Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kertas bercetak yg menyiarkan berita dll (umumnya diterbitkan hari-hari), harian; persuratkhabaran perihal surat khabar, kewartawanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ark naskhah (lembar­an kertas) yg mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : surat bercetak yg me­nyiarkan berita (iklan dll) dan biasa­nya dikeluarkan pd tiap-tiap hari. per­suratkhabaran hal-hal mengenai surat khabar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Buku dan surat khabar ada ruang untuk mengisi teks, justeru itu, kata sendi manakah yang sesuai. a) Di dalam buku b) Dalam buku a) Di dalam surat khabar b) Dalam surat khabarBerdasarkan konsep buang di dalam ruang yang jelas fizikalnya seperti gelas dan kelas, penggunaan yang gramatis ialah dalam buku namun frasa di dalam buku juga banyak digunakan.Tatabahasa19.12.2011
soalan : bina ayat majmuk * ayah membaca surat khabar di ruang tamu. * ibu meninton televisyen di ruang tamu. dalam ayat majmuk," sementara" adakah kata hubung ini boleh diterima? ayah membaca surat khabar sementara ibu menonton televisyen di ruang tamu.Ayat "Ayah membaca surat khabar, sementara ibu menonton televisyen di ruang tamu." boleh digunakan kerana tidak ada kesalahan.Tatabahasa12.09.2017
APA ITU MAKSUD AKHBAR ATAU SURAT KHABARAkhbar atau Surat Khabar sama sahaja maksudnya, iaitu kata yang berasal daripada bahasa Arab bermaksud berita atau warta.Makna21.09.2008
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang susunan kata kerja dalam ayat majmuk berikut: 1. Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok 2. Ayah membaca surat khabar sambil duduk di bawah pokok. Kekeliruannya ialah dengan perkataan 'duduk'. adakah susunannya dalam ayat majmuk no.2 betul? Terima kasih.Sususan yang lebih gramatis ialah "Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok.".Tatabahasa11.04.2013
Bapa sedang membaca suratkhabar. Perkataan "suratkhabar" dieja surat khabar atau suratkhabar?

Sdr. ejaan yang betul ialah surat khabar. Untuk makluman sdr. juga, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, ejaan, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain18.05.2010
assalamualaikum bagaimana saya bole dapatkan artikel surat khabar dan majalah yang terdapat dalam laman web dbp?puas mencari tapi tak jumpa. sbb saya pernah terjumpa tetapi dah lupa. tqSila klik pada ruangan DBP Dalam Media untuk mendapatkan artikel surat khabar berkaitan DBP.Lain-lain04.08.2007
Adakah boleh menggunakan penggunaan bahasa berikut: Encik Jamal berehat sambil membaca akhbar; atau Encik Jamal berehat sambil membaca surat khabar.Ayat yang sesuai ialah Encik Jamal berehat sambil membaca surat khabar.Tatabahasa03.11.2015
Selamat sejahtera, 1.Saya membaca bahan-bahan bacaan seperti surat khabar,majalah,buku rujukan dan lain-lain.('bahan ' perlu ditulis jamak kalau belakang ada banyak contoh?) Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Saya membaca bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, buku rujukan dan lain-lain." Tatabahasa30.05.2022
dalam penulisan novel, surat khabar, artikel dan rencana, untuk memasukkan perumpamaan, peribahasa, kata-kata hikmat, hadis dan firman Allah s.w.t dalam penulisan yang dinyatakan diatas, perlukah diletakkan penutup kata? atau mungkin perlu diletakkan simbol lain?Penulisan perumpamaan, peribahasa, kata-kata hikmat, hadis dan firman Allah SWT dalam penulisan novel, surat khabar, artikel dan rencana perlu diletakkan tanda petik (" ").Lain-lain08.02.2011
Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya adakah ayat-ayat berikut betul/salah? 1. Ali menyapu sampah yang bertaburan di atas lantai. 2. Ali menyapu sampah bertaburan. 3. Adik membantu ibu memasang langsir. 4. Adik membantu ibu untuk memasang langsir. Selain itu, apakah penjodoh bilangan yang sesuai digunakan untuk surat khabar yang telah diikat? Seberkas surat khabar lama? Seikat surat khabar lama? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Ali menyapu sampah yang bertaburan di atas lantai. 
2. Adik membantu ibu memasang langsir.
3. Seberkas/seikat surat khabar lama. Kedua-duanya betul.
Tatabahasa27.02.2015
123456789

Kembali ke atas