Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sun.ti.ngan] | سونتيڠن

Definisi : 1. sesuatu yg disunting (bunga dll); 2. pembetulan atau pembaikan karangan (buku, makalah, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sun.ti.ngan] | سونتيڠن

Definisi : apa-apa yg dijadikan sunting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suntingan

Puisi
 

Anak itik terbang ke hutan,
     Disambar buaya patah kakinya;
Bunga cantik jadi suntingan,
     Tak sangka begini harum baunya.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Bagaimanakah suntingan yang setepatnya untuk ayat-ayat keagamaan berikut? Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beramal soleh). Apakah istilah yang sesuai untuk menggantikan 'Demi sesungguhnya'?Mengikut konteks agama, ayat yang berunsur sumpah didahulukan kata "demi" untuk penegasan.Lain-lain05.10.2020
adakah DBP mengadakan kursus untuk suntingan dan terjemahan. bagaimana dengan yurannya.DBP menawarkan pelbagai kursus penataran termasuklah penataran bahasa Melayu, penyuntingan dan pengucapan awa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel kepada pegawainya Puan Faridah A. Rahman faridah@dbp.gov.my. Untuk kursus terjemahan, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Lain-lain11.06.2012
Bagaimana saya boleh mendapatkan 'spell checker' untuk memudahkan saya membuat suntingan penulisan dalam Bahasa Melayu.Saudara boleh terus membuat semakkan secara melalui http://prpm.dbp.gov.my/Lain-lain28.12.2016
Salam. Tuan/Puan, bidang pengajian apa di universiti yang patut diikuti oleh orang yang berminat dengan kerja suntingan? Terima kasih.Bidang pengajian media biasanya ada kursus penyuntingan, contoh di UM. Kursus penyuntingan juga banyak dilaksanakan oleh DBP.Lain-lain25.04.2012
Bagaimanakah cara tulis nota kaki buat rujukan yang disunting serta diterjemah daripada bahasa lain? Dalam kata lain, bagaimanakah cara tulis singkatan 'ed.' (edited by) dan 'trans.' (translated by) dalam Bahasa Melayu? Setahu saya, 'trans.' dalam Bahasa Melayu ialah 'terj.' Bagaimana pula untuk ed. (edited by)? Adakah dalam BM 'ed.' menjadi 'sunt.'? Sehubungan dengan itu, adakah kaedah dibawah, yang mengejakan 'suntingan' dan 'terjemahan' secara penuh dan meletakkan maklumat tersebut antara parantheses, tepat? Jalaluddin Rumi, The Mathnawi, (suntingan dan terjemahan Reynold A. Nicholson), (Cambridge: Gibb Memorial Trust, 1982). Bantuan pihak Khidmat Nasihat amat dihargaiDalam bahasa Melayu, tiada singkatan digunakan bagi nota kaki rujukan untuk suntingan dan terjemahan. Penggunaan perkataan yang diberikan oleh puan boleh digunakan, terjemahan dan suntingan Reynold A. Nicholson.Lain-lain08.01.2020
saya pernah belajar bahasa farsi selama 3 tahun setengah di iran. Saya berminat ingin menjadi penterjemah bahasa farsi ke versi bahasa melayu sama ada suntingan filem2 iran ke bahasa melayu ataupun karya penulisan. Bagaimana saya ingin bekerja dalam bidang penterjemah tersebut melalui DBP. Sila jelaskan dengan lebih lanjut.terima kasihDBP tidak melaksanakan kerja-kerja terjemahan sebagai fungsi utama. Sdr dicadangkan berhubung dengan Institut Terjemahan Negara.Lain-lain25.08.2010
Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'track changes'; adakah 'mencatat perubahan'. Terima kasih.Cadangan terjemahan "track changes" dalam bahasa Melayu ialah "perubahan  suntingan"






Makna08.10.2019
Pembetulan tatabahasa dan struktur ayat: 1.Pada era kamera menggunakan film, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya mereka, namun pada era digital kebanyakan penapis tersebut telah disediakan dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar. 2. Apabila mereka berada dalam talian, tidak ada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar dengan sejumlah besar maklumat yang boleh didapati oleh mereka malah lebih daripada itu, cara mereka berkejasama dan belajar antara satu sama lain.1.Pada era kamera menggunakan filem, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya. Namun pada era digital, kebanyakan penapis tersebut telah disediakan di dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar.


