Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata surah al-an'am


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Saya pernah mengajukan soalan berkenaan penggunaan tanda baca huruf besar dan huruf kecil kepada PRPM. Namun, tiada jawapan yang kukuh untuk saya fahami alasan munasabah di sebalik jawapan tersebut. Bagaimanakah tanda baca yang betul bagi perkataan berikut: nabi Muhammad atau Nabi Muhammad ustaz Zaim atau Ustaz Zaim malaikat Jibril atau Malaikat Jibril syurga Adnin atau Syurga Adnin neraka Jahanam atau Neraka Jahanam hari Kemerdekaan atau Hari Kemerdekaan surah al-Baqarah atau Surah al-Baqarah dan seumpamanya? Memang benar, perkataan nabi, ustaz, malaikat, syurga, neraka, surah dan hari tersebut merupakan kata nama am yang perlu ditulis huruf kecil. Namun, apabila sudah digabungkan dengan kata nama khas selepasnya, bukankah ia membentuk 1 frasa yang perlu dieja dengan huruf besar juga? Harap kali ini saya pihak PRPM dapat memberikan alasan bagi jawapan yang diberikan itu untuk saya dan kumpulan editor yang lain memahami penggunaan tanda baca tersebut. Sekian, terima kasih.Frasa nama ialah perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama merupakan satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat.

Frasa nama khas ditulis menggunakan huruf besar seperti Ustaz Zaim, Malaikat Jibril, Syurga Adan, Neraka Jahanam, Hari Kemerdekaan, kecuali surah al-Baqarah yang bermakna bab dalam al-Quran.

Para pengguna, editor dan sebagainya disarankan merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP: 2008, 363-383) untuk memperoleh maklumat dan contoh yang lebih jelas. Kamus Dewan Perdana (DBP: 2020) juga merakamkan kebanyakan kata dan frasa tersebut untuk membantu pengguna.
Lain-lain10.06.2021
Saya ada beberapa soalan berkaitan beberapa bentuk ejaan perkataan. 1. Bagaimanakah huruf ketiga jawi (ث) di eja? Adakah dieja sebagai tsa' atau stha? 2. Bentuk ejaan perkataan Arab, contoh seperti: a. al- Quranul Karim atau al-Quran al-Kareem? b. 'alaikum atau a'laikum? (huruf ع -bagaimana dirumikan?) c. haba am-mansura atau haba-an mansura?(Surah Furqan: 23) Harap soalan saya jelas dan mudah difahami. Mohon bantuan.
1. Sebutannya - tha
2. Al-Quranul Karim
3. alaikum
Untuk maklumat lanjut,  tuan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, walau bagaimanapun tidak ada contoh penulisan sebutan ayat Al-Quran dalam pangkalan data kami.
Ejaan12.05.2014
Muhammad Muhaimin Salam. Saya ada beberapa soalan berkaitan beberapa bentuk ejaan perkataan. 1. Bagaimanakah huruf ketiga jawi (ث) di eja? Adakah dieja sebagai tsa' atau stha? 2. Bentuk ejaan perkataan Arab, contoh seperti: a. al- Quranul Karim atau al-Quran al-Kareem? b. 'alaikum atau a'laikum? (huruf ع -bagaimana dirumikan?) c. haba am-mansura atau haba-an mansura?(Surah Furqan: 23) Harap soalan saya jelas dan mudah difahami. Mohon bantuan. Sekian Terima kasih1. Sebutannya - tha 2. Al-Quranul Karim 3. alaikum Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, walau bagaimanapun tidak ada contoh penulisan sebutan ayat Al-Quran dalam pangkalan data kami.Ejaan12.05.2014

Kembali ke atas