Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sup] | سوڤ

Definisi : sj masakan yg banyak kuahnya (dibuat drpd ramuan-ramuan tertentu spt daging, ikan, sayur, dsb): ~ ayam; ~ kambing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sup] | سوڤ

Definisi : masakan daging, sayur dsb yg ba­­nyak kuahnya dan dibuat dgn meng­guna­kan ramuan-ramuan tertentu: ~ ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sup


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOREA SELATAN

Korea Selatan, negara yang terletak di antara garis lintang 43<SUP>oSUP> U dan 34<SUP>oSUP> U, dengan keluasan 100 km<SUP>2SUP> dari utara ke selatan dan 216 km<SUP>2SUP> dari timur ke barat.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SUP SARANG BURUNG

Sup sarang burung ialah makanan orang Cina

yang terkenal. Sup luar biasa ini dibuat daripada

sarang burung swiflet, iaitu burung tertentu di Asia

Tenggara yang tergolong dalam famili burung

layang-layang. Sarang burung ini dikukuhkan

dengan air liur yang telah keras daripada burung

swiflet jantan. Apabila dimasak, sarang burung ini

menjadi kenyal yang menjadikan tekstur sup

kelihatan menarik. Rasa sup datangnya

terutamanya daripada jenis air rebusan sarang

burung dimasak. Dalam jenis sup sarang burung

yang terkenal, sarangnya dimasak dalam air

rebusan ayam pekat yang dicampurkan dengan

ayam lembut (putih telur yang dipukul hingga naik

dan ayam dicincang halus). Lain-lain jenis sup

sarang burung termasuk sup masin yang dihidang

sebagai pembuka selera dan sup pencuci mulut

yang manis yang dibuat dengan tembikai.

UMUM 
E = MC 2

E = mc<SUP>2SUP> ialah formula yang dicipta oleh ahli fizik,

Albert Einstein yang secara langsung mengaitkan

jisim (jirim) dengan tenaga.

UMUM 
AIR BERAT

Air berat (formula kimia D2O atau <SUP>2 SUP>H2O) ialah air

yang mengandungi isotop hidrogen berat yang

dinamakan deuterium (simbol kimia D) yang

menggantikan hidrogen biasa. Atom deuterium

mempunyai jisim kira-kira dua kali ganda atom

hidrogen biasa. Air berat juga dinamakan

deuterium oksida .

UMUM 
DEUTERIUM

Deuterium, yang juga dikenali sebagai

hidrogen berat, ialah isotop hidrogen yang stabil

(lihat Isotop). Simbol kimianya ialah D atau <SUP>2SUP>H.

Deuterium ialah bahagian yang penting dalam

bom hidrogen dan ia digunakan dalam penyelidikan fizik atom,

biokimia, dan kimia.

UMUM 
KOREA UTARA

Korea Utara, negara yang terletak di antara garis lintang 45<SUP>o SUP>U dan 38<SUP>o SUP>U. Negara ini juga dikenali dengan nama Republik Rakyat Demokratik Korea.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
OKRA

Okra, juga dikenali sebagai “bendi” atau “bender”

ialah tumbuhan yang ditanam kerana lenggainya

yang belum matang, yang digunakan untuk

memasak stew, untuk memekatkan sup dan

memperasakan sup, dan sebagai sayur. Ia adalah

tumbuhan tahunan. Tingginya 0.5 meter hingga 2.5

meter. Daunnya bulat, bercuping halus dan

bergerigi halus. Lenggai pada tumbuhan ini dan

bunganya berwarna kuning kehijauan. Panjangnya

dari 10 sentimeter hingga 15 sentimeter tetapi

kadangkala melebihi 30 sentimeter apabila

membesar sepenuhnya. Lenggai okra dimasak

ketika muda dan lembut. Okra adalah sejenis

bunga raya, dan ia berkaitan rapat dengan kapas.

Ia berasal dari Afrika.

Pengelasan saintifik. Okra tergolong dalam famili

mallow, Malvaceae. Ia adalah Hibiscus esculentus .

UMUM 
KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, ibu negara Malaysia. Kuala Lumpur terletak pada garis lintang 3<SUP>oSUP> 8’U dan garis bujur 100<SUP>oSUP> 44T. Kedudukan kawasan pusat asalnya ialah di Kuala Sungai kelang dan Sungai Gombak. Bandar ini meliputi Lembah Kelang sebagai kawasan terpenting dan dipinggiri oleh tanah tinggi di sebelah timur. Kuala Lumpur mempunyai iklim yang seragam dengan purata 27<SUP>oSUP> dan purata hujan 2700 mm setahun. Kepesatan pembangunan fizikal Kuala Lumpur telah menjadikannya lebih panas (2oC – 7oC) dan  lebih kering daripada kawasan sekelilingnya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BELGIUM

Belgium. Negara yang terletak di barat laut Eropah. Belgium adalah salah satu negara terkecil di Eropah, dengan keluasan hanya 30 521 km<SUP>2SUP>.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BERLIN

Berlin, ibu negara dan bandar raya terbesar di Jerman. Berlin mempunyai keluasan kira-kira 891 km<SUP>2SUP> dengan jumlah penduduk kira-kira 3.4 juta orang (2005).

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
123

Kembali ke atas