2. Apabila  berada dalam talian, tiada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar kerana maklumat yang banyak dan  mereka boleh bekerjasama dan belajar antara satu dengan yang lain.
Tatabahasa11.12.2013
Assalamualaikum. Saya Ami Farhani, ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Peraduan Gambar dan Kata. Merujuk gambar yang saya lampirkan, terdapat dua nama MOHD BAKRI BIN TALIB sebagai pemenang. Berdasarkan syarat peraduan http://www.mfa.org.my/newmfa/peraduan-gambar-dan-kata/ :- "5. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu sahaja layak pilih sebagai pemenang." Ketiga-tiga penyertaan Mohd Bakri bin Talib pula jelas tidak mematuhi syarat peraduan. Dua daripadanya tidak memaparkan individu/model. Satu daripadanya pula menggunakan suntingan digital. (3. Gambar yang diambil hendaklah memaparkan individu/model bersama outlet/produk francais secara realiti tanpa suntingan digital.) Pautan penyertaan beliau: https://www.instagram.com/p/CUc4jJqJznc/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDgTV9pJlf/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDh_R7p0Rt/?utm_medium=copy_link Bagaimana beliau boleh dipilih sebagai pemenang? Penjurian oleh penganjur tidak cermat. Setiap peserta pastinya melakukan yang terbaik untuk mematuhi syarat peraduan. Jika pemenang dipilih daripada peserta yang tidak mematuhi syarat asas sebegini, bagaimana orang ramai hendak mempercayai ketelusan peraduan atas talian seperti ini? Justeru saya memohon DBP sebagai salah seorang penganjur mengambil berat tentang aduan saya ini. Terima kasih.

Maklum Balas Aduan keputusan Peraduan Gambar dan Kata

Aduan I:

Terdapat dua nama MOHD BAKRI BIN TALIB sebagai pemenang. Berdasarkan syarat peraduan http://www.mfa.org.my/newmfa/peraduan-gambar-dan-kata/ :- "5. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu sahaja layak pilih sebagai pemenang.

Maklum Balas:

Nama Encik Mohd. Bakri bin Talib hanya sekali sahaja dipilih sebagai pemenang iaitu, pemenang tempat ketiga.

Aduan II:

Gambar yang diambil hendaklah memaparkan individu/model bersama outlet/produk francais secara realiti tanpa suntingan digital.) Pautan penyertaan beliau: https://www.instagram.com/p/CUc4jJqJznc/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDgTV9pJlf/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDh_R7p0Rt/?utm_medium=copy_link

Bagaimana beliau boleh dipilih sebagai pemenang?

Maklum Balas:

Konsep kolaj serta teknik adalah kreativiti peserta yang menyertai pertandingan dan gambar tiada unsur suntingan digital. Pihak Juri memutuskan bahawa gambar tersebut merupakan gambar asli yang dibuat dalam konsep kolaj.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain28.12.2021
Saya ingin mencari istila paling sesuai untuk "RNA interference (RNAi)", "short interfering RNA (siRNA)", "gene expression" dan "gene editing". Buat masa ini, saya menggunakan istilah rintangan atau penyekatan RNA untuk "RNAi" berdasarkan mekanismenya, "ekspresi gen" atau "penghasilan produk gen" (?) untuk "gene expression" dan "penyuntingan gen" atau "suntingan gen" untuk "gene editing".
Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan, kami mencadangkan istilah-istilah seperti yang berikut:

1. RNA interference - interferens RNA atau gangguan RNA
2. short interfering RNA - RNA menganggu pendek
3. gene expression - ekspresi gen atau pengekspresan gen
4. gene editing - penyuntingan gen
Istilah18.05.2022
12

Kembali ke atas