Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumbing;

Puisi
 

Tetak mengkuang parang sumbing,
     Tetak sehelai dimakan kambing;
Hendak dibuang tidak terbuang,
     Ibarat darah dengan daging.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sumbing melalui (= meluaki),
     retak melampaui tara (= garis).

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak melampaui tara [= garis]).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Sungguh elok berkain samping, Samping mengikat keris pusaka; Sungguh elok orang sumbing, Sumbing membuat manis muka.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tumbuh betung di tepi tebing, Di tepi tebing retak tanahnya; Sungguh untung berlaki sumbing, Laki sumbing banyak tertawanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tukul sumbing pecah berjalan, Pecah terantuk tebik terjatuh; Niat di hati menjolok bulan, Bulan dijolok bintang yang jatuh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tetak mengkuang parang sumbing, Tetak sehelai dimakan kambing; Hendak dibuang tidak terbuang, Ibarat darah dengan daging.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada malangnya membeli pasu, Bila sumbing disimpan saja; Ada malangnya berbini bisu, Bila merunding tangan meraba.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ayam biring kuning kakinya, Anak nyonya membeli kain; Abang tinggal sumbing hatinya, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Elok hari bawa berunding, Jangan menunggu bala meletus; Eloklah hati menantu sumbing, Dengan menantu tertawa terus.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ada malangnya bertabir kuning, Kurang lapis tidak berguna; Ada malangnya berbibir sumbing, Orang menangis awak tertawa. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ada untungnya bertabir kuning, Walaupun tipis berguna juga; Ada untungnya berbibir sumbing, Orang menangis awak tertawa. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Nampak rendang pokok belimbing, Gugur buah tepi telaga; Berapa senang berbini sumbing, Kalau marah ketawa juga.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12

Kembali ke atas