Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata surah al-talaq


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-TALAQ

Surah al-Talaq ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-65 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 12 ayat.

Surah ini dinamakan al-Talaq (talak) kerana

perbicaraannya menumpukan kepada bab talak.

Diriwayatkan bahawa Ibn Umar r.a. menceraikan

isterinya dalam keadaan haid, berita itu

kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah

s.a.w. yang menyebabkan kemarahan Baginda.

Rasulullah s.a.w. mengarahkan Ibn Umar r.a. supaya

merujuk semula kepada isterinya dan menunggu

sehingga isterinya tamat tempoh haid. Apabila Ibn

Umar r.a. hendak menceraikan isterinya setelah

suci dari haid, maka turunlah ayat mengenainya di

dalam surah ini.

UMUM 
SURAH AL-NISA'

Surah al-Nisa’ ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang keempat mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

176 ayat. Ia dinamakan al-Nisa’ (wanita) kerana di

dalam surah ini terdapat banyak hukum yang

berkaitan dengan wanita sedangkan hukum-hukum

sebegini tidak terdapat dalam surah-surah lain.

Surah al-Nisa’ juga disebut surah al-Nisa’ al-Kubra

berbeza dengan surah al-Nisa’ al-Sughra yang juga

dikenali dalam al-Qur’an sebagai surah al-Talaq.

Surah al-Nisa’ ini seperti juga surah-surah

Madaniyyah lain, membahaskan secara terperinci

mengenai hukum-hukum syariah yang mengatur

kehidupan dalaman serta luaran kaum Muslimin

iaitu tanggungjawab, hukum-hukum syariah,

menceritakan mengenai asas-asas penting yang

bersangkutan dengan kaum wanita, rumah tangga,

keluarga, negara dan masyarakat.

UMUM 

Kembali ke atas