Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sun.ti.kan]/[sun.ti/.kan] | سونتيقن

Definisi : 1. pemasukan ubat ke dlm badan dgn jarum, cucuk: jururawat datang lagi memberi ubat dan ~; 2. penanaman cacar; 3. bp hasutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sun.ti.kan]/[sun.ti/.kan] | سونتيقن

Definisi : hasil (hal dsb) menyuntik atau me­nyun­tikkan: ~ mencegah malaria. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suntikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intramuscular injectionsuntikan intraototFarmasiFarmaseutikPenyampaian dos drug secara setempat atau ke peredaran sistemik melalui suntikan ke dalam otot. Penyerapan drug melalui suntikan ini adalah lebih cepat daripada suntikan subkutaneus tetapi adalah lebih lambat daripada suntikan intravena. Biasanya dos yang diberikan berisipadu lebih besar daripada dos suntikan subkutaneus.
acute pain managementpengurusan nyeri akutPerubatanTiadaPengendalian kesakitan akut selepas pembedahan dengan memberikan analgesik kepada pesakit sama ada secara oral, rektal, suntikan intramuskular, suntikan intravena, infusi berterusan, analgesia kawalan pesakit dan analgesia sebahagian.
crossfire injectionsuntikan nyala silangKejuruteraan AutomotifEnjinSistem suntikan bahan api elektronik atau sistem suntikan jasad pendikit yang menggunakan dua penyuntik, yang dipasang pada pancarongga pengambilan untuk membekalkan campuran udara-bahan api melalui laluan yang berkedudukan bersilang. Setiap penyuntik membekalkan campuran tersebut ke silinder enjin yang bertentangan melalui satu saluran yang bersilang dengan kedudukan enjin.
port injectionsuntikan liangKejuruteraan AutomotifEnjinSuntikan bahan api cecair ke dalam udara yang mengalir melalui saluran pengambilan. Proses ini berlaku semasa lejang pengambilan memaksa campuran udara dan bahan api mengalir masuk ke dalam kebuk pembakaran. Suntikan ini berfungsi untuk menjalankan pengatoman bahan api. Sistem ini menghasilkan kualiti campuran yang lebih sempurna berbanding sistem sun- tikan bersama dan sistem karburetor. Sinonim pancitan liang Banding sistem suntikan bersama.
fluid injectionsuntikan bendalirKejuruteraanPetroleumSuntikan gas atau cecair ke dalam reserbor untuk menolak minyak yang terdapat di dalam reserbor berkenaan supaya mengalir masuk ke dalam lubang telaga yang berpengeluaran. Suntikan boleh dilakukan dari telaga yang berdekatan atau dari zon lain pada telaga yang sama (telaga yang berpengeluaran). Merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan atau mempertahankan daya pengeluaran reserbor yang terlibat.
impulse inputmasukkan dedenyutKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah pemasukan suap secara suntikan unggul, iaitu masa suntikan menghampiri sifar pada ketika tertentu.
common injection systemsistem suntikan bersamaKejuruteraan AutomotifEnjinSuntikan bahan api ke dalam udara yang mengalir dari pe- napis udara sebelum memasuki pancarongga pengambilan. Aliran yang mengandungi campuran udara-bahan api ini akan diagihkan oleh pancarongga pengambilan ke setiap silinder. Sistem ini mengambil alih peranan karburetor dan bertujuan untuk menambah baik percampuran udara-bahan api sebelum dibakar dalam kebuk pembakaran. Sinonim sistem pancitan bersama, suntikan berkumpulan. Banding suntikan liang.
continuous fuel injectionsuntikan bahan api berterusanKejuruteraan AutomotifEnjinProses suntikan bahan api ke dalam enjin secara berterusan untuk membolehkan pembakaran berlaku tanpa henti. Proses ini berlaku dalam keadaan tekanan malar dan berkebolehan menjana kuasa secara berterusan. Proses suntikan biasanya digunakan dalam enjin turbin gas. Sinonim pancitan bahan api berterusan.
cancer pain managementpengurusan nyeri kanserPerubatanTiadaPengurusan pesakit yang mengalami nyeri akibat kanser seperti kanser payudara, hati dan tulang. Pengamal perubatan akan memberikan ubat penahan sakit sama ada secara oral, suntikan intramuskular, suntikan intravena, infusi atau melakukan sekatan saraf pusat dan periferi berserta pemberian psikoterapi untuk mengurangkan nyeri tersebut.
multiport fuel injectionsuntikan bahan api multiliangKejuruteraan AutomotifEnjinSistem suntikan bahan api untuk enjin gasolin berbilang silinder yang dilengkapi penyuntik bahan api dan dipasang pada setiap liang pengambilan. Penyuntik ini akan menyemburkan bahan api supaya masuk ke dalam aliran udara pengambilan dan bercampur dengannya sebelum campuran ini masuk ke dalam kebuk pembakaran melalui injap pengambilan. Penyuntikan sedemikian menghasilkan campuran udara-bahan api yang lebih seimbang dan merupakan penambahbaikan sistem suntikan titik tunggal.
12345678910...

Kembali ke atas