Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.rau] | سوراو

Definisi : tempat beribadat (sembahyang, belajar agama, dll), langgar, madrasah; bagai ber­tandang ke ~ prb perihal bertandang ke rumah orang yg tidak memberi apa-apa kpd tetamu­nya, tidak mendapat apa-apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.rau] | سوراو

Definisi : bangunan yg lebih kecil drpd masjid tempat orang-orang Islam beribadat (spt bersembahyang, belajar agama); langgar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surau
Rujuk :masjid

Puisi
 

Hiris rojak hantar ke surau,
     Hendak menjemput datuk penghulu;
Gadis bijak orang tak hirau,
     Ilmu di dapur laksana dulu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai ayam naik ke surau.

Bermaksud :

Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
community centrepusat komunitiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBangunan yang dikhususkan untuk kegunaan awam bagi masyarakat setempat seperti perpustakaan, balai raya, dan surau.
parkwaylebuh tamanLandskapTiadaJalan raya lebar yang menuju ke luar bandar serta dihiasi dengan pelbagai tumbuhan yang dapat memberikan keselesaan kepada pemandu. Jalan raya ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti tempat makan minum, rehat, surau dan sebagainya.
architectureseni binaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiReka bentuk yang merangkumi semua binaan, mempunyai tujuan dan nilainya yang tersendiri. Di Malaysia, seni bina ini dapat dibahagikan kepada unsur tradisional, Islam, Kolonial dan moden. Seni bina ini dilengkapi dengan hiasan berunsur simbolik dan bentuk binaan yang disesuaikan dengan fungsinya sehingga dapat membezakan kedudukan, kuasanya dan taraf sosial seperti golongan bangsawan dan rakyat biasa. Contohnya, seni bina istana, surau dan masjid.

Kembali ke atas