Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumbu;

Puisi
 

Apa guna pelita minyak,
     Sumbu kain berjurai-jurai;
Apalah guna harta yang banyak,
     Kalau teringin maksud tak sampai.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Mati sumbu matilah lampu, Tiap malam duduk bergelap; Laki bisu bini pun bisu, Mulut diam tangan merayap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pasang sumbu pelita api, Pelita api mana dapurnya; Hilang abang disangka mati, Jika mati mana kuburnya?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sifat lampu sumbu dibakar, Cahayanya terang di dalam gelap; Adat Melayu berlaku sabar, Dadanya lapang faham bercakap.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sudah pepat rupanya sumbu, Belum juga mau menyala; Sudah penat hamba bercumbu, Belum juga adik percaya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila pelita tidak berisi, Sumbu dipasang tidakkan nyala; Apabila manusia tidak berbudi, Seteru datang rosakkan nama.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apa guna pelita minyak, Sumbu kain berjurai-jurai; Apalah guna harta yang banyak, Kalau teringin maksud tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Terpelihara jerat selalu mengena, Terpelihara sumbu pelita terang; Terpelihara adat Melayu ternama, Terpelihara laku disukai orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kain batik sama sujinya, Dalam sumbu tali belati; Orang baik budi bahasanya, Diingat juga sampai mati.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Belah mana pasang pelita, Tarik sumbu di balik bukit; Telah mana orang bermain mata, Tarik senyum kening terangkit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna pasang pelita, Kerana sumbu dok habis minyak; Apa guna main mata, Yang itulah dok bagitau orang banyak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas