Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.mur] | سومور

Definisi : perigi, telaga: mandi di ~; ~ bor Id sj perigi yg airnya memancut dr tanah (tidak perlu dipam ke atas); ~ buta = ~ mati perigi yg telah kering (tidak dipakai lagi); ~ minyak telaga minyak; ~ pantik Jk pancuran air yg dibuat dgn memasukkan paip ke dlm tanah; ~ digali air terbit prb hasil yg didapati lebih drpd yg diharap-harapkan; ~ (di) tepi jalan prb perempuan yg tidak senonoh kela­kuannya (perempuan lacur); bagai ~ (di) tepi rawa = bagai bersumur (di) tepi rawa prb orang yg selalu cemburu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.mur] | سومور

Definisi : lubang yg digali utk mendapat­kan air; perigi; telaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumur
Rujuk :perigi

Puisi
 

Anak undan mandi di sumur,
     Tertempuh minyak si anjalai;
Alah nampak pandan terjemur,
     Adik terkenang dibangkalai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sumur digali air terbit.

Bermaksud :

Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki; hasil yang diperoleh dengan serta-merta.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beginning rhymerima awalKesusasteraanPuisiPenggolongan bunyi yang terdapat pada suku kata ataupun perkataan di pangkal setiap baris pertama, kedua, ketiga dan seterusnya dalam sesebuah puisi. Pengulangan ini mungkin wujud pada suku kata ataupun perkataan pertama, seperti dalam pantun di bawah . Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi ; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi.
metre footkaki matraKesusasteraanPuisiKelompok suku kata yang berfungsi untuk membentuk sama ada satu unit atau satu kesatuan matra sajak. Lazimnya dalam setiap unit sajak itu terdapat pola bunyi yang tetap, yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang mendapat tekanan dan yang tidak mendapat tekanan. Pola bunyi ini mudah dikesan apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi.

Kembali ke atas