Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sum.bu] | سومبو

Definisi : 1. kain (benang, kapas, dll) pd lampu yg dinyalakan, benang dll dlm lilin: anak mancis itu lambat-lambat dicucuk ke ~ pelita; 2. tali api-api (pd mercun, meriam kuno, dll), murang, tunam: ~ meriam; menyumbui 1. memasang sumbu pd, mem­beri bersumbu; 2. ki mengapi-apikan (supaya orang marah dll); persumbuan lubang tempat sumbu (pd meriam kuno). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.bu] | سومبو

Definisi : 1. gandar roda; 2. garisan lurus dr kutub utara terus ke kutub selatan, paku alam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.bu] | سومبو

Definisi : = ~ badak cula badak; badak ~ sj badak yg besar culanya, Rhinoceros son­daicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.bu] | سومبو

Definisi : 1 kain (benang, kapas dll) pd lampu atau pd pelita yg dilekati api utk mendapatkan cahaya; benang dlm lilin. 2 tali api-api pd mercun (meriam jenis lama dll). menyumbui 1 memasang sumbu pd; memberi bersumbu. 2 ki mengapi-apikan orang supaya menjadi marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sum.bu] | سومبو

Definisi : tanduk yg terdapat pd hidung badak; cula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumbu (kata nama)
Bersinonim dengan tali api-api, murang, tunam.,

Puisi
 

Apa guna pelita minyak,
     Sumbu kain berjurai-jurai;
Apalah guna harta yang banyak,
     Kalau teringin maksud tak sampai.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perbezaan antara perkataan “kecil” dan “cilik” ? Bolehkah tuan/puan menjelaskan? Adakah ayat yang saya menulis ini di bawah betul? Terima kasih. 1) Kita perlu mengecilkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 2) Kita perlu mencilikkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 3)Peranan kerajaan dan akhbar-akhbar tidak dapat diperkecil. 4) Peranan kerajaan dan akhbar-akhbar tidak dapat dipercilik. 5) Api pelita akan mengecil apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam. 6) Api pelita akan mencilik apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam. 7) Abu semakin terasa kekecilan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan. 8) Abu semakin terasa kecilikan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan.

Perkataan “cilik” dan “kecil” membawa maksud yang sama, iaitu masih rendah umurnya atau masih kanak-kanak. Walau bagaimanapun, perkataan “cilik” dan “kecil” perlu digunakan mengikut kesesuaian ayat dan konteks penggunaan.

 

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Kita perlu mengecilkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan.

2. Peranan kerajaan dan akhbar tidak dapat diperkecil.

3. Api pelita akan mengecil apabila sumbu dimasukkan sedikit ke dalam pelita.

4. Abu semakin terasa kekecilan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan.

 

Contoh lain penggunaan perkataan “cilik” dan “kecil” dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Aktres cilik yang baru berusia 16 tahun ini menjadi rebutan kerana bakat semula jadinya itu.

2. Rumah kecil itu milik saya.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 436 dan 997 dan laman web https://prpm.dbp.gov.my/

Tatabahasa19.01.2024

Kembali ke atas