Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sum.bing] | سومبيڠ

Definisi : 1. serpih pd tepi (pinggan mangkuk dll), rompes sedikit pd bahagian yg tajam (mata pisau dll), sompek: pahat itu hendaklah cukup keras supaya tidak mudah ~ matanya; 2. cabik yg dalam (bibir dll), terbelah: alangkah baik berbini ~, sungguh marah tertawa juga; 3. ki dibuat-buat (ketawa, senyum, dll): kemudian ia tertawa ~ meng­ejek; ~ melalui, retak melampaui garis prb ke­salahan yg amat besar; ~ menitik patah mengimpal prb barang yg dipinjam kalau rosak hendaklah dibaiki; menyumbingkan menyebabkan sumbing (pecah sedikit di bibir pinggan, mata parang dsb): cara membasuh yg kasar boleh ~ pinggan dan cawan kaca yg dibasuh itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.bing] | سومبيڠ

Definisi : 1 serpih sedikit pd bahagian tepinya (bkn pinggan dll): Mata parangnya ~ kerana tertakik batu. 2 cabik yg dalam pd bibir sebelah atas sejak seseorang itu dilahirkan; terbelah: Bibirnya ~. menyumbingkan menye­babkan menjadi sumbing: Kayu yg keras ~ mata gergaji itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumbing (kata kerja)
1. Bersinonim dengan serpih: sompek, rompes,

2. Dalam konteks bibir
bersinonim dengan cabik, terbelah.,


Puisi
 

Tetak mengkuang parang sumbing,
     Tetak sehelai dimakan kambing;
Hendak dibuang tidak terbuang,
     Ibarat darah dengan daging.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sumbing melalui (= meluaki),
     retak melampaui tara (= garis).

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak melampaui tara [= garis]).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
chipvt 1. cut, break at edge, (act.) menyebabkan [sst] (menjadi) sumbing; (pass.) sumbing: she complained that someone had ~ped one of her crystal glasses, dia merungut ada orang yg telah menyebabkan salah satu gelas kristalnya sumbing; the statue was ~ped with an axe, patung itu telah diserpihkan dgn kapak; to ~ pieces of stone from the wall, menyerpihkan batu dr dinding itu; 2. shape (st) by breaking off (piece) menarah: to ~ marble, menarah marmar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chippedadj with edge cut, broken off, sumbing: a ~ tooth, gigi sumbing; ~ stone, batu yg sumbing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chipvi (menjadi) sumbing: a type of porcelain that ~s easily, sejenis tembikar yg mudah sumbing;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
harelipn bibir sumbing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tentativea ~ smile, senyum sumbing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faintf. (of breeze) sepoi-sepoi bahasa; g. (of smile) serong-serong bahasa, sumbing; 2. lacking conviction, tdk bersungguh-sungguh: ~ praise, pujian yg tdk bersungguh-sungguh; a ~ attempt (at a smile etc) cuba-cuba (senyum dll); 3. weak and dizzy, berasa hendak pitam: to be ~ with hunger, berasa hendak pitam krn lapar; 4. (of body function, strength, etc) feeble, lemah: his breathing grew ~er, pernafasannya semakin lemah; 5. weak, slight, sedikit: a ~ resemblance between the two men, terdapat sedikit persamaan antara dua lelaki itu; there is still a ~ hope of finding them, masih ada sedikit harapan utk menjumpai mereka; they put up only a ~ show of resistence, mereka hanya menunjukkan sedikit tentangan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stir 1 3. cause to move or change position, membuat [sst] + approp v: a little smile ~red his lips, senyuman sumbing itu membuat bibirnya bergerak; a breeze ~red the surface of the lake, tiupan angin sepoi-sepoi bahasa membuat permukaan tasik itu berkocak; a slight wind ~red the leaves on the tree, hembusan angin membuat daun-daun pd pokok itu bergoyang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spout n 1. projecting tube, tip of vessel, muncung, cerat, curat, corot: the teapot has a badly chipped ~, teko itu, muncungnya sumbing;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chipn 1. small piece (of wood, stone) serpihan: marble ~s, serpihan marmar; 2. crack caused by chipping, serpih, sumbing: to repair a ~ in the tooth, menampal gigi yg serpih; 3. (usu in pl) french-fried potatoes, kentang goreng: fish and ~s, ikan dan kentang goreng; 4. (electr) serpihan; 5. counter used in gambling, cip; 6. (golf) pukulan sungkit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vague3. undecided, uncertain, [various translations]: I’ve a ~ longing to go on a holiday, saya berbelah-bagi utk pergi bercuti; a ~ smile, tersenyum sumbing; he made a ~ gesture to follow him, dia membuat isyarat yg kabur supaya mengikutnya; I feel a ~ sensation of pain in my arm, saya berasa sakit sikit di lengan saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas