Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.rah] | سورة

Definisi : Ar bahagian atau bab (yg mengesahkan sesuatu) dr Quran; ®surat II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.rah] | سورة

Definisi : bahagian atau bab yg me­ngisahkan sesuatu dlm Quran (ada 114 semuanya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata surah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Apakah maksud "surah Makkiyyah" dan "surah Madaniyyah"? Terima kasih.Surah Makiyyah surah yang diturunkan di Mekah, iaitu sebelum hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah dan Surah Madaniyyah ialah surah yang diturunkan di Madinah selepas penghijrahan baginda.Tatabahasa20.01.2014
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: Surah Ar-Rahman atau surah Ar-Rahman? Juga, bolekah perkataan surah ini digantikan dengan perkataan surat, contoh: Surat Ar-Rahman? Terima kasih!Ejaan yang betul ialah Surah al-Rahman. Perkataan surah lebih tepat jika merujuk bahagian atau bab yang me­ngisahkan sesuatu dalam al-Quran.Ejaan05.06.2020
1. Surah al-Fatihah wajib dipelajari setiap orang Islam kerana ia merupakan satu daripada rukun di dalam solat. 2.Surah al-Fatihah merupakan surah yang pertama mengikut susunan di dalam mushaf. Menurut para ulama, dinamakan surah ini dengan kalimah al-Fatihah, iaitu pembukaan kerana ia merupakan pembukaan di dalam mushaf dan juga pembukaan bacaan semasa mendirikan solat. soalan saya; adakah dalam soalat atau di dalam solat? di dalam mushaf atau dalam mushaf?Frasa sendi nama "di dalam" digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang mempunyai ruang, manakala kata sendi nama "dalam" digunakan apabila memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak atau tidak mempunyai ruang seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, dan sebagainya. Frasa yang betul ialah "dalam solat" dan "dalam mushaf".Tatabahasa23.04.2024
Selamat petang, Apakah ejaan yang lebih tepat? 1. Surah Ghafir atau surah Ghafir 2. Syurga Firdaus atau syurga Firdaus 3. Neraka Jahanam atau neraka Jahanam Sekian, terima kasih.
Kata umum  seperti surah, syurga dan neraka dalam penulisan umumnya dieja dengan huruf kecil.  Hanya nama-nama surah, syurga dan neraka yang perlu dieja dengan huruf besar, contohnya, surah Ghafir, surga Firdaus dan neraka Jahanam.  
Ejaan30.05.2021
Yang mana satu paling tepat? Ayat 1 Surah al-Baqarah Ayat 1 surah al-Baqarah Ayat 1 Surah Al-BaqarahPenggunaan yang tepat ialah Surah al-Baqarah 2:1

Walau bagaimanapun, sekiranya ia terletak di tengah-tengah ayat, hendaklah ditulis"...  ayat 1 Surah al-Baqarah ..."
Lain-lain19.11.2020
Salam sejahtera, Saya mohon pencerahan DBP tentang penulisan nama-nama ayat atau surah di dalam al-Quran, apakah harus di huruf besar? Kerana saya tidak menemukannya di dalam Kamus, nama-nama seperti berikut: ayat kursi/ Ayat Kursi/ ayat Kursi surah al-Baqarah/ Surah al-Baqarah/ surah al-baqaroh fatihah/ Fatihah Sekian saja atas penerangannya saya ucapkan terima kasih. Salam hormat, Ahmad ShahNama-nama surah di dalam al-Quran ditulis dengan huruf besar kerana ia merupakan nama khas, seperti Al-Furqan dan Al-Fatihah.Ejaan15.04.2020
di dalam surah yasin, terdapat ayat yang mengatakan bahawa Allah akan mengunci/memeterai/atau memateri mulut2 kita dan membiarkan anggota badan lain yang berbicara? Yang mana satu tepat ye? mengunci/memeterai/memateriMengunci bermaksud menutup, memeterai bermaksud membubuh meterai pada (sesuatu), atau mengecap. Kata memateri bermaksud menghubungkan atau menyatukan erat-erat. Berdasarkan makna tersebut kata mengunci sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Makna25.07.2012
Bagaimana cara penulisan Bulan Islam dan surah Al-Quran. adakah ianya perlu ditulis secara italic
Cara penulisan nama bulan Islam dan surah al-Quran tidak perlu ditulis secara italik
Lain-lain18.08.2020
Assalamualaikum Tuan Puan, Saya sedang siapkan buku berkaitan dengan agama dan memerlukan segera rujukan untuk nama - nama surah dalam al-Quran. 114 surah keseluruhannya.. Mohon bantuan dan khidmat nasihat DBP sebagai rujukan segera. Jasa baik amatlah saya hargai.. Terima kasih dan salam hormat.. Salam Ramadan Kareem..

Sdr. boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan sdr. boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengah hari mulai pukul 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang. Hasil carian melalui KAWAT DBP menunjukkan terdapat 1056 maklumat berkaitan dengan al-Quran.

Lain-lain08.06.2017
Nurul Shaza Ab Manaf 11.14 PAGI Assalamualaikum Saya ingin bertanya.. Dimanakah boleh saya rujuk, untuk dapatkan ejaan yang sebenar untuk nama-nama surah dalam Al-Quran ya? terima kasih..Puan boleh merujuk buku GAYA DEWAN EDISI KETIGA terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, (tahun 1995) - Lampiran 7 (Senarai Surah), halaman 251 - 255).Ejaan08.06.2017
1234

Kembali ke atas