Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ria] | سوريا

Definisi : = sang ~ matahari: sinar ~ menerangi sekitar alam; cakera ~ matahari berserta cakerawala yg beredar mengelilinginya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ria] | سوريا

Definisi : , = sang ~ matahari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suria (kata nama)
Bersinonim dengan sang suria, matahari, mentari.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PEMANAS AIR SURIA MASIH TIDAK LULUS UNTUK DEWAN BAHASA. KENAPA?Permohonan tuan telah diproses.Lain-lain24.05.2017
Tuan, Mohon terjemahan bagi perkataan 'Solar Arrays' sebagaimana yang digunakan dalam grafik yang dilampirkan.Dalam bidang Aeroangkasa, istilah untuk Solar Arrays  ialah panel suria atau susunan suria.Istilah05.03.2019
Cikgu Suria mengajar atau mengajarkan Sivik kepada murid Tahun Enam Gemilang. Soalan: apakah perbezaan mengajar dan mengajarkan? harap dpt memberikan conton ayat. terima kasih.

Ayat yang betul ialah Cikgu Suria mengajarkan Sivik kepada murud Tahun enam Gemilang. Mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain sementara mengajarkan bermaksud menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Contoh ayat ialah, Cikgu Ariffin mengajarkan bahasa Melayu kepada pelajar kelas 5 Sains. Cikgu Ariffin mengajar pelajar 5 Sains bahasa Melayu. Terima kasih.

Tatabahasa19.06.2008
Assalamua'alaikum. mohon bantuan ejaan bagi nama syarikat ini di dalam jawi sebagai pengesahan DBP PKNP KPower Suria Sendirian BerhadEjaan Jawi bagi perkataan PKNP KPower Suria Sendirian Berhad ialah 

ڤي.کي.عين.ڤي. کي.ڤاور سوريا سنديرين برحد

Lain-lain15.02.2022
Abu Musa Muhammad Suria 23HB JUN 9.38 PAGI Assalamualaikum, saya nak beli buku 'Fiqh & Perundangan Islam' karya Wahbah Zuhaili yang dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Masih ada jual lagi ke?Sila hubungi Ujana Buku di talian 03-4101 0023/0028/0025 atau layari http://dbpniaga.my/ms/ untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih.Lain-lain23.06.2017
tuan/puan, sekiranya bahasa english yang dipakai dekat signboard. perlukah pengesahan dbp? sejagat.suria@gmail.comUntuk pengesahan DBP, sila letak perkataan "HOTEL" di bahagian atas. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain14.05.2014
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan?Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut:
(rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar.
Tatabahasa19.04.2013
Salam Encik/Cik, Saya ingin mendapatkan Sijil Pengesahan Bahasa daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, untuk perkataan berikut bagi kegunaan papan iklan: 1. ELIT 2. SURIA Didahului dengan ucapan terima kasih.Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, kemukakan permohonan tuan berserta visual dalam format jpeg atau gif melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain26.10.2015
Ramo Omran Sep 3rd, 8:08pm kebanyakan setesen radio tempatan bebas x amalkan budaya daulatan bahasa melayu . contoh siaran lagu Inggeris cecah 50%. kadang menyedihkan. contoh : ultra, thr...suria..tolong pekenalkan lagu2 melayu kepada penghuni negara ini. kan dah ada siaran bahasa Inggeris, tamil, mandrin,......bahasa melayunya diNodanya.Kami ambil maklum pandangan tuan. Untuk makluman, kandungan siaran radio termaktub di bawah peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). DBP sentiasa bekerjasama dengan SKMM demi menambah baik mutu siaran radio tempatan dalam lingkungan undang-undang/peraturan yang berkuat kuasa.Lain-lain03.09.2015
apakah padanan perkataan "genset" dan "solar hybrid" dalam bahasa Melayu? terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi genset ialah jana kuasa, manakala solar hybrid ialah hibrid suria.Istilah07.06.2017
12

Kembali ke atas