Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ram] | سورم

Definisi : 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ ca­hayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau be­berapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; suram-suram; ~ gelap sedikit gelap (se­hingga tidak kelihatan nyata), samar-samar, sabur limbur; menyuram bertukar menjadi suram, menjadi muram (buram, pudar); menyuramkan menjadikan suram (buram, pudar, dll), memuramkan, memudarkan: jalan ke rumahnya yg gelap makin ~ pandan­gannya; kesuraman perihal suram, kemuraman, kepudaran: di wajahnya, terbayang kesulitan hidup serta ~ masa hadapan anak-anak itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ram] | سورم

Definisi : 1 tidak berapa terang (bkn cahaya); kurang cahayanya; agak gelap; redup: Cahaya matahari pun ~. 2 tidak bercahaya (bkn batu permata, barang kemas dll); buram. 3 tidak berseri (bkn muka, mata dll); muram: Dgn wajah yg ~, dia pergi meninggalkan kampungnya. menyuram menjadi suram (bkn cuaca dsb). menyuramkan menjadikan su­ram. kesuraman keadaan suram; ke­muraman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suram (adjektif)
1. Dalam konteks cuaca
bersinonim dengan redup, muram, samar-samar, remang-remang, melindap, pirau, kelam, kalis, bureng, mamang, gerawan, aram-temaram, kurang terang, agak gelap, kurang cahaya,
Berantonim dengan terang

2. Dalam konteks logam
bersinonim dengan kusam, buram, guram, kelam, suram, pusam, pudar,
Berantonim dengan berkilat

3. Dalam konteks muka, mata,
bersinonim dengan tidak berseri, kusam, kuyu, muram, pucat, suram, subam, usam, pudar,
Berantonim dengan berseri

4. Rujuk lih masyghul

Kata Terbitan : suram-suram, menyuramkan, kesuraman,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dull3. not bright, rather dark, (of colour) suram, sebam; (of light) suram, buram: the ~ yellow of old gold, warna kuning suram emas lama; there was a ~ glow in the night sky, terdapat cahaya suram di langit malam; 4. overcast, suram: the sky was ~ all day, langit suram sepanjang hari; 5. not clear, bengap, tdk jelas: there was a ~ thud as the bag of rice fell to the floor, kedengaran bunyi bengap apabila kampit beras itu jatuh ke lantai; ~ of hearing, lemah pendengaran; 6. blunt, tumpul, majal: the ~ edge of the knife, mata pisau yg tumpul; 7. (of pain, ache) not sharp, tdk mencucuk; 8. slow in understanding, learning, etc,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sombreadj 1. appearing dark-coloured and dismal, muram, suram; (of clothes) suram: a ~ room, filled with books and mementoes from the past, bilik yg suram yg dipenuhi dgn buku dan cenderamata dr masa-masa lampau; the room was furnished in ~ colours, bilik itu dilengkapi dgn perabot yg berwarna suram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sober 3. (of colour) suram; (of clothes, shoes etc), (berwarna) suram: a suit of ~ grey material, sut yg dibuat drpd kain yg berwarna suram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glumadj sad, dejected, a. (of so’s face etc) suram, muram: his face was ~ when he came out of the courtroom, mukanya suram semasa keluar dr bilik mahkamah; look ~, kelihatan /suram, muram, masyghul/: why is she looking ~ today?, kenapa dia kelihatan suram hari ini?; b. (of so’s behaviour) sedih: the conversation that night was ~ without one bright note, perbualan malam itu agak sedih tanpa satu pun cerita yg menarik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cheerlessadj suram, muram: ~ surroundings, keadaan sekeliling yg suram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dullvi (of colour) menjadi /suram, sebam/; (of light) menjadi /suram, buram/; (of eyes) menjadi buram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grim3. gloomy, suram: the ~ walls of the old fort, tembok kota lama yg suram itu; 4. unpleasant, depressing, (of life) susah, perit, menderita; (of news, prospect, etc) muram: the ~ life of the peasants, hidup susah kaum tani; they listened to the ~ news with heavy hearts, mereka mendengar berita yg muram itu dgn hati yg sedih; these factories faced the ~ prospect of having to close down, kilang-kilang ini menghadapi prospek yg muram krn akan terpaksa ditutup;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dingyadj suram dan kotor; (of clothes, curtains, furnishing, etc) pudar: the ~ industrial towns, bandar-bandar perusahaan yg suram dan kotor; his overcoat was ~ and tattered, kot luarnya pudar dan koyak rabak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soberly adv (rel to attire) berwarna suram: she was ~ dressed for the occasion, dia memakai pakaian yg berwarna suram ke upacara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
murkyadj 1. gloomy, kelam, suram: on a wet and ~ morning in December, pd satu pagi yg lembap dan suram dlm bulan Disember; 2. (of water) keruh: the ~ waters of the swamp, air paya yg keruh; 3. shady, dKamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas