Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.mur] | سومور

Definisi : perigi, telaga: mandi di ~; ~ bor Id sj perigi yg airnya memancut dr tanah (tidak perlu dipam ke atas); ~ buta = ~ mati perigi yg telah kering (tidak dipakai lagi); ~ minyak telaga minyak; ~ pantik Jk pancuran air yg dibuat dgn memasukkan paip ke dlm tanah; ~ digali air terbit prb hasil yg didapati lebih drpd yg diharap-harapkan; ~ (di) tepi jalan prb perempuan yg tidak senonoh kela­kuannya (perempuan lacur); bagai ~ (di) tepi rawa = bagai bersumur (di) tepi rawa prb orang yg selalu cemburu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.mur] | سومور

Definisi : lubang yg digali utk mendapat­kan air; perigi; telaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumur
Rujuk :perigi

Puisi
 

Anak undan mandi di sumur,
     Tertempuh minyak si anjalai;
Alah nampak pandan terjemur,
     Adik terkenang dibangkalai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sumur digali air terbit.

Bermaksud :

Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki; hasil yang diperoleh dengan serta-merta.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Kuhafeesah Rongso, sedang belajar Universiti Fatoni. Saya inginbertanya DBP perkataan "SUMUR" berasal dari perkataan apa? dan apakah maksudnya? TERIMAKASIH.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "sumur" bermaksud perigi, telaga: contohnya "mandi di sumur". Asal: IndonesiaLain-lain01.10.2014
Saya ingin mengetahui istilah yang betul untuk "talent pool" dan "talent bench strenght" serta "coaching and mentoring"Kesemua istilah yang dikemukakan berkaitan pengurusan atau pentadbiran yang belum didaftarkan padanan nya dalam bahasa Melayu. Talent pool bermaksud pengurusan/program membangunkan kerjaya pekerja yang berpotensi. Berdasarkan istilah sumur /telaga minyak, saya cadangkan talent pool = sumur sumber manusia/sumur pekerja. Talent bench strenght = kekuatan tanda aras sumber manusia. Daripada istilah Coach = pembimbing, jurulatih, koc. mentor = mentor. Dicadangkan Coaching= bimbingan, kejurulatihan.Istilah30.07.2011

Kembali ke atas