Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sup] | سوڤ

Definisi : sj masakan yg banyak kuahnya (dibuat drpd ramuan-ramuan tertentu spt daging, ikan, sayur, dsb): ~ ayam; ~ kambing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sup] | سوڤ

Definisi : masakan daging, sayur dsb yg ba­­nyak kuahnya dan dibuat dgn meng­guna­kan ramuan-ramuan tertentu: ~ ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sup


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa perbezaan mee sup dan sup ayam, kenapa pekataan sup untuk mee itu dibelakang,manakala pekataan sup untuk ayam terletak didepan

Jika memperkatakan jenis masakan mi, maka mi disebut dahulu, contohnya mi sup, mi goreng, mi bandung dan sebagainya dan jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain.

Tatabahasa09.12.2009
Sup ayam atau ayam sup? Kari ikan atau ikan kari?Mengikut Hukum D - M, Kari Ikan. Apabila kita menerangkan jenis masakan gulai lemak atau kari, maka pilihan kita ialah kari dan kari itu ialah kari ikan. Jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain.Lain-lain29.11.2015
Selamat pagi. Saya ingin bertanya, minum sup ataupun makan sup. Sekian, terima kasih.Mengikut Kamus Dewan ‘sup’ sejenis masakan yang banyak kuahnya (dibuat daripada ramuan-ramuan tertentu seperti daging, ikan, sayur, sup ayam; sup kambing. Oleh sebab, sup dikategorikan sebagai makanan,  maka kata kerja yang digunakan ialah makan. Tatabahasa13.08.2014
Tolong nasihat samada minum sup boleh diterima atau tidak?Menurut Kamus Dewan, sup sejenis masakan yang banyak kuahnya (dibuat daripada ramuan-ramuan tertentu seperti daging, ikan, sayur, sup ayam: sup kambing. Oleh sebab sup dikategorikan sebagai makanan, maka kata kerja yang sesuai digunakan ialah "makan".Tatabahasa14.05.2015
Adakah perkataan 'menjerang' boleh digunakan untuk 'sup'? Contoh ayat; Nenek menjerang sup ayam di dapur. Adakah perkataan menjerang sesuai digunakan?Perkataan menjerang juga bermaksud memasak. Ayat "Nenek menjerang sup ayam di dapur" betul.Tatabahasa23.05.2012
Apakah perbezaan gerai dan warung?Tiada perbezaan makna yang ketara antara gerai dan warung. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) mentakrifkan:

gerai<sup>1sup>

kata nama ruangan atau kedai kecil yg ringkas, biasanya mengandungi kerusi dan meja tempat meletakkan, mempamerkan atau menjual barang, makanan, pakaian dsb:
Di tepi jalan itu terdapat sederetan gerai yg menjual buah-buahan.◊gerai makan;◊gerai cenderamata;

2 tempat duduk atau tempat berbaring-baring yg dibuat drp kayu atau buluh, berbentuk spt meja rendah yg lebar, dan biasanya diletakkan di bawah pokok, di beranda dsb;

klasik pelamin.

gerai<sup style="font-weight: bold;">2 sup>kata nama penggerai; kata kerja transitif  2 lihat menggerai;

warung kata nama kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman: Dia mahu warung kopinya yg beratapkan rumbia dan berdindingkan anyaman buluh itu bertukar wajah menjadi bangunan drp batu konkrit.

Secara umumnya, warung menyediakan ruang untuk pengunjungnya bertemu, berbual, berehat dan sebagainya, biasanya menyediakan minuman dan makanan, manakala gerai pula merupakan ruangan yang terhad dan menjual barangan tertentu dengan kuantiti yang tidak banyak.
Makna13.04.2023
apa maksud culaanCulaan ialah hasil daripada perbuatan mencula. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna seperti yang berikut:

cula<sup>2sup> چوال 
kata nama 1 hitungan yang dibuat untuk mengetahui banyaknya sokongan terhadap seseorang atau sesuatu pada sesuatu masa: Parti itu biasa membuat cula kawasan sebelum pilihan raya.
kata kerja transitif 2 lihat mencula;

mencula منچوال 
kata kerja tak transitif 1 melakukan cula: Selain mencula, mereka juga menyemak daftar pemilih dalam pilihan raya itu.
kata kerja transitif [pasif: dicula, cula] 2 melakukan cula terhadap (pengundi): Mereka berkempen dari rumah ke rumah meraih dan mencula undi.

penculaan ڤنچوالءن kata nama
perbuatan mencula: Penculaan undi yang diamalkan di Malaysia membolehkan parti-parti politik mengenali sebanyak mana pengundi mereka.

culaan چوالءن kata nama
hasil daripada mencula: Culaan setakat ini menunjukkan penolakan pengundi terhadap GST mencecah 75%.

Semua kata adalah bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya.
Makna27.07.2023
Apakah penjelasan bagi perkataan "samping"? Bila perkataan "samping" boleh digunakan? Adakah ia boleh digunakan bersama kata sendi nama "di"?Menurut kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1951)

samping<sup>1sup>
 kata nama
sisi atau sebelah kiri atau kanan:
Luruskan tangan di atas kepala, kemudian gerakkannya ke samping kiri dan kanan.

di samping
a di sisi atau di sebelah: Dia duduk di samping suaminya sambil menikmati minum petang.

b selain atau juga: Pertemuan sedemikian mendedahkannya pada corak penulisan baharu di samping dapat berkenal mesra dengan rakan penulis yang lain.

c bersama-sama atau bergandingan dengan: Hidup di samping baginda banyak menyimpulkan kenangan manis dan duka. Lebaran yang diraikan Syafie pada tahun ini tetap meriah dan bermakna di samping keluarga tercinta.

Sila dapatkan maklumat tentang kata terbitan dan contoh penggunaannya dalam kamus ini.
Makna24.05.2023
Saya ingin tahu maksud perkataan perasa & perisa. Sekiranya saya ingin mengunakannya untuk produk makanan contohnya mee segera , mana yang lebih sesuai? Perisa ke perasa. Contohnya : Mee segera Perasa Sup @ Mee Segera Perisa Sup?Perasa bermaksud benda yang memberi rasa pada masakan dan sebagainya, manakala perisa ialah bahan yang dibubuh dalam makanan atau minuman untuk menambah rasa enaknya. Untuk membantu saudara membezakan kedua-dua perkataan tersebut, perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning.Makna09.05.2012
Adik merasa kuah sup ayam itu . Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat.Ayat "Adik merasa kuah sup ayam itu" betul.Tatabahasa16.01.2014
1234

Kembali ke atas