Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.rat] | سورت

Definisi : 1. kertas yg ditulis, segala sesuatu yg tertulis (tercetak dll): maka dikeluarkannya dua gulung ~; juru~ orang yg menulis surat (penulis); 2. = ~ kiriman kertas yg ditulis (mengandungi khabar dll) dan dikirim kpd orang lain: dia baru menerima ~ drpd ayahnya; peti ~ peti (di tepi jalan, di pejabat pos) tempat mengepos surat; sampul ~ = sarung ~ selongsong drpd kertas (tempat memasukkan surat yg hendak dikirim); tukang ~ Id tukang pos; 3. sesuatu yg ditulis, tulisan: dlm zaman itu, belumlah ada seorang pun yg terlebih pandai bahasa dan ~ Cina daripadanya; ~ akuan surat yg ditulis utk memperakukan sesuatu (spt barang jualan, kelayakan seseorang, dsb); ~ anggota Id surat tanda ahli sesuatu pertubuhan dll; ~ angkatan Id surat rasmi utk menjabat sesuatu jawatan; ~ anonim surat yg tidak diketahui penulisnya; ~ azimat kertas yg bertulis dgn ayat tertentu sbg tangkal dll; ~ bahari ark surat yg menge­sahkan penerimaan, resit; ~ beranak = ~ jadi = ~ lahir surat keterangan mengenai ke­lahiran dll; ~ berdaftar surat kiriman yg didaftarkan di pejabat pos (supaya tidak hilang); ~ berhenti a) surat pengesahan berhenti (dr sekolah) yg diberi oleh guru besar; b) surat memohon berhenti drpd jawatan; c) surat dipecat drpd jawatan; ~ belasungkawa surat utk menyatakan turut berdukacita; ~ buta = ~ gelap = ~ kaling = ~ mentega surat yg tidak diketahui penulisnya (khas utk meng­kritik dll); ~ cap surat yg rasmi; ~ cara dokumen undang-undang spt geran, kontrak, dsb; ~ cepat Id surat (penting) yg mesti disampaikan lekas-lekas; ~ cerai = ~ talak surat yg menyatakan bahawa si isteri telah diceraikan oleh suaminya; ~ dakwa surat yg mengandungi tuduhan yg dibacakan di hadapan hakim; ~ daftar senarai; ~ dinas Id = ~ jawatan surat urusan kerajaan (tidak dikenakan bayaran pos); ~ doktor surat pengesahan drpd doktor (menyatakan seseorang itu uzur dan tidak dapat bekerja); ~ edaran = ~ keliling = ~ pekeliling surat yg diedarkan (utk pengetahuan umum); ~ gadai a) surat tanda meminjam wang dgn meng­gadaikan barang; b) Id surat penetapan cukai; c) Id surat izin (senjata api dll); ~ hasrat (Eko) surat yg menyatakan keinginan seseorang atau sesuatu pihak utk melaksanakan kontrak, projek dsb; ~ hutang surat penga­kuan telah meminjam wang drpd orang; ~ ikatan (Eko) dokumen yg sah bagi perjanjian atau persetujuan antara pihak yg terlibat; ~ insurans surat perjanjian mengenai insurans, polisi; ~ iringan surat penjelasan yg dihantar bersama-sama dgn dokumen, barang dsb; ~ isian Id surat yg harus diisi, borang; ~ izin = ~ kebenaran surat yg menyatakan bahawa pemegangnya diberi izin atau kebenaran utk melakukan (memiliki) sesuatu; ~ jaminan surat utk menjamin sesuatu (kelakuan baik orang dll); ~ jemputan = ~ undangan surat utk menjemput orang datang (ke majlis perkahwinan dll); ~ kahwin = ~ nikah surat pengesahan perkahwinan; ~ kawat telegram; ~ keberatan Id surat yg menyatakan ber­keberatan; ~ kenalan surat utk memperkenal­kan seseorang dll; ~ kepercayaan Id surat yg menyatakan bahawa pemegang surat itu telah dilantik menjadi wakil dll; ~ keterangan surat yg memberi keterangan bkn sesuatu; ~ kiriman surat yg dikirimkan dgn pos; ~ kredit (Eko) dokumen drpd sebuah bank kpd bank lain yg membenarkan pembayaran dibuat kpd penamanya apabila syarat telah dipenuhi, biasanya diperlukan oleh pengeksport sbg bukti kemampuan pengimport membayar beliannya; ~ kuasa surat yg memberi kuasa kpd orang tertentu utk mengurus sesuatu; ~ layang = ~ terbang surat yg tidak diketahui penulisnya (biasanya surat yg mengecam, menyebarkan berita buruk atau berita palsu, dll); ~ lepas a) surat cerai; b) surat yg menyatakan sudah diberhentikan drpd jawatan; ~ mati surat keterangan tentang kematian; ~ nujum surat yg mengandungi hal bintang raksi (bintang dua belas); ~ paksa Id surat amaran yg diberikan kpd orang yg tidak membayar cukai; ~ partikelir Id surat yg bukan surat urusan kerajaan (bukan surat jawatan); ~ pas surat yg mengizinkan pembawanya lalu (membawa sesuatu dll); ~ pelekat surat iklan dll yg ditampalkan di mana­mana; ~ pemberitahuan surat utk mem­beritahukan sesuatu kpd orang; ~ pemilih = ~ suara Id surat utk memilih (wakil rakyat dll); ~ pengantar Id surat yg dikirim bersama barang yg dihantar; ~ perintah = ~ tugas Id surat yg menerangkan bahawa pembawanya ditugaskan (diperintahkan) utk melakukan sesuatu; ~ perjanjian surat yg menyatakan perjanjian yg telah dibuat; ~ permintaan = ~ permohonan a) surat utk meminta sesuatu drpd pembesar dll; b) surat utk melamar pekerjaan; ~ pujian = ~ puji-pujian a) surat yg menyatakan kebaikan sesuatu; b) surat yg mengandungi puji-pujian terhadap jasa orang dll; ~ rantai = ~ berantai surat yg dikirimkan kpd orang dan mesti disalin dan dikirimkan pula kpd orang lain; ~ rayuan surat yg mengandungi rayuan (supaya diringankan hukuman, diperkenankan permohonan, dll) kpd pembesar-pembesar dll; ~ salinan surat yg disalin dr surat asal; ~ saman = ~ sita surat yg mewajibkan orang hadir di muka hakim (di mahkamah); ~ sebaran = ~ selebaran surat yg dibahagi-bahagikan kpd orang ramai (mengandungi pengumuman utk orang ramai dll); ~ segel Id surat yg bercap (utk perjanjian dll); ~ sembah sl surat tanda tunduk (kpd raja lain); ~ sumpah a) surat pengganti surat beranak yg hilang (dikeluarkan oleh kerajaan); b) surat ikrar atau janji yg teguh; ~ syer surat yg menandakan seseorang memiliki syer (dlm sesuatu syarikat perdagangan dll); ~ tanda surat bukti atau pengakuan (resit, sijil, dll); ~ tempelan Id surat pelekat; ~ terbuka a) surat yg tidak dimasukkan ke dlm sampul surat; b) surat kpd orang tertentu yg disiarkan di dlm akhbar dll (sbg menyatakan bantahan dll); ~ tercatat = ~ terdaftar Id surat berdaftar; ~ titah surat yg mengandungi titah raja; ~ tuduhan surat yg mengandungi tuduhan; ~ tukar nama surat yg mengesahkan pertukaran milik (tanah, syer, dll); ~ ugutan surat yg mengugut atau mengancam; ~ ukur Id surat yg mengandungi pelan tanah serta pelan rumahnya sekali; ~ uleman Id surat jemputan; ~ undi (undian) a) surat yg berisi nombor utk mengundi; b) tiket loteri; ~ wakil surat yg membenarkan pembawanya bertindak sbg ganti orang yg mengeluarkan surat itu; ~ wasiat surat yg mengandungi pesanan orang yg meninggal; ~ atas batu prb sesuatu adat yg terus dipakai selama-lamanya; bersurat 1. memakai surat; para jemputan yg tidak ~ para jemputan yg dijemput dgn mulut (tidak dgn surat); 2. ditulis, bertulis; batu ~ prasasti; menyurat 1. membuat surat: ia pun meng­ambil upah ~; 2. menulis: kerjanya ~; se­bagai ~ di atas air prb pekerjaan yg sia-sia; surat-menyurat 1. saling berkirim surat, berkirim-kiriman surat: selepas banyak ~ antara London, Calcutta dan Singapura, Tengku Ali pun diberi wang sara; 2. perihal tulis-menulis surat, karang-mengarang surat; kerani ~ kerani yg mengurus hal surat (di pejabat dll); menyurati 1. menulis pd, menulisi; 2. menulis (mengirim) surat kpd; menyuratkan 1. menulis utk: suratkan ham­ba cerita ini; 2. menulis sesuatu pd: dirham itu disuratkan nama Raja Iskandar; 3. menulis, mencatatkan: dan hutang hamba suratkan saja dahulu, nanti diselesaikan semuanya; tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat: pembaca tidak tahu akan maksud yg ~ itu; 2. telah ditakdirkan: kalau gerak takdir telah ~, entah hilang anakanda di laut lepas; suratan 1. sesuatu yg disurat, tulisan: apabila aku lihat akan ~ kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku melihat surat Melayu yg dibubuh cap; 2. = ~ takdir sesuatu yg telah ditetapkan oleh Tuhan, nasib, takdir, untung malang: ia datang ke mari bukan kerana hatinya, tetapi kerana nasibnya dan ~; ~ tangan a) garis-garis (retak) pd tapak tangan; b) suratan takdir; persuratan perihal tulis-menulis, kepus­takaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.rat] | سورت

