Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.lung] | سولوڠ

Definisi : yg terdahulu (mula-mula sekali), yg tertua; anak ~ anak yg pertama (tertua); bahasa ~ perkataan kanak-kanak (ketika mulai ber­cakap); buah ~ buah yg pertama (drpd pohon); gigi ~ gigi yg mula-mula tumbuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lung] | سولوڠ

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Gynochthodes sublanceolata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lung] | سولوڠ

Definisi : terdahulu atau tertua sekali; mula-mula sekali: Inilah anak saya yg ~. buah ~ buah yg pertama dr sesuatu pohon; gigi ~ gigi yg mula-mula tumbuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulung

Puisi
 

Pergi ke bukit mencari kayu,
     Singgah berhenti pondok Cik Sulung;
Bunga kembang jadi layu,
     Tiada tempat meminta tolong.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA SASTERAKarya
CERITA SULUNG JAWA

Cerita Sulung Jawa, tergolong dalam cerita lipur lara. Cerita Sulung Jawa telah dituturkan oleh Bahtin bin Abdul Razak dari Kampung Tembo Yong, Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah dan dirakamkan oleh Hassan Ahmad dan Jazamuddin Baharuddin pada 23 dan 24 Mac 1965.

SASTERAKarya
ROGAYAH SULUNG

ROGAYAH SULUNG (1942-   ) qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dia lahir di Kampung Banggul Tuan Muda, Manir, Kuala Terengganu. Rogayah mendapat pendidikan di sekolah Melayu dan sekolah agama di Kampung Tengah, Petai Bubus, Kuala Terengganu sehingga Darjah Enam.

BUDAYATokoh
PUTERA WALES

Putera Wales ialah gelaran yang diberikan

kepada waris putera sulung takhta kerajaan United

Kingdom. Baginda biasanya ialah putera sulung

raja, melainkan putera itu telah mangkat ataupun

telah melepaskan gelaran tersebut.

Edward I, raja Inggeris yang menakluki Wales pada

tahun 1282, mengalahkan Llywelyn, Putera Wales,

yang terakhir. Llyweln mangkat dalam pertempuran

kecil dengan tentera Inggeris. Pada tahun 1301,

Edward memberikan gelaran itu kepada putera

sulungnya. Kemudian, putera ini menjadi raja yang

dikenali sebagai Edward II. Semenjak

pemerintahan Edward II, hampir kesemua waris

putera sulung takhta kerajaan Britain menerima

gelaran ini.

UMUM 
DAUPHIN

Dauphin ialah gelaran rasmi putera sulung

Perancis dari tahun 1349 hingga tahun 1830.

Gelaran ini sama tarafnya dengan gelaran ‘Prince

of Wales’ di England.

UMUM 
PUTERI DIRAJA

Puteri Diraja ialah gelaran yang dianugerahkan

oleh raja British kepada puterinya yang sulung.

Gelaran ini tidak selalunya diberikan. Pada tahun

1900-an dua orang wanita memegangnya. Yang

pertama, Puteri Mary (1897–1965), Puteri Raja

George V. Pada tahun 1922, dia mengahwini Henry

Lascelles, Earl of Harewood yang keenam (1882–

1947). Puteranya George Lascelles, earl yang

ketujuh, ialah ketua famili dan menjadi masyhur

sebagai pentadbir gedung opera.

UMUM 
DUCHY OF CORNWALL

Duchy of Cornwall terdiri daripada estet yang

dianugerahkan kepada putera sulung raja yang

menerima hasil daripada estet ini setelah dia

berusia 21 tahun.

UMUM 
ZAYNAB BINT MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Zaynab bint Muhammad Rasulullah

SAW ( ? –8H/? – 630 M), anak sulung Rasulullah

SAW. Bondanya ialah Khadijah bint Khuwaylid.

Dia merupakan anak perempuan Rasulullah yang

pertama mendirikan rumah tangga. Dia

dikahwinkan dengan anak ibu saudara nabi, Abu

al-’As ibn al-Rabi’ al-Abshami sebelum diutus

menjadi rasul.

UMUM 
PRIMOGENITUR

Primogenitur ialah sistem pewarisan yang

diamalkan dengan meluasnya di Eropah sejak

beratus-ratus tahun. Menurut sistem ini, anak sulung

dalam sesebuah keluarga, dan biasanya anak lelaki

yang tertua, mempunyai hak mutlak mewarisi pusaka

(tanah dan harta benda lain) daripada ibu bapanya.

UMUM 
DIPONEGORODIPONEGORO (1785 – 1855), pejuang yang menentang kekuasaan Belanda di Pulau Jawa, Indonesia. Dia dikenal juga dengan panggilan Syekh Ngadburahim atau Syekh Ngadbul hamid, anak sulung kepada Amangku Buwono III. Sejak kecil Diponegoro diberi didikan agama oleh neneknya, Ratu Agung, yang terkenal sebagai seorang alim. Semasa muda, Diponegoro sering bermeditasi di Gua Langse yang terletak di pantai selatan Pulau Jawa.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1234

Kembali ke atas