Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.nyi] | سوڽي

Definisi : 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa; 4. Ph rindu (akan); bersunyi, bersunyi-sunyi menjauhkan diri drpd orang ramai, mengasingkan diri, me­nyendiri: sengaja mereka pilih itu kerana mereka hendak ~-sunyi dan boleh berlama­lama di situ; menyunyi ark menjadi sunyi (senyap, sepi); kesunyian 1. perihal sunyi, keheningan, ke­lengangan, kesenyapan, kesepian: bunyi air yg mencurah dr cucuran atap menimpa daun­-daun kering kedengaran membelah ~ malam; 2. berasa sunyi (kerana keseorangan dll): segala yg berlaku di sekelilingnya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya, ia ~, ia keseorangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.nyi] | سوڽي

Definisi : 1 tidak kedengaran sebarang bunyi; senyap: ~ rumah ini, ke mana perginya anak-anak kamu?. ~ senyap sunyi sekali. 2 tidak ada orang; tidak banyak orang; lengang; kosong (bkn rumah): Dahulu, bandar itu sangat maju dan banyak orangnya, tetapi sekarang menjadi mundur dan ~. 3 lepas atau bebas drpd sebarang kejahatan dll: Manusia tiada ~ drpd membuat kesalahan. bersunyi, bersunyi-sunyi pergi menjauhkan diri dr orang ramai; mengasingkan diri: Pd hari-hari kelepasan am, saya lebih suka ~ di rumah drpd menghadiri sebarang majlis keramaian. kesunyian 1 keadaan sunyi; kesepian; kelengangan. 2 berasa sunyi kerana tinggal seorang diri: Apabila ~, saya pergi menonton wayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sunyi (adjektif)
1. Bersinonim dengan senyap: hening

2. Bersinonim dengan tidak berorang
( kosong, lengang, sepi, )
Berantonim dengan bising

3. Bersinonim dengan bebas: jauh, lepas,

Kata Terbitan : bersunyi, bersunyi-sunyi, kesunyian,

Puisi
 

Ayam kecil terlalak-lalak,
     Ayam biring kuning kakinya;
Abang pergi tergelak-gelak,
     Adik tinggal sunyi hatinya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Semut gatal nak gonggong gunung,
     bagaimana dunia takkan sunyi.

Bermaksud :

Sesuatu yang mustahil dilakukan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan sunyi dan senyap ? Kedua-dua ialah sinonim atau bukan ? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, senyap bermaksud 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri. Sunyi pula bermaksud 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan ini adalah sama maknanya.Istilah11.11.2010
Adakah terdapat tanda "-" pada kata ganda "hingar bingar" dan "sunyi sepi"? Menurut kamus dewan edisi keempat tidak ada "-" pada kedua-dua perkataan ini. Bukankah tanda "-" itu penanda kata ganda?hingar bingar dan sunyi sepi dieja tanpa tanda sempang. kata bingar dan sepi membawa makna dan boleh berdiri sendiri. Tatabahasa03.04.2008
Assalamualaikum. Jika kita ingin tambah imbuhan pe- di hadapan sunyi, adakah akan jadi penyunyi atau pensunyi? Terima kasih.Untuk makluman saudara, tiada imbuhan “pe-” untuk kata “sunyi”.  Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa29.09.2022
Apakah jawapan untuk soalan di bawah: 1. Antonim Suasana di pasar raya itu riuh dengan suara pembeli. riuh A. bising B. sunyi C. senyap D. sepi Apakah perbezaan antara sunyi, senyap dan sepi? Terima kasih.Perkataan yang paling tepat dalam konteks ayat tersebut ialah "sepi".Tatabahasa17.10.2014
hati gadis itu menjadi kecut apabila melalui lorong yang sunyi itu. adakah perkataan kecut itu sesuai? terima kasihKecut bermaksud kering berkedut, manakala kecut hati dan kecut perut lazimnya dikiaskan kepada perasaan takut, ngeri dan sebagainya. Oleh itu, perkataan yang betul ialah kecut perut seperti "gadis itu berasa kecut perut apabila melalui lorong yang sunyi itu".Tatabahasa13.06.2013
Ketika kami melalui di kawasan yang gelap lagi sunyi itu, bulu roma kami mulai meremang lalu menyebabkan kami mempercepat langkahan kaki. Jika saya menukarkan "melalui di" kepada "melalui", betulkah jawaban saya? Jika salah, boleh tuan berikan penjelasan yang selanjutnya? Terima kasih.Ya, penggunaan "melalui" sahaja boleh digunakan.Makna14.03.2018
Bolehkah satu perkataan menjadi ayat dan satu ayat menjadi perenggan? Contoh: Daun pintu dibuka perlahan. Sunyi. Begitulah jangkaanku.

Tuan,

Daripada contoh ayat yang tuan berikan,  jelas menunjukkan bahawa ayat tuan merupakan jenis ayat dailog yang sering kali digunakan dalam penulisan kreatif, iaitu novel, puisi dan cerpen. Pada ghalibnya, penulis kreatif agak bebas menggunakan  struktur ayat dan perenggan dengan alasan laras penulisan kreatif berbanding dengan penulisan rencana.

Tatabahasa10.05.2009
Ejaan yang betul untuk " cendekiawan atau cendiakawan"? Sepi berpanjangan mengundang kesedihan, namun adakalanya rasa damai dan sunyi itu pencetus saat ketenangan yang mengasyikkan? Yang mana lebih sesuai 'pencetus" atau "mencetus' bagi ayat di atas?Ejaan yang betul ialah cendekiawan. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah 'mencetus'.Tatabahasa25.11.2008
1. Bolehkah perkataan “nya” digunakan untuk objek selain manusia? Sebagai contoh, “Walaupun rumah itu besar tetapi keadaannya sunyi”. 2. “Sejak kecil Anita lebih serong kepada bidang sukan.” Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 3. A.Lari!Jerit kakak kepada saya. B. “Lari!”jerit kakak kepada saya. Ayat manakah yang betul? 4. “Mereka mengakui persembahan itu tahan sahaja.”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 5. “Saya akan bertemu Aishah esok”, “Saya akan bertemu dengan Aishah esok”. Ayat manakah yang lebih gramatis. Sila berikan penerangan. 6.Apakah perbezaan antara “orang orang” dengan “orang-orang”? Terima kasih.

       1. Selain sebagai kata ganti nama diri manusia ketiga, kata –nya boleh berfungsi sebagai kata pascakata (kata penekan dan kata pembenda).  Rujuk tatabahasa Dewan halaman 295-296.   2.   Sejak kecil Anita lebih cenderung kepada bidang sukan.   3.   “Lari!” jerit kakak kepada saya.  4.   Saya akan bertemu dengan Aishah esok. 5. Ejaan yang betul ialah orang-orang.

Tatabahasa31.12.2014
boleh tolong nyatakan contoh kata sendi nama menunjukkan masa.Berikut merupakan kata sendi nama yang menunjukkan masa:
1. pada = ...pada tengah malam yang sunyi.
2. dari = ...dari kurun ke-18.
3. ke = ... dari pagi ke petang
4. sejak= ... sejak dua tahun yang lalu
5.hingga/sampai = ...berjaga hingga pagi/ ...mengaji al-Quran sampai dinihari.
Tatabahasa12.03.2013
12

Kembali ke atas