Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boleh saya tau adakah DBP menerima novel dewasa (bertemakan cinta dan masyarakat), novel remaja, puisi dan sajak? Dan berapa muka surat yang sepatutnya untuk novel dewasa, novel remaja, puisi dan sajak?Assalamualaikum,  
Untuk makluman tuan, DBP menerima karya dalam pelbagai genre dan tema termasuklah tema seperti yang tuan sebutkan itu. Walau bagaimanapun, karya hendaklah karya yang serius; bukan karya popular ataupun picisan. Tema cinta yang digarap secara biasa dan bersifat luaran/mudah  mungkin tidak sesuai. Penulis dinasihatkan agar menggunakan pendekatan yang mampu mencabar minda pembaca. Untuk novel dewasa, panjang karya ialah antara 300 -500 halaman, Kumpulan/Antologi Cerpen, minimum 20 buah cerpen dengan ketebalan manuskrip antara 300-500 halaman, Kumpulan/Antologi Puisi, 120-150 buah puisi/sajak, dan untuk novel remaja pula ketebalannya ialah antara 120 hingga 250 halaman.
Lain-lain07.01.2013
Saya telah mengemukakan transkrip buku ( novel ) kedua saya " Epilog Cinta Asrar ". melalui DBP Kota Kinabalu. Saya telah pun menandatangi surat perjanjian di samping telah menerima royalti pendahuluan beberapa bulan yang lalu. Namun sehingga kini belum menerima apa-apa maklumat perkembangan mengenainya. Saya mohon penjelasan.

Salam sejahtera,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa manuskrip novel saudara telah lulus Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan dan kini berada dalam peringkat penyuntingan. Maklumat adalah seperti yang berikut:

Nombor pendaftaran:  594/2010

Peringkat : Penyuntingan

Editor Projek: Puan Norzanani bt. Kata

                       Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Telefon:  088-439314

 

Lain-lain14.10.2011
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat seluruh warga DBP. Saya Nik Mohd Syamim Iylia Bin Mat Yusoff, pelajar tahun akhir di salah satu universiti di Jordan. Pada hari ini saya ada pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftarkan syarikat dan nama syarikat yang kami cuba daftarkan adalah Ustaz Kreatif. Namun SSM menyatakan pihak DBP mengatakan terdapat kesalahn tatabahasa dan yang lebih tepat ialah Kreatif Ustaz. Saya rasa seperti jawapan yang diberi tidak tepat kerana kreatif itu sifat dan adjektif dan kami menangguh pendaftaran syarikat kami untuk mendapatkan pengasahan dari DBP. Bukankah kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif. dia Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama. Unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat. Bagaimana dengan perkataan Doktor Cinta dengan Cinta Doktor, bukankah keduanya membawa maksud berbeza? Jadi saya ingin mendapat pengesahan dan kebenaran dari DBP untuk kami mendaftarkan nama perniagaan kami dengan nama Ustaz Kreatif dalam bentuk surat rasmi dengan kadar segera ke email ibn.yusuf@yahoo.com.Untuk makluman, perkataan "Ustaz Kreatif" adalah betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami berpendapat nama tersebut tidak sesuai digunakan sebagai nama syarikat. Oleh itu, kami berharap pihak tuan dapat memberikan penerangan tentang perniagaan yang dijalankan supaya kami dapat memberikan cadangan nama yang sesuai. Sekiranya pihak tuan memerlukan surat rasmi, sila hantar surat kepada pihak kami di alamat yang berikut: Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Tatabahasa03.09.2015
Nur Shafadila Gulam : Isu ejaan betul dan salah. Dbp ni makin mengada2.. Bersempang bagai pula.. Bahasa melayu senang jd susah.. Sedangkan surat menyurat atau penggunaan BM dlm kerajaan pon dh jd tunggang langgang jd nya... Tak mo la asyik buat pindaan.. Ihh mcm2 Dbp ni..Semua bahasa di dunia ini mempunyai peraturan dan hukum tatabahasa yang membentuk kata dan mengawal sistem nahunya. Apa yang lebih penting jati diri kita sebagai rakyat Malaysia, rasa cinta akan bahasa kebangsaan kita dan sekali gus berusaha untuk mempelajari dan mematuhi peraturan bahasa yang ada, khususnya dalam konteks rasmi.Lain-lain27.02.2015
Nik Mohd Syamim MatYusoff Sep 3rd, 3:42pm Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat seluruh warga DBP. Saya Nik Mohd Syamim Iylia Bin Mat Yusoff, pelajar tahun akhir di salah satu universiti di Jordan. Pada hari ini saya ada pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftarkan syarikat dan nama syarikat yang kami cuba daftarkan adalah Ustaz Kreatif. Namun SSM menyatakan pihak DBP mengatakan terdapat kesalahn tatabahasa dan yang lebih tepat ialah Kreatif Ustaz. Saya rasa seperti jawapan yang diberi tidak tepat kerana kreatif itu sifat dan adjektif dan kami menangguh pendaftaran syarikat kami untuk mendapatkan pengasahan dari DBP. Bukankah kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif. dia Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama. Unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat. Bagaimana dengan perkataan Doktor Cinta dengan Cinta Doktor, bukankah keduanya membawa maksud berbeza? Jadi saya ingin mendapat pengesahan dan kebenaran dari DBP untuk kami mendaftarkan nama perniagaan kami dengan nama Ustaz Kreatif dalam bentuk surat rasmi dengan kadar segera ke email ibn.yusuf@yahoo.com.Untuk makluman, perkataan "Ustaz Kreatif" adalah betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami berpendapat nama tersebut tidak sesuai digunakan sebagai nama syarikat. Oleh itu, kami berharap pihak tuan dapat memberikan penerangan tentang perniagaan yang dijalankan supaya kami dapat memberikan cadangan nama yang sesuai. Sekiranya pihak tuan memerlukan surat rasmi, sila hantar surat kepada pihak kami di alamat yang berikut: Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Tatabahasa03.09.2015
Tolong membantu saya menyemak bina ayat ini keselurahannya. 2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita menghargai masa yang diibaratkan sebagai emas. 3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya. 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal-ehwal dunia dan tidak dianggap sebagai katak di bawah tempurung. 5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung wang angkos walaupun sedikit kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang bagi para pelajar bersua antara satu sama lain bak kata orang tua-tua tak kenal maka tak cinta. 7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk bak kata peribahasa bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat. 8.Cara menghargai jasa orang tua hendaklah dengan menyayangi mereka agar mendapat kepuasan yang tidak terpermanai banyaknya. 9.Masyarakat yang berbilang bangsa hidup gembira dan aman menyempenakan negara. 10.Negara Malaysia sebuah negara yang beragama dan beretika dalam pelbagai kaum terdiri daripada adat istiadat,saling berkunjung,saling membantu dalam keadaan yang indah permai bak kata cendekiawan indah ialah kata yang lahir daripada keadaan sebuah negara yang maju.

