Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sun.ti.ngan] | سونتيڠن

Definisi : 1. sesuatu yg disunting (bunga dll); 2. pembetulan atau pembaikan karangan (buku, makalah, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sun.ti.ngan] | سونتيڠن

Definisi : apa-apa yg dijadikan sunting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suntingan

Puisi
 

Anak itik terbang ke hutan,
     Disambar buaya patah kakinya;
Bunga cantik jadi suntingan,
     Tak sangka begini harum baunya.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
splitt editsunting lengahKomunikasiTiadaPeralihan suntingan pada audio atau video daripada suntingan pertama ke suntingan kedua dengan cara mendahulukan atau melengahkan bahagian suntingan yang terdahulu atau terkemudian. Contohnya, sekiranya bunyi yang mengiringi adegan diperdengarkan dahulu sebelum visual, proses ini dipanggil suntingan lengah audio mendahului video. Sekiranya bahagian visual adegan itu pula ditunjukkan terlebih dahulu sebelum audio, proses ini dikenali sebagai suntingan lengah video mendahului audio. Dikenali juga sebagai suntingan berperingkat.
zero cuttingsuntingan sifarKomunikasiTiadaSuntingan yang dilakukan untuk menghubungkan dua potongan bingkai filem daripada gulungan A dan gulungan B secara bertindih. Kaedah suntingan ini dikenali juga sebagai cantuman automatik.
bloopblupKomunikasiTiadaSuntingan yang dilakukan dengan cara memadam gambar yang tidak diperlukan. Bagi optikal positif, suntingan ini dibuat dengan cara mendakwatkan modulasi yang tidak diingini. Bagi optikal negatif, suntingannya dibuat secara pemotongan fizikal. Manakala bagi pita pula, suntingan ini dilakukan secara magnetik.
off-line editingsuntingan luar talianKomunikasiTiadaProses memilih dan menyusun imej visual serta bunyi dengan menggunakan bahan-bahan visual dan bunyi yang disalin daripada pita asal. Hasil suntingan di peringkat ini akan dijadikan sebagai panduan bagi suntingan dalam talian.
variantvarianKesusasteraanTiadaSesuatu yang berbeza dalam naskhah sastera daripada yang lazim dari segi ejaan, perkataan, perbandingan, gambaran tokoh, dan episod. Suntingan varian ialah kerja suntingan yang dilakukan terhadap keseluruhan teks yang berlainan.
unnecessary editionssuntingan membazir/edisi membazirKesusasteraanTiadaSuntingan yang tidak mengikut kaedah saintifik.
cutting outlinekerangka suntinganKomunikasiTiadaLihat: asas suntingan.
edited mastersuntingan utamaKomunikasiTiadaHasil terakhir bahan suntingan dalam talian.
cutting on actionsuntingan semasa aksiKomunikasiTiadaSuntingan yang menggunakan aksi pelakon atau pergerakan dalam filem sebagai panduan bagi melakukan pememotongan bahan visual dari satu tangkapan ke satu tangkapan yang lain.
on-line editingsuntingan dalam talianKomunikasiTiadaSistem penyuntingan video berkomputer yang dilakukan pada peringkat akhir. Pada peringkat ini, hasil susunan dan suntingan video yang dibuat terlebih dahulu akan dijadikan sebagai panduan. Penyuntingan akan dilakukan dengan lebih berhati-hati kerana menggunakan pita audio dan peralatan yang berkualiti tinggi. Bahan yang terhasil daripada peringkat penyuntingan ini akan dijadikan sebagai bahan siaran.
1234567

Kembali ke atas