Definisi : ark bahagian (bab) dlm Quran; ®surah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.rat] | سورت

Definisi : 1 kertas yg berisi tulisan; kertas yg bertulis: Segala ~ perjanjian itu disimpannya di dlm sebuah peti. 2 = ~ kiriman kertas yg berisi berita dll dan dikirim kpd orang lain: Pagi tadi saya telah menerima sepucuk ~ drpd sahabat saya di Jerantut. ~ beranak (jadi, lahir) surat yg berisi keterangan ttg kelahiran seseorang. ~ berdaftar surat kiriman yg didaftarkan supaya tidak hilang. ~ buta (layang, terbang) surat yg tidak diketahui penulisnya (biasanya bertujuan utk mengecam dsb). ~ doktor surat drpd doktor yg menyatakan bahawa sese­orang itu sakit dan tidak dpt bekerja. ~ edaran (keliling, pekeliling) surat yg diedarkan kpd orang ramai utk memberitahukan sesuatu. ~ gadai surat tanda meminjam wang dgn menggadaikan barang. ~ izin (kebenaran) surat yg menyatakan bahawa pemegangnya dibenarkan me­lakukan sesuatu. ~ jemputan (undang­an) surat utk mengundang orang datang menghadiri sesuatu majlis dsb. ~ kahwin (nikah) surat yg menandakan bahawa sesuatu kelamin itu telah berkahwin dgn sah. ~ keterangan surat yg berisi keterangan mengenai sesuatu. ~ kuasa surat yg memberi kuasa kpd seseorang utk melakukan atau utk mewarisi sesuatu. ~ mati surat yg mengesahkan kematian seseorang. ~ perjanjian surat yg berisi butir-butir perjanjian yg telah dibuat. ~ permintaan (permohonan) surat utk meminta atau utk memohon sesuatu. ~ pujian (puji-pujian) surat yg berisi puji-pujian ttg sesuatu. ~ rayuan surat utk merayu ttg sesuatu. ~ salinan surat yg disalin drpd surat asal. ~ saman surat yg menuntut seseorang hadir di mahkamah utk dibicarakan. ~ sumpah a. surat yg dikeluarkan oleh kerajaan utk mengganti surat beranak. b. surat yg menandakan bahawa seseorang itu telah mengangkat sumpah. ~ terbuka a. surat yg tidak bersampul. b. surat yg disiarkan di akhbar-akhbar. ~ wakil surat yg membolehkan pembawanya bertindak sbg wakil kpd orang yg mengeluarkan surat itu. ~ wasiat surat yg menyatakan bagaimana dan kpd siapa seseorang itu mahu hartanya dibahagi-bahagikan setelah ia mati. bersurat 1 ada suratnya; memakai atau menggunakan surat: jemputan ~ jemputan yg dibuat melalui surat. 2 ada tulisan di atasnya; bertulis: batu ~. menyurat 1 membuat surat; menulis surat: Dia telah mengambil upah ~. 2 membuat tulisan; menulis. surat-menyurat 1 hal mengenai tulis-menulis surat; hal mengenai karang-mengarang surat: kerani ~. 2 saling berkirim surat: Telah banyak ~ antara mereka, akhirnya mereka ke jinjang pelamin jua. menyurati menulis atau mengirim surat kpd: Setiap bulan, saya ~ ibu di kampung. menyuratkan 1 menulis atau mencatat sesuatu dlm bentuk surat. 2 ki menentukan terlebih dahulu; mentakdirkan: Tuhan yg ~ hidup kita begini. tersurat 1 telah ditulis atau disuratkan; tertulis: Kita hendaklah memahami apa-apa yg ~ dlm surat perjanjian itu. 2 sudah ditakdirkan: Sudah ~ agaknya bahawa engkau akan menjadi pembesar negara. suratan 1 apa-apa yg disuratkan; tulisan. 2 = ~ takdir sesuatu yg telah ditentukan oleh Tuhan; takdir; nasib. persuratan hal-hal bersurat; hasil drpd tulis-menulis: Hamzah Fansuri dan Munsyi Abdullah pasti akan tercatat dlm sejarah ~ Melayu. penyuratan hal (perbuatan dsb) me­nyurat atau menyuratkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,

Puisi
 

Air ini air minuman,
     Air letak dalam gelas;
Surat ini surat kiriman,
     Harap juga abang balas.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Surat atas batu,
     tidak akan pupus-pupus.

Bermaksud :

Sesuatu adat yang kekal. surat = kitab.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata Kerja Transitif mesti disambut oleh objek / frasa nama. Contohnya Pihak kerajaan akan menyiarkan kepada umum surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada pemimpin Israel sepatutnya ditulis begini Pihak kerajaan akan menyiarkan surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada pemimpin Israel kepada umum. Akan tetapi, terlalu banyak ayat Kata Kerja Transitif yang salah, misalnya; mengumumkan dalam masa terdekat keputusannya. Sepatutnya mengumumkan keputusannya dalam masa terdekat dan banyak lagi kesalahan seumpamanya. bagaimana pula dengan menembak mati penjenayah (menembak penjenayah hingga mati), menghumum mati, menembak jatuh burung, dll?Pendapat tuan betul, kata kerja transitif memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Ayat contoh dan frasa yang diberikan juga betul, iaitu Pihak kerajaan akan menyiarkan surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada pemimpin Israel kepada umum, menembak penjenayah hingga mati, menghukum orang yang bersalah dan menembak burung hingga jatuh.Tatabahasa06.04.2012
Adakah penggunaan "dan" dalam ayat berikut adalah betul : Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang.Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang. 

