Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata surah al-baqarah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu paling tepat? Ayat 1 Surah al-Baqarah Ayat 1 surah al-Baqarah Ayat 1 Surah Al-BaqarahPenggunaan yang tepat ialah Surah al-Baqarah 2:1

Walau bagaimanapun, sekiranya ia terletak di tengah-tengah ayat, hendaklah ditulis"...  ayat 1 Surah al-Baqarah ..."
Lain-lain19.11.2020
Salam sejahtera, Saya mohon pencerahan DBP tentang penulisan nama-nama ayat atau surah di dalam al-Quran, apakah harus di huruf besar? Kerana saya tidak menemukannya di dalam Kamus, nama-nama seperti berikut: ayat kursi/ Ayat Kursi/ ayat Kursi surah al-Baqarah/ Surah al-Baqarah/ surah al-baqaroh fatihah/ Fatihah Sekian saja atas penerangannya saya ucapkan terima kasih. Salam hormat, Ahmad ShahNama-nama surah di dalam al-Quran ditulis dengan huruf besar kerana ia merupakan nama khas, seperti Al-Furqan dan Al-Fatihah.Ejaan15.04.2020
Selamat sejahtera, Saya pernah mengajukan soalan berkenaan penggunaan tanda baca huruf besar dan huruf kecil kepada PRPM. Namun, tiada jawapan yang kukuh untuk saya fahami alasan munasabah di sebalik jawapan tersebut. Bagaimanakah tanda baca yang betul bagi perkataan berikut: nabi Muhammad atau Nabi Muhammad ustaz Zaim atau Ustaz Zaim malaikat Jibril atau Malaikat Jibril syurga Adnin atau Syurga Adnin neraka Jahanam atau Neraka Jahanam hari Kemerdekaan atau Hari Kemerdekaan surah al-Baqarah atau Surah al-Baqarah dan seumpamanya? Memang benar, perkataan nabi, ustaz, malaikat, syurga, neraka, surah dan hari tersebut merupakan kata nama am yang perlu ditulis huruf kecil. Namun, apabila sudah digabungkan dengan kata nama khas selepasnya, bukankah ia membentuk 1 frasa yang perlu dieja dengan huruf besar juga? Harap kali ini saya pihak PRPM dapat memberikan alasan bagi jawapan yang diberikan itu untuk saya dan kumpulan editor yang lain memahami penggunaan tanda baca tersebut. Sekian, terima kasih.Frasa nama ialah perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama merupakan satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat.

Frasa nama khas ditulis menggunakan huruf besar seperti Ustaz Zaim, Malaikat Jibril, Syurga Adan, Neraka Jahanam, Hari Kemerdekaan, kecuali surah al-Baqarah yang bermakna bab dalam al-Quran.

Para pengguna, editor dan sebagainya disarankan merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP: 2008, 363-383) untuk memperoleh maklumat dan contoh yang lebih jelas. Kamus Dewan Perdana (DBP: 2020) juga merakamkan kebanyakan kata dan frasa tersebut untuk membantu pengguna.
Lain-lain10.06.2021
Salam sejahtera, Mengikut penerangan yang diberikan melalui lampiran yang disediakan, perkataan al-Quran dieja dengan huruf A besar - Al-Quran. Manakali, penjelasan dari tarikh-tarikh yang lain menunjukan ianya dieja dengan huruf A kecil - al-Quran. Yang mana satu agaknya ejaan yang betul? Terima kasih!Ejaan yang betul mengikut Gaya Dewan ialah al-Quran, surah al-Baqarah, al-fatihah, ayat Kursi kecuali perkataan  tersebut  berada dipermulaan ayat, contohnya: "Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran."Ejaan03.11.2020
Saya juga ingin mendapatkan panduan bagi menulis dan mengeja bagi kata penentu `al’ yang telah diseragamkan oleh DBP. Perlu diletakkan sempang (-) atau tidak. Contoh: Nama pertubuhan seperti … Al Maunah, Al-Arqam Nama organisasi seperti … Penerbitan Al Mahirah, Sekolah Al Rahmah Nama surah. Al perlu huruf kecil atau huruf besar `al-Baqarah’ atau `Al-Baqarah’ (dalam konteks perkataan ini muncul di tengah-tengah ayat)

Tatabahasa07.12.2017
Kalau ejaan nama surah menggunakan al-(huruf kecil) spt. al-Baqarah dll., bagaimana pula dengan pengunaan al-sebelum kata nama apakah perlu al . at as, atau Al-. At- As-... dalam situasi perkataan ini terletak di tengah-tengah ayat seperti apakah betul ditulis begini: 1. Riwayat hadis oleh at-Tarmizi (atau At-Tarmizi)? 2. Khalifah Umar al-Khattab (atau Umar Al-Khattab)? 3. Abu Bakar as-Sidiq (atau As-Sidiq atau Al-Sidiq)? 4. Abu Hasan Din al-Hafiz (Abu Hasan Din Al-Hafiz)? Jika ada sebarang teks panduan berkaitan ejaan ini boleh juga e-melkan kepada saya. Sekian, terima kasih.Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali.

Tuan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu  Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Tatabahasa07.01.2014
Boleh terangkan perbezaan penggunaan tanda sempang (-) dengan titik bertindih (:). Jika tanda ini digunakan, adakah perkataan berikutnya perlu dimulakan dengan huruf besar?Tanda sempang paling banyak digunakan dalam kata ganda, selain berfungsi untuk menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan (k-a-m-p-u-n-g), memisahkan angka yang berbeza fungsi dan menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat (Anglo-China) dan perkataan yang mengikutnya tidak perlu dimulakan dengan huruf besar kecuali nama khas. Manakala titik bertindih digunakan untuk memperkenalkan atau menambah keterangan (Prinsip hidup saya senang sahaja:Tekun dan Ikhlas) dan kata yang mengikutinya bermula dengan huruf besar, memisahkan subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan (Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan), memisahkan nombor surah daripada nombor ayat al-Quran (al-Baqarah 2:29), memisahkan nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid (Ensiklopedia Pelajar 2:5), menunjukkan nisbah (12:12).Ejaan12.09.2008

Kembali ke atas