Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ria] | سوريا

Definisi : = sang ~ matahari: sinar ~ menerangi sekitar alam; cakera ~ matahari berserta cakerawala yg beredar mengelilinginya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ria] | سوريا

Definisi : , = sang ~ matahari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suria (kata nama)
Bersinonim dengan sang suria, matahari, mentari.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM SURIA

Sistem suria merangkumi bintang yang dikenali

sebagai matahari dan segala objek yang bergerak

mengelilinginya. Sistem suria mengandungi:

(1) bumi dan lapan planet lain termasuklah satelit

(bulan) yang mengelilingi kebanyakan planet ini;

(2) objek seperti planet yang dikenali sebagai

asteroid; (3) ketulan besi dan batu yang dikenali

sebagai meteoroid; (4) longgokan debu dan gas

beku yang dikenali sebagai komet; dan (5) zarah

yang hanyut yang dikenali sebagai habuk antara

planet dan gas yang bercas elektrik, iaitu plasma

yang secara berkumpulan membentuk perantaraan

antara planet.

UMUM 
TENAGA SURIA

Tenaga suria ialah tenaga yang dikeluarkan

oleh matahari. Ia terdiri daripada cahaya, haba,

dan bentuk sinaran elektromagnet lain (lihat

Sinaran ( Sinaran elektromagnet)). Tenaga suria

dihasilkan oleh tindak balas nuklear yang berlaku

di dalam matahari.

UMUM 
LAMPU SURIA UMUM 
SEL SURIAAlatFIZIKAlat/Alatan
PLEKSUS SURIA

Pleksus suria ialah nama biasa bagi pleksus

sieliak , satu rangkaian saraf di belakang perut. Ia

adalah sebahagian daripada sistem saraf autonomi.

Sistem ini mengawal visera (organ dalam)

abdomen. Bebenang saraf sistem saraf autonomi

disambungkan oleh cabang dengan organ rongga

abdomen.

UMUM 
HARI SURIA

Hari suria, tempoh masa yang diambil untuk menyaksikan matahari melintas garis meridian tempatan sekali lagi pada keesokan harinya.

FIZIKFenomena
NAINA SURIA DEWANA

NAINA SURIA DEWANA (   ?  -   ?  ), saudagar keturunan India (Keling) pada masa kerajaan Melayu Melaka. Dia bermastautin di Melaka dan menjadi kaya hasil kegiatan perdagangannya. Kekayaannya ada disebut dalam Sulalatus Salatin, “penghulu segala saudagar di dalam negeri Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MATAHARI

Matahari ialah sebuah bebola gas yang besar

dan bersinar di tengah-tengah sistem suria. Bumi

dan lapan lagi planet yang lain beredar

mengelilingnya.

UMUM 
TAHUN

Tahun ialah masa yang diambil oleh bumi untuk

melengkapkan satu pusingan mengelilingi

matahari. Terdapat dua jenis tahun yang berbeza

yang digunakan oleh ahli astronomi. Tahun suria,

ekuinoks atau tropika ialah masa di antara dua

laluan matahari melalui “ekuinoks musim bunga”

yang berlaku pada bulan Mac. Di Hemisfera Utara

ekuinoks ini dipanggil ekuinoks vernal. Panjang

tahun ini ialah 365 hari, 5 jam, 48 minit, dan 46 saat.

Tahun ini digunakan bagi semua tujuan praktik dan

astronomi, dan menjadi asas tahun biasa atau

tahun kalendar kita.

UMUM 
ASTROFIZIK

Astrofizik ialah ilmu sains yang menggunakan

prinsip-prinsip fizik kepada banyak bidang astronomi.

Ahli astrofizik cuba menentukan sifat fizik serta asal

usul dan perkembangan sistem suria, bintang,

galaksi, dan alam semesta secara keseluruhan.

UMUM 
123

Kembali ke atas