Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : tali air yg semula jadi, batang air, kali: S ~ Pahang; anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai, udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil­kecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : aliran air semula jadi yg menyalurkan air ke laut (ke tasik atau ke sungai lain); batang air; kali: ~ Pahang; anak ~ cabang kpd sungai yg lebih besar. ke ~ bh buang air. ke ~ besar berak. ke ~ kecil kencing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungai

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Ke sungai sambil mandi.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
distributarycabang sungaiGeografiTiadaCabang sungai: Alur sungai terasing bila sungai bercapah dan satunya tidak bercantum semula dengan sungai utama. Cabang sungai lazim terdapat pada delta sungai.
beheadingtawan sungaiGeografiTiadaProses pemesongan arah aliran air sungai-sungai punca ke dalam sistem saliran yang berhampiran menyebabkan sungai terpenggal pada sistem asal.
monoclinal shiftinganjakan monoklinGeografiTiadaPenghijrahan ke bawah junam sesebuah legeh atau alur sungai disebabkan kecenderungan sungai-sungai di kawasan-kawasan strata condong mengalir di sepanjang jurus strata kurang rintangan dan bagi hakisan berbeza berlaku dengan lebih cergas pada cerun lebih curam.
centripetal drainagesaliran memusatGeografiTiadaJenis saliran di mana sungai-sungai mengalir secara jejari ke dalam sesebuah sungai utama atau tasik.
accordantsearasGeografiTiadaPermukaan dua sungai yang searas di kuala pertemuan sungai-sungai tersebut atau lipatan-lipatan yang mempunyai orientasi yang sama.
continental dividelegeh benuaGeologiTiadaLegeh saliran yang memisahkan sungai-sungai yang mengalir ke arah sisi benua yang bertentangan, biasanya mengalir ke laut yang berlainan.
centrifugal drainagesaluran emparanGeologiTiadaJenis saliran di mana sungai-sungai mengalir secara jejari keluar daripada sesuatu punca seperti sebuah bukit atau gunung.
annular drainage patternpola saliran anulusGeologiTiadaPola saliran berbentuk bulatan atau seperti cincin di mana sungai-sungai subsekuen mengikut haluan yang berlengkuk sebelum bercantum dengan sungai konsekuen. Pola ini berlaku akibat pengubahsuaian kepada struktur bawah tanah yang bulat seperti rejahan igneus.
fall linegaris terjunanGeologiTiadaGarisan atau zon yang menunjukkan tempoh di mana sungai-sungai selari mengalir daripada kawasan pergunungan atau penara ke kawasan tanah rendah.
backwaterair buriGeologiTiadaBahagian sungai di mana halaju arus adalah sangat perlahan. Air kelihatan tidak bergerak dan tenang. Lazim terdapat di sungai-sungai bersirat dan juga tasik ladam.
12345678910...

Kembali ke atas