Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perlakuan zina yg berlaku antara dua orang anggota ter­dekat dlm sesebuah keluarga, mis antara abang dgn adik perempuan atau ayah dgn anak perempuannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perlakuan sumbang (spt zina, rogol) yg berlaku antara dua orang yg mempunyai pertalian darah yg rapat, spt antara ayah dgn anak atau adik dgn abang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumbang mahram


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sumbang mahramperlakuan zina yg berlaku antara dua orang anggota ter­dekat dlm sesebuah keluarga, mis antara abang dgn adik perempuan atau ayah dgn anak perempuannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
inses(insés) (Udg) sumbang mahram.Kamus Dewan Edisi Keempat
sumbang mahramperlakuan sumbang (spt zina, rogol) yg berlaku antara dua orang yg mempunyai pertalian darah yg rapat, spt antara ayah dgn anak atau adik dgn abang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sumbang I1 tidak mengikut adat ke­sopanan atau tidak mengikut adat kebiasaan (spt melakukan zina); me­langgar adat: Setelah melakukan perkara yg ~ itu, dia telah lari dr kampung ini. 2 tidak betul perbuatannya; salah; silap: langkah ~ langkah yg tidak betul (ketika bersilat). 3 tidak sedap didengar atau dilihat (bkn bunyi, perbuatan dll); janggal: Suaranya ~. ~ mahram perlakuan sumbang (spt zina, rogol) yg berlaku antara dua orang yg mempunyai pertalian darah yg rapat, spt antara ayah dgn anak atau adik dgn abang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sumbang I1. tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan, dll), melanggar adat, tidak sopan: dia telah melakukan sesuatu yg ~ pd mata dan pengertian masyarakat kampung; kalau kita tidak suka lagi mematuhi adat ini tidak­kah kita dipandang ~ oleh orang ramai?; anak ~ anak luar nikah, anak haram; 2. salah atau silap (sesuatu perbuatan dll), keliru; langkah ~ tersilap langkahnya (dlm silat); tegak ~ terkeliru tegaknya (dlm silat); 3. tidak sedap didengar atau dilihat (bunyi-bunyian, perbuatan, kelakuan, dll), tidak seimbang atau tidak setara, janggal, palsu, sember; suara ~ a) suara yg tidak sedap didengar, sember; b) ki percakapan bermusuh-musuhan; ~ balai melintang berzina dgn orang yg tidak boleh dikahwini (pd agama atau adat); ~ kadim bermukah dgn keluarga yg rapat; ~ kelaku­annya buruk lagi keji kelakuannya; ~ langkah a) = langkah ~ tersilap langkah (dlm silat); b) tersalah perbuatan atau gerak-geri, tidak senonoh (perbuatan); ~ mahram perlakuan zina yg berlaku antara dua orang anggota ter­dekat dlm sesebuah keluarga, mis antara abang dgn adik perempuan atau ayah dgn anak perempuannya; ~ melangsi lebih tinggi drpd yg seharusnya (nada suara); ~ pati sl bermukah dgn saudara sendiri; ~ salah melakukan zina; menyumbangkan; ~ langkah a) sengaja membuat langkah sumbang dlm silat (utk mengumpan lawan); b) melakukan sesuatu yg bertentangan dgn adat, melanggar adat; menyumbang-nyumbangkan memburuk­-burukkan atau menghina-hinakan orang (dgn menuduhnya melakukan perbuatan sumbang): orang lain sudah biasa ~ Hanafi dgn nona pos itu; kesumbangan perihal sumbang (bkn per­buatan dll), keadaan dsb sumbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
khalwatAr 1. perihal (perbuatan) mengasing­kan atau memencilkan diri (kerana mene­nangkan fikiran, bertafakur, dll); 2. hal berdua-duaan di tempat yg terpencil atau ter­sembunyi, antara lelaki dgn perempuan yg bukan mahram dan bukan pula suami isteri, sehingga boleh menimbulkan fitnah dan dianggap sbg suatu perbuatan yg sumbang: kejadian-kejadian ~ yg menjadi-jadi sekarang menunjukkan kemerosotan moral pemuda-pemudi zaman moden; berkhalwat 1. mengasingkan (memencilkan diri di tempat yg sunyi (kerana bertafakur, beribadat, dll): Tun Kesturi pun bertemu dgn Laksamana di dlm rumah ~ tiada dapat berkata-kata dgn seorang jua pun; 2. berada berdua-duaan dlm keadaan yg sumbang di tempat yg terpencil atau tersembunyi (bkn lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dan bukan pula suami isteri): seorang isteri yg mempunyai anak dituduh ~ dgn seorang teruna di dlm sebuah bilik.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas