Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,


Pantun

PantunSumberTema
Sutera ini sutera sulaman, Ambil dibuat pengilat kaca; Surat ini surat kiriman, Kalau nak tahu cubalah baca.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sutera ini sutera gulungan, Mari letak di atas meja; Surat ini surat kiriman, Kalau rindu silalah baca.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Si patan burung si patan, Si patan mari di dalam peti; Dibuka surat dalam lipatan, Surat adinda bersusah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lipatlah kain lipat baju, Lipatlah surat di dalam puan; Sedia air menjadibatu, Baru kulupa kepadamu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan pandai menyurat, Cuba surat kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Cuba ubat hati yang rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sutera ini sutera gulungan, Sutera perajut kaca; Suratku ini surat kiriman, Dendam rindu boleh dibaca.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pecah piring menjadi kaca, Pecah kaca menjadi gelas; Surat dikirim harap dibaca, Sudah dibaca harap dibalas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Walaupun berat membawa talas, Kerana ingin dibeban juga; Walaupun surat tiada berbalas, Kepada angin kupesan juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cincang kulat atas batang, Pucuk cepa sayur manis; Datang surat abang datang, Belum baca tunduk menangis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tujuh hari membuat keris, Hari malam terasa lemas; Tujuh kali surat kutulis, Sekali haram tiada dibalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123456

Kembali ke atas