Berdasarkan teks tersebut, jelas menunjukkan laras yang digunakan ialah laras undang-undang. Kita menerima gaya bahasa yang berkenaan tetapi penggunaannya terhad dalam laras undang-undang sahaja.
Tatabahasa02.01.2013
Apakah perbezaan antara surat edaran, pekeliling perkhidmatan dan surat pekeliling perkhidmatan?Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengetahuan umum dan surat pekeliling atau surat pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum (atau untuk tindakan pihak-pihak tertentu.Makna25.09.2019
Adakah terma "Yang benar" dan "saya yang menurut perintah" dibenar untuk digunakan sebagai pengakhiran surat (signing off) di dalam surat-surat rasmi kerajaan? Jika dibenarkan, keadaan yang bagaimanakah kedua-dua terma itu dibenar untuk digunakan? Apakah yang membezakan kaedah penggunaannya? Berikut adakah cadangan yang digariskan: Adakah sesuai? Penggunaan signing off “Saya yang menjalankan tugas”: 1. Surat berbentuk hebahan penguatkuasaan seperti Pekeliling, Garis Panduan dan Peraturan yang sedang atau akan dilaksanakan 2. Surat berbentuk peringatan seperti makluman penting, teguran dan tindakan tatatertib 3. Surat berbentuk maklumbalas atau penjelasan kepada pihak atasan seperti Pengurusan Universiti, Kementerian dan pihak berkepentingan. Penggunaan signing off “Yang benar”: 1. Surat berbentuk umum seperti memohon penajaan, kelulusan program, rayuan dan pelantikan. 2. Surat jemputan seperti menghadiri Mesyuarat dan Program Rasmi Universiti 3. Surat penghargaan dan ucapan tahniah 4. Memo edaran dalaman Jabatan – Ketua Jabatan kepada kakitangan jabatan masing-masing Mohon pandangan dan nasihat daripada pihak Tuan. Terima kasih.Kedua-dua klausa ini "Saya yang menurut perintah" dan "Saya yang menjalankan tugas" adalah betul. Pemilihan penggunaan penutup surat rasmi  bergantung kepada organisasi masing-masing, tidak tertakluk pada konteks penggunaan dan tajuk surat. Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai garis panduan dalaman tersendiri, dan kami menggunakan klausa "Saya yang menurut perintah". Sekiranya oraganisasi tuan berhasrat menggunakan klausa "Saya yang menjalankan tugas", itu merupakan gaya surat rasmi tersendiri organisasi tuan. Adapun klausa "Yang benar" lazimnya digunakan dalam surat tidak rasmi.Tatabahasa26.09.2016
Adakan terdapat terjemahan manusckrip "Surat-surat Berhubung dengan Harta Keluarga Diraja Kedah" di simpanan DBP?Untuk mendapatkan maklumat berkenaan manuskrip ini, mohon tuan hubungi pegawai di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) di talian 03-21479545.Lain-lain29.10.2014
Mohon bantuan. Sesuai atau tidak saya menggunakan perkataan 'Peringatan Mesra' bagi surat-surat peringatan yang saya hendak keluarkan kepada jabatan/agensi lain"Peringatan" telah memadai untuk menyatakan tujuan surat itu dikeluarkan, namun bukanlah suatu kesalahan untuk menggunakan frasa "Peringatan Mesra".Tatabahasa17.11.2014
Jamak bagi muka surat ialah muka-muka surat atau muka surat-muka surat? Kedua-duanya berbunyi janggal.Bagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan, seperti muka-muka surat.Lain-lain31.12.2010
Salam, saya nak tanya, dimana boleh saya cari terjemahan manuskrip lama yang bertajuk "Surat-surat berhubung dengan harta keluarga diraja Kedah"? adakah terdapat simpanan terjemahannya di DBP? Terima Kasih.Salam, tuan/puan boleh menghubungi Pusat Dokumentasi Melayu 03-2147 9659/9661 untuk mendapat maklumat lanjut tentang bahan yang tuan/puan cari.Lain-lain29.10.2014
Assalamualaikum..merujuk kepada buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 terbitan DBP, pada muka surat surat 146, ada dinyatakan tentang kata ganda SEPARA berimbuhan berserta contoh: berlari-lari (awalan), sayur-sayuran (akhiran), bersalam-salaman (apitan) dan beberapa contoh yang lain. (Sila rujuk lampiran fail yang saya sertakan) Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada kata ganda SEPARA berimbuhan benar-benar wujud dan adakah bentuknya seperti yang tercatat dalam buku teks tersebut? TERIMA KASIH.Merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

i. Penggandaan separa kata tunggal : laki menjadi lelaki, pohon menjadi pepohon.
ii. Penggandaan separa kata berimbuhan
   berlari = berlari-lari
   kenang= kenang-kenangan
   kuning = kekuning-kuningan

Sila rujuk halaman 77 untuk lebih lanjut.

Tatabahasa03.10.2014
Salam, saya menghadapi kesukaran membaca manuskrip lama yang berbahasa jawi, bagaimana cara untuk saya mendapatkan terjemahan bagi manuskrip "Surat-surat Berhubung Dengan Harta Keluarga Diraja Kedah"?Puan boleh mendapatkan perkhidmatan transliterasi daripada syarikat Klasika Media di Bandar Sri Putra Kajang.  Alamat e-mel: klasika.media@yahoo.com atau hubungan Ustz Mohd Syukri Rosli.: 03 89209800.  Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan25.10.2014
12345678910...

Kembali ke atas