Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.lit] | سوليت

Definisi : 1. dirahsiakan, tersembunyi, rahsia: segala perkara yg didapati drpd penyiasatan itu dianggap sbg perkara ~; 2. tidak terang­terangan, tersembunyi, gelap: pembunuhan itu terjadi dgn pertolongan secara ~ seorang menteri Jepun; 3. gelap (perkumpulan dll), haram; kumpulan ~ kumpulan penjahat (secara gelap); pasar ~ pasar haram (di sisi undang-undang); 4. jarang terdapat atau diketemui, susah dicari; perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang ditemui; 5. sukar, payah, susah: pertanyaan itu ~ utk dijawab; 6. sukar, gawat, rumit, ruwet: perkara ini menjadi bertambah ~ lagi kerana adanya dlm sastera Melayu kebiasaan menyalin atau menyadur; menyulitkan 1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan: soal wang se­lalu ~; 2. menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan; mempersulit menjadikan lebih sulit; kesulitan perihal sulit, kesukaran, kesu­sahan, kerumitan: saudara harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lit] | سوليت

Definisi : 1 tidak diketahui atau tidak dpt diketahui oleh orang ramai; ter­sembunyi; rahsia: Ada antara mereka itu yg telah menubuhkan pasukan penentang Jepun secara ~. 2 jarang terdapat atau jarang bertemu; tidak selalu didapat; susah dicari atau susah dilalui: Jalan pergi ke gunung itu sangat ~. perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang di­temui dan maknanya tidak berapa diketahui umum. 3 susah hendak diselesaikan; sukar; payah: Dia sedang memikirkan cara hendak memecahkan perkara yg ~ itu. menyulitkan menyebabkan menjadi sulit; menyusahkan; menyukarkan. mempersulit menjadikan lebih sulit. kesulitan 1 keadaan sulit; kesukaran; kesusahan. 2 sesuatu yg sulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sulit (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, rumit,

2. Bersinonim dengan dirahsiakan: tersembunyi, tidak terang-terang, diam-diam, senyap-senyap, gelap, haram, tidak dibenarkan, bawah tanah,
Berantonim dengan terang-terang

3. Bersinonim dengan jarang ada: susah dicari, jarang diketemui, mahal,

Kata Terbitan : menyulitkan, kesulitan,

Peribahasa

Berkelahi dalam kepuk.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang sulit diselesaikan (susah dan sukar).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jig sawgergaji jigKejuruteraanTiadaAlat yang bilahnya sempit dan sesuai untuk memotong lengkung dan garisan yang sulit-sulit.
jig sawgergaji jigKesenianTiadaAlat yang bilahnya sempit dan sesuai untuk memotong lengkung dan garisan yang sulit-sulit.
secret ballotundi sulitSains PolitikPolitik PerbandinganPemilihan yang dilakukan secara rahsia. Dalam pengundian ini, setiap pemilih tidak mengetahui pilihan yang dibuat oleh pengundi lain. Pengundian sulit biasanya dilaksanakan secara kertas undi dan tidak secara terbuka dengan mengangkat tangan. Pengundi yang memilih calon yang bersaing hanya perlu menanda dan memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi yang terkawal. Tujuan undi sulit dilaksanakan adalah untuk tidak mempengaruhi proses pengundian dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada pengundi untuk membuat pemilihan tanpa merasa tekanan. Pada zaman moden ini, kemudahan komputer banyak digunakan untuk menjalankan pengundian sulit ini. Contohnya, pengundian dalam pilihan raya umum Malaysia dijalankan secara undi sulit.
classified materialbahan sulitPerpustakaanTiadaMemoranda, laporan dan dokumen-dokumen lain yang diperoleh daripada jabatan-jabatan kerajaan, industri, dan perbadanan-perbadanan lain, institusi penyelidikan dan sebagainya yang dilabelkan sulit dan rahsia. Sinonim: Maklumat sulit.
clandestinesulitSejarahTiada1. Sulit: Sesuatu yang bersifat rahsia dan dilakukan secara diam-diam.
private and confidentialsulit dan peribadiPentadbiran PerniagaanTiadaPerkara sulit dan peribadi mengenai seseorang yang disimpan di dalam bentuk dokumen di dalam fail.
confidential filefail sulitPentadbiran PerniagaanTiadaFail yang mengandungi perkara sulit yang dikendalikan oleh orang yang dikhaskan.
confidential stenographerjurutrengkas sulitPentadbiran PerniagaanTiadaJurutrengkas yang bertanggungjawab dalam hal-hal jabatan terutama hal-hal yang sulit.
conspiracypakatan sulitUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPersetujuan antara dua pihak atau lebih untuk melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang, sama ada dalam bentuk jenayah atau tort, ataupun untuk melakukan sesuatu perbuatan melalui cara-cara yang salah, sama ada ia dilakukan atau tidak. Pakatan sulit merupakan satu tort apabila pihak yang tercedera berhak mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan ganti rugi. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, pakatan sulit untuk melakukan sesuatu jenayah merupakan satu jenayah. Sinonim konspirasi.
clandestine movementgerakan sulitSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan politik yang dilakukan secara senyap atau bawah tanah dan di luar batasan perlembagaan bagi menjatuhkan sesebuah kerajaan. Gerakan ini biasanya dipelopori oleh pemimpin yang menyedari ketidakadilan dan kekejaman yang wujud dalam sesebuah pemerintahan tetapi tidak mampu menyuarakannya secara terbuka disebabkan oleh kebimbangan terhadap hukuman politik yang akan dikenakan. Gerakan ini dimulai dengan pembentukan beberapa ahli kumpulan secara kecil-kecilan yang kemudiannya akan berkembang secara sulit dalam masyarakat. Apabila disedari oleh pemerintah, pemimpin gerakan ini akan ditangkap, dipenjarakan dan sesetengahnya pula terpaksa melarikan diri serta memohon perlindungan politik dari negara lain. Contohnya, gerakan Masonic Movement di Cuba yang ditubuhkan sejak tahun 1959 bagi menentang dan menggulingkan pemerintahan Fidel Castro.
12345678910

Kembali ke atas