Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ru.han] | سوروهن

Definisi : 1. sesuatu yg disuruh, perintah: orang yg rajin mengerjakan ~ Tuhan itu akan terus ke syurga; 2. = pesuruh orang yg disuruh; budak ~ = orang ~ orang yg disuruh­suruh, pembantu rumah, dll; 3. = penyuruh sl perihal menyuruh, perbuatan menyuruh: adapun kami ke mari dgn ~ keramat wali Allah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ru.han] | سوروهن

Definisi : apa-apa yg diperintahkan; perintah: Segala ~ tuannya dilaksanakannya dgn baik. budak ~ orang yg boleh disuruh-suruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suruh
Kata Terbitan : bersuruh-suruhan, menyuruh, suruhan, pesuruh,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. "Hidangkan teh kepada ayah." Adakah ayat ini ayat perintah? Terima kasih.Ayat “Hidangkan teh kepada ayah” merupakan ayat perintah jenis suruhan. Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberikan perintah atau arahan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 448.Tatabahasa06.03.2017
Mengapakah ayat "Teruskan usaha membetulkan penggunaan bahasa Melayu kita" adalah betul manakala ayat "Teruskan usaha betulkan penggunaan bahasa Melayu kita" adalah salah? Ayat ini bukankah ayat suruhan? Bukankah dalam ayat suruhan kedua-dua kata kerja hendak hadir dengan akhiran-kan seperti "teruskan" dan "betulkan"?Perkataan "betulkan" lazimnya digunakan dalam ayat perintah seperti "betulkan bahasa Melayu  anda dalam penggunaan harian". Ayat contoh yang diberi ialah ayat penyata.Tatabahasa12.05.2014
Salam sejahtera, tuan. Soalan 1: adakah selepas kata hubung? Soalan 2: patuh kepada suruhan Allah atau patuh pada suruhan Allah? Soalan 3: Adakah memberi digunakan untuk benda bernyawa dan memberikan digunakan untuk benda tidak bernyawa?
  1. Soalan tidak difahami. Sila terangkan dengan lebih jelas. 
  2. Cadangan jawapan ialah "Patuh pada suruhan Allah".
  3. Perkataan “memberi" dan “memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan “memberi” hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala “memberikan” hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:
    • Ali memberi kucing makan. 
    • Ali memberikan makanan kepada kucing.

            Sila rujuk buku tatabahasa bahasa Melayu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Tatabahasa18.03.2022
Taat pada/kepada suruhan Allah.Taat kepada suruhan Allah.Tatabahasa19.04.2012
Adakah tanda seru "!" perlu diletakkan di setiap hujung ayat yang menggunakan kata kerja yang berbentuk arahan atau suruhan?

Untuk makluman, tanda seru (!) perlu diletakkan di hujung ayat, termasuk untuk ayat yang berbentuk arahan dan suruhan.

Tatabahasa29.11.2020
Tuan, sukacita kiranya dapat bantu mengenai pemilihan tema untuk penganjuran kempen kesihatan antara "Budayakan Hidup Sihat" atau "Membudayakan Hidup Sihat"? Mana satu yang sesuai untuk digunakan. Sekian, terima kasih.Slogan "Budayakan Hidup Sihat" lebih tepat kerana kata kerja 'budayakan' menjadikan ayat tersebut sebagai ayat suruhan dan ayat ayat suruhan lebih berkesan dalam  wacana ini.Tatabahasa28.03.2011
1. apakah/siapakah nama yang akan awak berikan kepada anak awak ini? 2. adakah semua ayat larangan, suruhan,perintah dan silaan tidak perlu menggunakan imbuhan pada kata kerjanya? 3. budak itu menawarkan tempat duduknya kepada orang tua itu. bolehkah kita menggunakan "menawarkan" dalam ayat tersebut?

Saudara,

1. Perkataan yang betul ialah siapakah. 2. Mengikut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 448-452, bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN- awalan digugurkan. Contohnya:  Keluar dari bilik ini; Jangan ambil harta orang; Sila datang ke rumah saya.

Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan.  Contohnya: Menangislah sepuas-puas hatimu; Berdermalah kepada anak-anak yatim.   

Tatabahasa13.10.2009
Saya hendak menanyakan masalah berkenaan kata kerja ayat suruhan "garisi". Contoh ayat: 1. Garisi kata-kata kerja transitif yang mempunyai kesalahan imbuhan dalam petikan. Dalam ayat (1), dengan perkataan "garisi", arahan soalan mengarahkan pelajar membuat garis DI BAWAH, atau PADA kata-kata kerja transitif? Bagaimanakah kita hendak mengetahui bahawa sama ada arahan soalan menyuruh kita membuat garis DI BAWAH atau PADA sesuatu perkataan atau frasa dengan penggunaan perkataan "garisi"?Ayat ini hanya ditemukan dalam laras peperiksaan. Lazimnya arahan ini mengehendaki pelajar membuat garis di bawah perkataan yang dimaksudkan. Sepatutnya tidak timbul lagi persoalan membuat garis di bawah atau pada perkataan tersebut.Tatabahasa27.12.2014
Dalam PRPM, kata 'istiqamah' dicantumkan dengan takrif 'Ar ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama); beristiqamah melakukan istiqamah: Jamilah sahajalah yg menjadi juruingat kepadanya selama ini utk terus ~ menegakkan sembahyang di surau.' Saya tertarik dengan kata 'juruingat'. Apabila dicari, tiada dalam PRPM. Mengapa? Apakah takrif juruingat?Untuk makluman tuan, Kamus dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Juruingat membawa maksud tukang ingat dalam bentuk sistem kata nama.Tatabahasa22.02.2019
Sarah makan bersama ayah di gerai itu.(ayat penyata) Makanlah bersama ayah di gerai itu Sarah. (ayat suruhan) betulkah ayat tersebut setelah ditulis semula menjadi ayat perintah?Makanlah bersama-sama ayah di gerai itu Sarah merupakan ayat perintah.Tatabahasa14.10.2021
1234567

Kembali ke atas