Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : tali air yg semula jadi, batang air, kali: S ~ Pahang; anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai, udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil­kecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : aliran air semula jadi yg menyalurkan air ke laut (ke tasik atau ke sungai lain); batang air; kali: ~ Pahang; anak ~ cabang kpd sungai yg lebih besar. ke ~ bh buang air. ke ~ besar berak. ke ~ kecil kencing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungai

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Ke sungai sambil mandi.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
glelok[glE.l)/]kata adjektifberkenaan jalan, anak sungai dan lain-lain yang sangat bengkang-bengkok, tidak lurus.Anok sunga tu glelok srupo ula keno palu.[A.n/ su.NA tu glE.l)/ sÄu.p u.lA k«.n pA.lu]Anak sungai tu bengkang-bengkok seperti ular kena palu.
   2. selekoh pada jalan, sungai dan lain-lain, sudut, liku.Mung keno selo sikik kreto tu kalu kona kak cekok.[muN k«.n s:«.lo si.ki/ kÄE.t tu kA.lu k.nA kA/ tSE.k)/]Kamu kena memperlahankan sedikit kereta tu kalau membelok dekat selekoh.
etok[E.t/]kata namasejenis kerang sungai, gayam, Asaphis spp.   
glekok[glE.k)/]kata adjektifberkenaan jalan, anak sungai dan lain-lain yang bengkang-bengkok, tidak lurus.Jale tepi bukek tu glekok srupo ula keno palu.[dZA.lE t:«.pi bu.ke/ tu glE.k)/ sÄu.p u.lA k«.n pA.lu]Jalan di tepi bukit tu bengkang-bengkok seperti ular kena palu.
jenuh[dZ«.nuh]kata adjektifbanyak.Dale sunga dekak rumoh demo tu jenuh ike.[dA.lE su.NA d«.kA/ Äu.mh dE.m tu dZ«.nuh i.kE]Dalam sungai dekat rumah awak tu banyak ikan.
temila[t«.mi.lA]kata namasejenis alat untuk menangkap ikan.Mari kito gi tengok temila sunga.[mA.Äi ki.t gi tE.N/ t«.mi.lA s:u.NA]Mari kita pergi tengok temilar di sungai.
jolong[dZ.lN]kata namatabung buluh (yang panjang) untuk mengambil air.Ore jame dulu ambek ae sunga denge jolong.[.ÄE dZA.mE du.lu Am.be/ Ae s:u.NA d«.NE dZ.lN]Orang zaman dulu mengambil air di sungai dengan menggunakan tabung buluh.
kucoh[k:u.tSh]kata kerjaberiak-riak pada permukaan air (kerana terjatuh batu dan lain-lain).Ae sunga napok kucoh sikik maso ike nakak.[Ae su.NA nA.p/ k:u.tSh si.ki/ mA.s i.kE n:A.kA/]Air sungai nampak beriak-riak sikit semasa ikan timbul.

Kembali ke atas