Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : surat yg diedarkan (utk pengetahuan umum); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara surat edaran, pekeliling perkhidmatan dan surat pekeliling perkhidmatan?Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengetahuan umum dan surat pekeliling atau surat pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum (atau untuk tindakan pihak-pihak tertentu.Makna25.09.2019
Apakah maksud terperinci dan perbezaan maksud di antara: 1.Pekeliling Kerajaan (PKPA) 2.Surat Pekeliling Kerajaan 3.Surat edaran 4.garis panduanPekeliling kerajaan dan surat pekeliling ialah perkara yang sama, iaitu surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengtahuan umum seperti yang lazimdiedarkan dalam sesebuah organisasi. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan.Makna31.12.2012
Permulaan ayat bolehkah digunakan seperti berikut:- Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. (mengikut surat edaran daripada Arkib Negara untuk digunakan)Ayat "Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk" boleh dijadikan permulaan ayat. Lain-lain13.11.2016
Maksud yang tepat bagi perkataan-perkataan dibawah:- a.brochure b.pamplet c.banner d.catalog e.flyers f.bunting

a. Brochure (Brosur) : Buku kecil atau risalah yang diterbitkan bagi meningkatkan imej sesuatu organisasi atau kumpulan. Biasanya, buku ini mempunyai halaman hadapan yang menarik.

b. pamphlet : risalah

c. banner - kain rentang iaitu jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan.

d. catalog - katalog iaitu senarai atau daftar nama buku, barang dll dlm susunan tertentu (kadang-kadang terdapat harganya sekali).

e. flyer - risalah iaitu surat edaran (siaran): siaran itu di­­keluarkan dgn rasmi melalui akhbar-akhbar

f. bunting - gegantung iaitu (rangkaian) jalur kain dsb yg digunakan utk menghebahkan sesuatu kegiatan, produk dll.

Untuk makluman, saudara boleh terus membuat carian kata pada ruangan carian spesifik pada paparan utama semasa saudara melayari laman web DBP. Ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh DBP bagi membantu pengguna membuat carian kata dengan cepat dan mudah. Terima kasih.

Istilah17.02.2009
Adakah terma "Yang benar" dan "saya yang menurut perintah" dibenar untuk digunakan sebagai pengakhiran surat (signing off) di dalam surat-surat rasmi kerajaan? Jika dibenarkan, keadaan yang bagaimanakah kedua-dua terma itu dibenar untuk digunakan? Apakah yang membezakan kaedah penggunaannya? Berikut adakah cadangan yang digariskan: Adakah sesuai? Penggunaan signing off “Saya yang menjalankan tugas”: 1. Surat berbentuk hebahan penguatkuasaan seperti Pekeliling, Garis Panduan dan Peraturan yang sedang atau akan dilaksanakan 2. Surat berbentuk peringatan seperti makluman penting, teguran dan tindakan tatatertib 3. Surat berbentuk maklumbalas atau penjelasan kepada pihak atasan seperti Pengurusan Universiti, Kementerian dan pihak berkepentingan. Penggunaan signing off “Yang benar”: 1. Surat berbentuk umum seperti memohon penajaan, kelulusan program, rayuan dan pelantikan. 2. Surat jemputan seperti menghadiri Mesyuarat dan Program Rasmi Universiti 3. Surat penghargaan dan ucapan tahniah 4. Memo edaran dalaman Jabatan – Ketua Jabatan kepada kakitangan jabatan masing-masing Mohon pandangan dan nasihat daripada pihak Tuan. Terima kasih.Kedua-dua klausa ini "Saya yang menurut perintah" dan "Saya yang menjalankan tugas" adalah betul. Pemilihan penggunaan penutup surat rasmi  bergantung kepada organisasi masing-masing, tidak tertakluk pada konteks penggunaan dan tajuk surat. Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai garis panduan dalaman tersendiri, dan kami menggunakan klausa "Saya yang menurut perintah". Sekiranya oraganisasi tuan berhasrat menggunakan klausa "Saya yang menjalankan tugas", itu merupakan gaya surat rasmi tersendiri organisasi tuan. Adapun klausa "Yang benar" lazimnya digunakan dalam surat tidak rasmi.Tatabahasa26.09.2016
Assalamualaikum wbt Apakah perbezaan dan fungsi antara Salinan Kepada (s.k) dan Senarai Edaran dalam penyediaan surat rasmi? Adakah surat s.k. tersebut memerlukan tindakan si penerima s.k. atau sekadar makluman sahaja? Terima kasih.Salinan kepada dinamakan kepada pihak lain, selain penerima dan pada amalannya salinan kepada dinamakan kepada seorang, dua orang atau tiga orang daripada mereka yang berkepentingan seperti Pengarah dan Ketua Bahagian. Senarai edaran pula mengandungi senarai penerima. Salinan kepada bertujuan untuk memaklumkan pihak berkenaan dan tindakan selanjutnya (jika ada) diputuskan oleh pihak berkenaan.Tatabahasa20.07.2023
saya terima satu surat, senarai edaran berkelat. mohon penjelasan lanjut.

Sila kemukakan soalan yang lebih jelas bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang bersesuaian.

Tatabahasa17.10.2023
Assalamualaikum... Jika kita hendak menghantar surat kepada lain-lain jabatan dan dalaman..adakah utk dalaman tu kita kena tulis salinan kepada atau edaran dalam. sekian, terima kasihKedua-duanya boleh digunakan, 'salinan kepada' lazimnya digunakan untuk perkara surat khusus dan diberi salinan kepada individu tertentu, manakala edaran dalaman digunakan dalam surat/memo umum dan diedarkan untuk makluman pegawai lain.Tatabahasa22.12.2010
Untuk surat rasmi yang ditulis bagi tujuan edaran dalam negeri yang sama, adakah perkataan negeri itu tidak boleh ditulis. Contohnya: 30200 Ipoh. Dalam hal tersebut Perak tidak boleh ditulis?

Mengikut Penulisan Dokumen Rasmi yang  betul, sebaiknya perlulah diberikan alamat yang lengkap dalam format penuh seperti yang berikut 30200 Ipoh, Perak. atau 30200 IPOH, PERAK.   

Lain-lain24.02.2021
Saya ingin bertanya penggunaan "Saya yang menjalankan tugas" dalam surat rasmi pada bahagian akuan diri sebelum tandatangan. Menurut seorang Munsyi Dewan semasa saya berkursus penulisan surat rasmi beliau menjelaskan "Saya yang menjalankan tugas" hanya digunakan oleb Ketua Setiausaha Negara sahaja. Namun kemunsyikilan saya dalam buku teks kelas Peralihan terdapat satu surat rasmi yang tulis oleh murid menggunakan "Saya yang menjalankan tugas". Mohon pihak tuan dapat memberi penjelasan tentang perkara ini supaya saya tidak mengajar perkara yang salah pada murid-murid saya. Terima kasih.Lazimnya penggunaan rasmi dalam kalangan penjawat awam ialah "Saya Yang Menurut Perintah". Walau bagaimanapun frasa "Saya Yang Menjalankan Tugas" banyak digunakan dalam buku/edaran tentang penulisan surat rasmi. Oleh hal yang demikian, jika ada organisasi yang menggunakan frasa tersebut dalam surat, bukanlah suatu kesalahan.Tatabahasa19.09.2015
12

Kembali ke atas