Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : tali air yg semula jadi, batang air, kali: S ~ Pahang; anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai, udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil­kecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : aliran air semula jadi yg menyalurkan air ke laut (ke tasik atau ke sungai lain); batang air; kali: ~ Pahang; anak ~ cabang kpd sungai yg lebih besar. ke ~ bh buang air. ke ~ besar berak. ke ~ kecil kencing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungai

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Ke sungai sambil mandi.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
antigen dan merangsang penghasilan agluti- nin tertentu dalam darah. 2. Antigen atau ampaian sel yang digunakan untuk melakukan ujian peng- aglutinan. (BIO, UBAT) aggradation (agradasi) Pembentukan permukaan bumi terutamanya dasar sungai disebabkan long- gokan kelodak atau bahan organik yang telah reput. (HID, HUT) aggregate-cement ratio (nisbah agregat simen) Nisbah berat agregat, iaitu berat pasir dan batu dibandingkan dengan berat simen Beberapa spesies kayu dalam famili ini seperti rengas menghasilkan perengsa yang menyebab - kan alergi. (HUT) anacidity (anasiditi) Keasidan yang kurang daripada normal. (UBAT) anadromous (anadromus) Perihal ikan yang mudik ke sungai dari laut untuk membiak. Contohnya, ikan salmon. (BIO) anaemia (anemia) Penyakit yang dicirikan oleh kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dalam sel darah merah. Akibatnya darah kurang cekap mengangkut oksigen

Kembali ke atas