Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : tali air yg semula jadi, batang air, kali: S ~ Pahang; anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai, udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil­kecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : aliran air semula jadi yg menyalurkan air ke laut (ke tasik atau ke sungai lain); batang air; kali: ~ Pahang; anak ~ cabang kpd sungai yg lebih besar. ke ~ bh buang air. ke ~ besar berak. ke ~ kecil kencing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungai

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Ke sungai sambil mandi.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ben Li (mandi sungai). Adakah mandi sungai betul?Mandi sungai ialah bahasa percakapan. Frasa yang betul ialah mandi di sungai seperti ayat Ali mandi di sungai.Tatabahasa30.07.2015
apakah perbezaan di antara mengharungi sungai dan menyeberangi sungai?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. perkataan "menyeberangi" bermaksud 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita;

Manakala perkataan "mengharungi" pula bermaksud 1. ber­­jalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan;
Istilah08.04.2013
Tuan, ayat di bawah yang manakah betul? 1. Penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan menyedihkan rakyat-rakyat negara Chu. 2. Penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo menyedihkan rakyat-rakyat negara Chu. Perkataan "penerjunan" bermaksud hal atau perbuatan terjun, menerjuni atau menerjunkan. Dalam ayat (1), perkataan "penerjunan" bermaksud hal menerjuni. Jadi, frasa "penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan" atau frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" lebih tepat? Pada pandangan saya, frasa "penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan" lebih betul kerana frasa ini bermakna "hal menerjuni Sungai Miluo oleh Chu Yuan" atau "hal terjun ke dalam Sungai Miluo oleh Chu Yuan". Jika dikatakan frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo", frasa ini bermaksud "hal menerjuni Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" atau "hal terjun ke dalam Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo". Maksud frasa ini salah sepenuhnya. Frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" juga boleh bermaksud "hal menerjunkan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" atau "hal membuat Chu Yuan terjun ke dalam Sungai Miluo". Chu Yuan sendiri yang terjun ke dalam Sungai Miluo, bukan ada orang yang mungkin menolaknya menyebabkannya terjun ke dalam Sungai Miluo (menerjunkan Chu Yuan).Kedua-dua ayat itu betul kerana penerjunan boleh bermaksud perbuatan (hal) terjun seperti dalam ayat pertama; menerjuni; atau menerjunkan seperti dalam ayat kedua. Ayat ini kedua ini diterima jika maksud yang hendak disampaikan ialah perbuatan menerjunkan Chu Yuan ke dalam sungai (betul berdasarkan konteks ayat).
 
Tatabahasa22.12.2014
Menyeberangi sungai atau menyeberang sungai yg btl ? TqMenyeberangi sungai yang betul.Lain-lain18.07.2019
sebatang sungai atau sebuah sungaiPenjodoh bilangan yang sesuai untuk sungai ialah sebatang.Tatabahasa28.08.2010
Sungai membekalkan kita hasil laut/sungai? Terima kasih.

Merujuk contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan hasil laut dan hasil sungai boleh digunakan. Sebagai contoh, hasil laut digunakan bagi merujuk produk yang diperoleh dari laut dan  hasil sungai bagi merujuk produk yang diperoleh dari sungai.

Lain-lain19.08.2021
Tuan, Saya memohon pencerahan frasa yang betul sama ada MENELUSURI sungai atau MENYELUSURI sungai? Sekian, terima kasih.Menelusuri sungai.Ejaan27.10.2014
Cikgu, ayat "Dia menerjunkan anjingnya ke dalam sungai" bermaksud dia menyuruh anjingnya terjun ke dalam sungai atau bermaksud dia membiarkan anjingnya terjun ke dalam sungai sedangkan dia tidak mempedulikan anjingnya?"Dia menerjunkan anjingnya ke dalam sungai" bermaksud dengan sengaja menyebabkan anjingnya terjun sama ada dengan menyuruh atau menolak anjingnya sehingga terjun ke sungai.Lain-lain23.12.2014
dalam buku antologi harga remaja tingkatan empat. sebuah antologi cerpen bertajuk "sungai ceper". ceper pula merujuk dulang kecil mengikut kamus dewan. masalahnya ialah sebutan tersebut iaitu e pepet @ e taling kerana dalam antologi ini ceper merujuk nama sebuah sungai iaitu sungai ceper..mohon jawapan daripada pihak DBp untuk mengelakkan pelajar keliru.

Salam sejahtera.

Bagi soalan yang diajukan oleh saudara, pihak kami telah menghubungi penulis buku tersebut. Penulis  menjelaskan bahawa  perkataan ceper  bermaksud  dulang seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan.

Lain-lain30.01.2010
Saya keliru sama ada perlu huruf besar atau tidak: 1) Empayar Timurid/ empayar Timurid? 2) Dinasti Ming/ dinasti Ming? 3) Kerajaan Uthmaniyah/ kerajaan Uthmaniyah? 4) Sungai Johor/ sungai Johor? 5) Sultan Johor ke-3/ sultan Johor ke-3? Dan boleh terangkan/huraikan sebabnya jika perlu digunakan huruf besar, kenapa? Atau jika perlu digunakan huruf kecil, kenapa? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah 1. Empayar Timurid 2. Dinasti Ming 3. Kerajaan Uthmaniyah 4. Sungai Johor 5. Sultan Johor Ke-3. Kesemua perkataan yang diberikan merupakan kata nama khas. Oleh yang demikian, perlu dieja dengan huruf besar pada awalan perkataan tersebut. Bagi kata nama am, perlu dieja dengan huruf kecil.Ejaan10.07.2022
12345678910...

Kembali ke atas