Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.réa.lis] | سورياليس

Definisi : (suréalis) 1. penulis atau pelukis yg karyanya berunsurkan konsep atau idea surealisme; 2. berfahaman surealisme: penulis ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata surealis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absurd theatreteater absurdKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater yang mengandungi ciri surealis. Teater jenis ini dimulakan oleh dramatis seperti Samuel Backett dan Eugene Ionesco sekitar tahun 1950-an di Barat. Lihat jugaabsurdisme.
verbless poetrypuisi tanpa kata kerjaKesusasteraanTiadaPuisi sintaksis yang tatabahasanya lebih bergantung pada konstruksi substantif berbanding konstruksi predikat. Oleh itu, puisi tanpa kata kerja mempunyai sifat yang lebih statik dan berupa refleksi diri, biasanya terdapat dalam puisi simbolis dan surealis. Pandangan pengkritik terhadap puisi ini berbeza dengan pandangan penyair aksi daripada tradisi puisi futuris. Sama ada puisi ini melangkah menuju ke arah puisi pasca-romantik atau sebaliknya, ia masih dibahaskan. Puisi pasca-romantik mengatakan bahawa sesebuah puisi harus mencontohi bahasa seharian.
surrealismsurealismeKesusasteraanTiadaPemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, dan pelanggaran urutan peredaran masa seperti urutan mimpi dan igauan, pada jukstaposisi imejan yang pelik, memeranjatkan atau tidak berkaitan. Pemikiran sualisme ini adalah lanjutan daripada karya Andre Breton dari Perancis berjudul Manifesto on Surrealism (1924). Menurut karya ini, minda harus dibebaskan daripada logik dan kewarasan. Pendapat ini merupakan satu perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan politik dan perubahan sosial setempat. Pengaruhnya tersebar luar di Eropah dan Amerika. Antara nama ahli surealis yang terkenal dari Negara Perancis ialah Louis Aragon dan Salvador Dali. Di England dan di Amerika, pengaruh surealisme dapat dilihat dalam sajak Dylan Thomas yang menghasilkan penulisan fantasi igauan dan lawak hitam. Pengaruh ini juga ditemui dalam novel Henry Miller karya Thomas Pnychon berjudul V dan karya William Burroughs berjudul Naked Lunch. Istilah super-realism dicetuskan oleh Gullame Appollinaire.

Kembali ke atas