2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita mengisi masa kerana masa itu emas.
3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil seperti peribahasa;  Melentur biarlah waktu rebung.
 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal ehwal dunia dan tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung.
5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung kerana walaupun sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang kepada mereka untuk bertemu antara satu sama lain seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta.
7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk seperti  bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
8.Cara menghargai jasa orang tua adalah dengan menyayangi mereka agar mendapat kebaikan  yang terpermanai.
 9.Masyarakat berbilang bangsa hidup dengan aman dan gembira dalam sebuah negara yang harmoni.
 10.Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama serta  hidup dengan penuh adat istiadat,beretika, saling berkunjung dan saling membantu dalam apa jua keadaan untuk  mencapai negara yang bertamadun.

 

Tatabahasa24.08.2018
Salam sejahtera, izinkan saya untuk luahkan lagi pandangan dan cadangan saya tentang bahasa Melayu. Saya pernah menonton saluran televisyen Thailand dan pernah menonton siaran beritanya. Saya sangat terkejut kerana siaran beritanya masih lagi menggunakan tulisan Jawi disamping tulisan Thai. Kita sudah tahu dan kenal dengan masyarakat Thai yang sangat mencintai bahasa mereka dan dasar kerajaan mereka yang mengamalkan satu bahasa yakni bahasa Thai sebagai bahasa kebangsaan mereka tetapi mereka masih juga menyiarkan tulisan Jawi di saluran televisyen mereka kerana mereka juga cinta kepada bahasa serumpun iaitu bahasa Melayu dan mahu bersatu padu dengan bangsa Melayu kerana mereka pernah menjajah Tanah Melayu di Selatan Thai yang dulunya dikenali sebagai Patani. Saya sebenarnya rasa sangat kagum dengan kerajaannya yang berpandangan jauh dalam mencapai semangat perpaduan di kalangan warganegaranya. Selain memberikan kemudahan prasarana kepada penduduk Melayu, kerajaan Thai juga menyiarkan saluran berita berbahasa Melayu loghat Patani atau Kelantan setiap Jumaat biasanya serta menyiarkan tulisan Jawi dalam saluran beritanya tapi soalnya, kenapa tulisan Jawi tidak disiarkan di saluran televisyen Malaysia? kenapa surat khabar juga sudah tidak menggunakan tulisan Jawi? Sekarang saya rasa tersangat sedih dengan bahasa dan tulisan kita. Bagi saya tulisan adalah budaya bangsa. Kalau tulisan kita boleh lenyap. Jadi, tak mustahil bahasa dan budaya kita juga pun boleh lenyap.Terima kasih atas makluman yang disampaikan. Agak sedih kerana akhbar tulisan Jawi di negara kita juga tidak lagi diterbitkan. Walau bagaimanapun, berita yang menggembirakan kita ialah pelaksanaan tulisan Jawi dalam paparan awam di beberapa wilayah pihak berkuasa tempatan, seperti yang telah diketahui umum iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu, juga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran kemaman.Lain-lain17.11.2015
Tuan/Puan, Antara berikut yang manakah betul? a) mendapat rawatan b) mendapatkan rawatan Jika carian kata dalam prpm dirujuk kedua-dua frasa digunakan? Apakah perbezaan tersebut? Tolong jelaskan. Ribuan terima kasih didahulukan.

 

  • mendapat

    1. beroleh, memperoleh: ~ keuntungan yg besar; ~ faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; 2. memperoleh, menerima, diberi: mereka masing-masing ~ hadiah; pekerja-pekerja itu ~ berbagai-bagai elaun selain gaji pokok; 3. menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, dll), mengalami (kesusahan, kecelakaan, dll), memperoleh: ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; 4. menerima (surat, berita, dll): dia kelihatan bermenung setelah ~ telegram drpd ayahnya; 5. menemui, menjumpai, memperoleh: ~ barang yg dicari; ~ penyelesaian yg sebaik-baiknya; ~ hati ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); ~ khabar menerima (mendengar) khabar; ~ malu menanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); ~ tempat diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); ~ sama berlaba, kehilangan sama merugi prb hidup yg seia sekata;

     

  • mendapatkan

  • 1. pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, menziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati;

    mendapat rawatan - tepat

  • Tatabahasa03.10.2012

    Kembali ke atas