Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.rut] | سوروت

Definisi : 1. kembali (ke asal dll), balik (ke belakang), mundur: kemudian mereka ~ ke belakang beberapa langkah; ~ kpd bekas isterinya telah rujuk; berlaku ~ dr dihitung kembali dr; pantang ~ pantang mundur; 2. menjadi berkurang, reda (kemarahan dll), susut: marahnya yg memuncak-muncak tadi telah ~ dlm sekejap mata; kian larut malam, kian ~ pula pertempuran itu; 3. = air ~ = pasang ~ air turun (selepas pasang atau naik): mereka berjalan-jalan di tepi sungai yg kebetulan sedang ~; akan ~ airlah gedang, akan lalu jalanlah semak prb sesuatu perkara yg serba susah (akan diteruskan susah dan akan ditarik kembali pun susah); menyuruti 1. menjadikan berkurang, me­ngurangi, menyusuti; 2. rujuk dgn isteri (yg telah diceraikan), memulangi; menyurutkan 1. menjadikan surut, menarik kembali, memundurkan, mengembalikan, meng­undurkan: pinang akan disurutkan ke tampuk, sirih akan dipulangkan ke gagang; 2. menjadikan berkurang, mengurangkan, menyusutkan: hendaklah disurutkan airnya dahulu barulah boleh dirapah; 3. mengu­rangkan (nyala api dll), meredakan (marah, nafsu, dll): air yg dijerangkannya tadi sudah menggelegak, lantas disurutkan apinya; ~ darah menenangkan fikiran (hati, perasaan); tersurut berbalik ke belakang, mundur (undur) ke belakang: sebentar itu juga ia ~ kebelakang lalu jatuh; ~ fikiran melepaskan niat; ~ hati tawar hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.rut] | سوروت

Definisi : 1 turun semula parasnya sesudah pasang atau sesudah bah (bkn air): Apabila air telah ~, mangsa-mangsa banjir pun pulang ke rumah masing-masing. 2 balik ke belakang; undur; mundur: Kalau sudah melangkah, berpantang ~. 3 menjadi semakin kurang (bkn ke­marahan dll); reda; susut: Penyakitnya sudah mula ~. menyurutkan 1 me­nye­­­babkan menjadi surut (bkn air dsb); mengurangkan; menyusutkan. 2 menjadikan berkurang (bkn api, kemarahan dll); meredakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surut (kata kerja)
1. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, susut, menurun, merosot,
Berantonim dengan memuncak

2. Bersinonim dengan mundur: undur, berpatah balik,
Berantonim dengan mara

3. Dalam konteks paras air
bersinonim dengan susut
Berantonim dengan pasang

Kata Terbitan : menyuruti, menyurutkan,

Puisi
 

Air pasang surut ke hulu,
     Menemui baung mati terlentang;
Sudah dibawa buah mengkudu,
     Si baju gadung kuikut pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Air surut kapar hilir bersama,
     air pasang ia tersangkut.

Bermaksud :

Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tidal periodkala pasang surutSains MarinTiadaSelang masa antara dua pasang surut berturut-turut seperti fasa pasang surut atau arus pasang surut.
tidal channelalur pasang surutGeologiTiadaAlur utama yang diikuti oleh arus pasang surut, menganjur dari lautan ke rawang pasang surut atau pamah pasang surut.
tropic tidepasang surut tropikaMeteorologiMeteorologi PerhubunganPasang surut dalam satu hari yang berlaku apabila bulan berada pada sudut khatulistiwa (sudutiswa) maksimum. Bandingkan pasang surut perbani, pasang surut anak.
tidal amplitudeamplitud pasang surutHidrologiTiadaPerbezaan di antara paras air tinggi atau air rendah dan min ketinggian pasang surut (setengah julat pasang surut).
tidal currentarus pasang surutPerikananTiadaArus yang mengalir ke kawasan pesisiran pantai semasa air pasang dan mengalir keluar semasa air surut. Arus pasang surut berlaku akibat daya tarikan graviti bulan dan matahari terhadap bumi serta putaran bumi. Arus ini kadangkala berkelajuan sehingga 20 km/jam atau 10 knot dan berbahaya semasa mengalir melalui terusan yang sempit ke kawasan teluk yang besar atau ke pelabuhan.
mixed tidepasang surut campuranSains MarinTiadaAras air pasang dan air surut yang mempunyai perbezaan ketara, berlaku dua kali pasang dan dua kali surut dalam sehari dan boleh bertukar menjadi pasang surut jenis harian. Keadaan ini berlaku di perairan Semenanjung Malaysia.
atmospheric tidespasang surut atmosferaSainsHidrometeorologiKesan yang beranalogi langsung dengan pasang surut graviti yang biasa terdapat di lautan tetapi terjadi di atmosfera oleh tindakan unsur-unsur atmosfera; terutamanya yang terlibat ialah tekanan dan angin. Pasang surut ini mudah dikenali di permukaan bumi daripada ubahan sama ada positif atau negatif dibandingkan dengan aras tekanan min sekiranya udara menjadi terlonggok atau tertarik keluar dari sesuatu kawasan tertentu. Dua tekanan maksimum (satu pada longitud bersepadanan dengan jisim yang menghasilkan pasang surut dan satu lagi di titik antipodnya) dan dua tekanan minimum (pada latitud 90 dari tekanan maksimum) berlaku pada sebarang epok tertentu. Di sebarang tempat tertentu kesan yang didapati daripada keadaan ini ialah ayunan separuh harian. Apabila data tekanan disusun mengikut waktu qamari, maka akan wujud suatu kesan bersistem fasa yang betul dan amplitud yang sangat kecil (0.09 mb berdekatan khatulistiwa berkurangan menghala ke arah kutub). Walaupun tindakan pasang surut graviti matahari lebih kecil daripada tindakan pasang surut graviti bulan sebanyak 2.4 kali, amplitud ayunan atmosfera yang dipengaruhi oleh masa suria adalah lebih besar.
lunar tidepasang surut qamariGeografiTiadaBahagian pasang surut yang disebabkan oleh daya gerakan pasang surut bulan.
diurnal tidepasang surut harianSains MarinTiadaPasang surut yang berlaku sekali air pasang dan sekali air surut dalam sehari. Keadaan ini hanya berlaku di beberapa perairan laut seperti di Laut Jawa, negara Mexico, China dan Vietnam.
ebb currentarus surutGeologiTiadaArus pasang surut yang biasanya bergerak ke arah laut atau ke hilir sungai pasang surut.
12345678910...

Kembali ke atas