Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sum.bang] | سومبڠ

Definisi : 1. tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan, dll), melanggar adat, tidak sopan: dia telah melakukan sesuatu yg ~ pd mata dan pengertian masyarakat kampung; kalau kita tidak suka lagi mematuhi adat ini tidak­kah kita dipandang ~ oleh orang ramai?; anak ~ anak luar nikah, anak haram; 2. salah atau silap (sesuatu perbuatan dll), keliru; langkah ~ tersilap langkahnya (dlm silat); tegak ~ terkeliru tegaknya (dlm silat); 3. tidak sedap didengar atau dilihat (bunyi-bunyian, perbuatan, kelakuan, dll), tidak seimbang atau tidak setara, janggal, palsu, sember; suara ~ a) suara yg tidak sedap didengar, sember; b) ki percakapan bermusuh-musuhan; ~ balai melintang berzina dgn orang yg tidak boleh dikahwini (pd agama atau adat); ~ kadim bermukah dgn keluarga yg rapat; ~ kelaku­annya buruk lagi keji kelakuannya; ~ langkah a) = langkah ~ tersilap langkah (dlm silat); b) tersalah perbuatan atau gerak-geri, tidak senonoh (perbuatan); ~ mahram perlakuan zina yg berlaku antara dua orang anggota ter­dekat dlm sesebuah keluarga, mis antara abang dgn adik perempuan atau ayah dgn anak perempuannya; ~ melangsi lebih tinggi drpd yg seharusnya (nada suara); ~ pati sl bermukah dgn saudara sendiri; ~ salah melakukan zina; menyumbangkan; ~ langkah a) sengaja membuat langkah sumbang dlm silat (utk mengumpan lawan); b) melakukan sesuatu yg bertentangan dgn adat, melanggar adat; menyumbang-nyumbangkan memburuk­-burukkan atau menghina-hinakan orang (dgn menuduhnya melakukan perbuatan sumbang): orang lain sudah biasa ~ Hanafi dgn nona pos itu; kesumbangan perihal sumbang (bkn per­buatan dll), keadaan dsb sumbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.bang] | سومبڠ

Definisi : ; ~ saran perbincangan intensif utk menyelesaikan masalah tertentu, men­dapatkan idea-idea baru, dsb. menyumbang 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg ban­tuan, sokongan), memberi solok: banyak orang yg ~ ketika ia mengadakan kenduri; 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll): mereka ~ ke arah penu­buhan Universiti Kebangsaan dgn masa dan tenaga; menyumbangkan memberikan sesuatu (tenaga, wang, dll) sbg sokongan atau bantuan, memberikan bantuan (pertolongan): bebe­rapa orang anak muda kami masuk hutan ~ tenaga dlm gerakan gerila melawan Jepun; namun Islamlah yg ~ ciri-ciri yg dominan dlm kebudayaan Islam; sumbangan 1. sesuatu yg diberikan sbg bantuan (kpd keramaian dll); 2. bantuan atau pertolongan yg diberikan, sokongan: maha­siswa kita masih sedikit sekali memberi ~ kpd tanah air; senarainya telah digunakan di peringkat antarabangsa dan telah mem­beri ~ yg besar terhadap kajian cerita rakyat; penyumbangan perihal memberikan sum­bangan; penyumbang orang yg memberikan sum­bangan, orang yg menyumbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.bang] | سومبڠ

Definisi : 1 tidak mengikut adat ke­sopanan atau tidak mengikut adat kebiasaan (spt melakukan zina); me­langgar adat: Setelah melakukan perkara yg ~ itu, dia telah lari dr kampung ini. 2 tidak betul perbuatannya; salah; silap: langkah ~ langkah yg tidak betul (ketika bersilat). 3 tidak sedap didengar atau dilihat (bkn bunyi, perbuatan dll); janggal: Suaranya ~. ~ mahram perlakuan sumbang (spt zina, rogol) yg berlaku antara dua orang yg mempunyai pertalian darah yg rapat, spt antara ayah dgn anak atau adik dgn abang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sum.bang] | سومبڠ

Definisi : ; menyumbang 1 mem­beri bantuan kpd orang yg mengadakan keramaian: Ketika mengahwinkan anak­nya dahulu, banyak orang yg ~. 2 turut memberi sokongan atau bantuan (spt wang ringgit, tenaga): Diharapkan tuan-tuan sekalian dpt ~ kpd syarikat kami dgn membeli saham yg kami keluarkan. menyumbangkan menjadikan se­suatu sbg sokongan atau bantuan; memberikan sesuatu sbg bantuan: Mereka telah ~ fikiran dan tenaga terhadap penubuhan universiti itu. sumbangan apa-apa yg diberikan sbg bantuan atau sbg sokongan; pertolongan: Apakah ~ saudara kpd masyarakat sejak saudara lulus dr universiti? penyumbang orang yg memberikan sumbangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumbang

Puisi
 

Kalau kutahu padi sumbang,
     Biarlah sawah tumbuh keladi;
Kalau kutahu budi nak terbang,
     Haram tidak berbudi lagi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sumbang di mata,
     binasa hati.

Bermaksud :

Tingkah laku yang tiada baik menimbulkan anggapan yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
perverted adj 1. ( of person ) kinky, sumbang laku: I think he must be ~, saya rasa dia seorang yg sumbang laku; 2. (of st) unnatural, warped, sumbang: ~ values, nilai-nilai yg sumbang; a ~ sense of humour, rasa lucu yg sumbang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incestuousadj 1. involving incest, sumbang muhrim, inses: an ~ relationship, perhubungan inses; 2. guilty of incest, melakukan /perbuatan sumbang muhrim, inses/: an ~ man, lelaki yg melakukan perbuatan sumbang muhrim.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tuneout of ~, a. (of musical instrument) not producing the right note, berbunyi sumbang: the organ will get out of ~ after a while, organ itu akan berbunyi sumbang selepas beberapa waktu; b. play or sing the wrong note, sumbang: he always sings out of ~, dia selalu menyanyi sumbang; c. out of harmony, tdk /secocok, sesuai/: he felt he was out of ~ with the class, dia rasa tdk secocok lagi dgn kelas itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jarringadj 1. discordant, sumbang: a ~ sound, bunyi sumbang; 2. causing physical shock, menggentarkan, menggetarkan: the ~ effect of the accident, kesan kemalangan yg menggentarkan; 3. conflicting, bertentangan, berlawanan, tdk harmoni: ~ colours, warna-warna yg tdk harmoni; be ~ to the nerves, menjengkelkan sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dissentingadj expressing disagreement, menentang; (of voice) sumbang: ~ voices, suara-suara sumbang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
off-keyadj not in correct key, out of tune, sumbang: the music is somewhat ~, muzik itu agak sumbang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inharmoniousadj (fml) 1. discordant, sumbang, tdk harmoni: ~ sounds, bunyi-bunyi sumbang; 2. incongruous, tdk /harmoni, bersesuaian/: an ~ group of buildings, sekelompok bangunan yg tdk harmoni.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
off-keyadv not in correct key, out of tune, dgn nada yg sumbang: she sings ~ most of the time, selalunya, dia bernyanyi dgn nada yg sumbang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
discordantadj 1. conflicting, bercanggah: views ~ with those of the majority, pandangan yg bercanggah dgn pandangan ramai; 2. (mus) sumbang: a ~ note, not sumbang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cacophonousadj sumbang, janggal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas