Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sum.bing] | سومبيڠ

Definisi : 1. serpih pd tepi (pinggan mangkuk dll), rompes sedikit pd bahagian yg tajam (mata pisau dll), sompek: pahat itu hendaklah cukup keras supaya tidak mudah ~ matanya; 2. cabik yg dalam (bibir dll), terbelah: alangkah baik berbini ~, sungguh marah tertawa juga; 3. ki dibuat-buat (ketawa, senyum, dll): kemudian ia tertawa ~ meng­ejek; ~ melalui, retak melampaui garis prb ke­salahan yg amat besar; ~ menitik patah mengimpal prb barang yg dipinjam kalau rosak hendaklah dibaiki; menyumbingkan menyebabkan sumbing (pecah sedikit di bibir pinggan, mata parang dsb): cara membasuh yg kasar boleh ~ pinggan dan cawan kaca yg dibasuh itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.bing] | سومبيڠ

Definisi : 1 serpih sedikit pd bahagian tepinya (bkn pinggan dll): Mata parangnya ~ kerana tertakik batu. 2 cabik yg dalam pd bibir sebelah atas sejak seseorang itu dilahirkan; terbelah: Bibirnya ~. menyumbingkan menye­babkan menjadi sumbing: Kayu yg keras ~ mata gergaji itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumbing (kata kerja)
1. Bersinonim dengan serpih: sompek, rompes,

2. Dalam konteks bibir
bersinonim dengan cabik, terbelah.,


Puisi
 

Tetak mengkuang parang sumbing,
     Tetak sehelai dimakan kambing;
Hendak dibuang tidak terbuang,
     Ibarat darah dengan daging.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sumbing melalui (= meluaki),
     retak melampaui tara (= garis).

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak melampaui tara [= garis]).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah benar sumbing bibir/lelangit menurut DBP adalah kesumbingan bibir dan lelangit atau mempunyai istilah yang lain ?Yang betul ialah sumbing bibir.Istilah20.08.2009
Saya sebagai Pengerusi CLAPAM sedang berusaha dengan PPUM supaya istilah "klef" dapat diguna secara rasmi (menggantikan istilah sumbing). Sila rujuk kepada lampiran yang memberi penerangan lanjut. Kami berhajaat supaya istilah "klef" ini dapat dimasukkan kedalam Kamus Dewan dsb. Sila hubungi saya memlalui 0192233519 atau emel yang diberi untuk kita berbincnag lanjut.Kami akan merujuk hal ini kepada Jawatankuasa Istilah Semasa DBP dan segera hubungi pihak CLAPAM setelah mendapat pengesahan.Lain-lain16.07.2021

Kembali ke atas