Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : tali air yg semula jadi, batang air, kali: S ~ Pahang; anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai, udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil­kecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : aliran air semula jadi yg menyalurkan air ke laut (ke tasik atau ke sungai lain); batang air; kali: ~ Pahang; anak ~ cabang kpd sungai yg lebih besar. ke ~ bh buang air. ke ~ besar berak. ke ~ kecil kencing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungai

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Ke sungai sambil mandi.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
momapeh[m.mA.pEh]kata kerjamengepung (anak sungai, sungai) untuk menangkap ikan.Jusoh momapeh sungai tu dapek somilang sobunte.[dZu.sh m.mA.pEh su.NAj tu dA.pE/ s.mi.lAN s.bun.tE]Jusuh mengepung sungai itu dapat sembilang sebunti.
mongoca[m.N.tSA]kata kerjamenggagau (ikan dalam sungai atau parit) yang cetek.Abah mongoca ikan kek sungai dongan jeramak.[A.bAh m.n.tSA i.kAn kE/ su.NAj d.NAn dZE.ÄAm.bA/]Abah menggagau ikan di sungai dengan menggunakan jerambah.
lantak[lAn.tA/]kata namakayu atau buluh yang digunakan untuk mengepung air di sungai.Posawah momacak lantak kek sungai nak mengompong ae naek ko tali air sawah.[p.sA.wAh m.mA.tSA/ lAn.tA/ kE/ su.NAj nA/ mo.Nom.poN AE nAE/ k tA.li AE]Pesawah memacak lantak di sungai untuk mengepung air supaya naik ke tali air sawah.
bokoludat[b.k.lu.dAt]kata kerjaberkeladakLopeh ujan ae sungai tu bokoludat.[l.pEh u.dZAn Ae su.NAj tu b.k.lu.dAt]Lepas hujan, air sungai itu berkeladak.
moriau[m.Äi.jAw]kata kerjamendulang bijih dan sebagainya.Ayah den kek Sungai Lui tongah moriau bijeh.[A.jAh dEn kE/ su.NAj lui t.NAh m.Äi.jAw bi.dZEh]Ayah saya di Sungai Lui sedang mendulang bijih.
dengkek[dEN.kE/]kata adjektifberkenaan air yang tidak dalam, boleh nampak dasarnya, cetek, tohor.Dengkek bona ae sungai tu pareh buku lali yo.[dEN.kE/ b.nA AE su.NAj tu pA.ÄEh bu.ku lA.li j ]Cetek benar air sungai itu, paras buku lali saja.
tobonggeng[t.bN.gEN]kata namatelanjang.Budak tu tobonggeng mandi kek sungai.[bu.dA/ tu t.bN.gEN mAn.di kE/ su.NAj]Budak itu telanjang mandi di sungai.
bocomporo[b.tSm.p.č]kata kerjamandi di sungai sambil berkejar-kejaran.Bilo balek sekolah dio bocomporo kek sungai borojam-jam.[bi.l bA.lE/ s«.k.lAh di.j b.tSm.p.č kE/ su.NAj b.č.dZAm.dZAm]Apabila balik dari sekolah, dia mandi sambil berkejar-kejaran di sungai berjam-jam.
molangut[m.lA.Nut]kata kerjatimbul mabuk di permukaan air (tentang ikan).Orang monubo di ulu sungai, ikan di ile abih molangut.[.ÄAN m.nu.b di u.lu su.NAj i.kAn di i.lE A.bih m.lA.Nut]Orang menuba di hulu sungai, ikan di hilir habis mabuk.
tingkat ruang[tiN.kAt Äu.wAN] duduk dengan cara memeluk sebelah kaki.Ponuleh tu dudok tingkat ruang kek tobeng sungai tu moncari elham.[p.nu.lEh tu du.do/ tiN.kAt Äu.wAN kE/ t.bEN su.NAj tu mn.tSA.Äi El.hAm]Penulis itu duduk tingkat ruang di tebing sungai itu, mencari ilham.
12

Kembali ke atas