). menyula 1 mengopek kulit kelapa dgn menggunakan sula. 2 menikam orang dr juburnya hingga ke perut; membunuh dgn sula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sula


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAN PEDRO SULA

San Pedro Sula (pend. 372 800) ialah bandar

kedua terbesar di Honduras. Ia terletak di tebing

Sungai Chamelecón. Untuk lokasi, lihat Honduras

(peta). Bandar ini ialah pusat industri pisang dan

tebu dan pusat perdagangan untuk bahagian

pedalaman utara dan pedalaman barat.

Industrinya termasuk kilang bir, kilang gula

dan loji yang mengeluarkan sabun, lilin, kasut,

dan rokok

UMUM 
BANGGAI

BANGGAI, sekumpulan pulau kecil yang terletak di antara Sulawesi Timur dengan Pulau Sula. Banggai juga disebut Semenanjung Banggai. Sejarah awal Banggai berhubung rapat dengan negeri-negeri jirannya. Banggai dianggap sebagai negeri yang wujud di bawah ketuanan Ternate serta kawasan lain seperti Sulawesi, Gorontalo, Buton, Solor, Seram dan Ambon pada zaman kegemilangan Ternate sekitar tahun     1620-an. Banggai perlu taat setia kepada Ambon apabila Ambon menggantikan Ternate sebagai kuasa tertinggi di seluruh Laut Timur pada pertengahan abad ke-17. Menurut rekod sejarah, Ternate dapat mencapai matlamat untuk memperluaskan kuasanya melalui pertolongan secara tidak langsung dari Banggai. Keadaan ini timbul kerana pedagang tempatan di Banggai bertanggungjawab menjual senjata api, kapak dan pisau kepada Ternate dalam kempen untuk menggulingkan musuhnya, Ambon.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PARAMESWARA

Parameswara ( ? –1414), pengasas Kesultanan

Melaka, Raja Melaka yang pertama (1399–1414).

Parameswara berasal dari Palembang, Sumatera,

Indonesia. Mengikut Sulalatus Salatin, namanya

dicatatkan sebagai Raja Iskandar Syah, kerana ingin

menampakkan pertalian zuriatnya dengan Iskandar

Zulkarnain. Menurut sumber dari China dan Portugis,

masing-masing mencatatkan namanya sebagai ‘Pai-limi-

sula’ dan ‘Parameswara’.

UMUM 
DIALEK MELAYU BACANDIALEK MELAYU BACAN, dialek yang dituturkan di Pulau Bacan di sebelah selatan Pulau Ternate, Maluku Utara. Lebih kurang 6000 orang di Kecamatan Labuha dan dua kampung yang lain berbahasa Bacan sebagai bahasa ibunda mereka. Pada tahun 1914, dua orang sarjana Belanda, N, Adriani dan A.C. Kruijt, menganggap dialek itu sesuatu bahasa dan menggolongkan ‘bahasa’ itu dengan beberapa bahasa di Kepulauan Sula, walaupun mereka sendiri tidak pernah melakukan penelitian lapangan tentang varian itu.BAHASABahasa

Kembali ke atas