Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sah] | سوسه

Definisi : 1. perasaan tidak puas hati (kerana sukar, sulit, dll), perasaan tidak senang: pekerjaan makan gaji itu memang ~ pd mulanya, tetapi kalau sudah biasa kelak menjadi senang; 2. tidak mudah (mendapat, mencari, dll sesuatu), sukar, sulit: masa itu memang ~ hendak membeli kain baju, kalau adapun harganya mahal-mahal; 3. = ~ hati tidak senang hati, sedih hati, dukacita: jangan ~, nanti ia akan kembali lagi; 4. serba kekurangan, miskin, papa: ~ dan senang kehidupan kaum ke­luarga, tidaklah menjadi penghalang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. kesukaran, kesulitan: adalah suatu ~ kepadaku sebab tidak tahu bahasa Hindustan itu; bersusah 1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dgn susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar mem­beritahu dunia luar bahawa dunia Arab ber­satu dlm hal itu; 2. = ~ hati berasa susah hati, berdukacita: dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi; menyusahi menjadikan (mendatangkan) su­sah, mengganggui: tak usah disusahi aku, bukannya apa-apa, aku cuma pening sahaja sedikit; menyusahkan 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. men­jadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacita­kan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan; mempersusah menjadikan lebih susah: jangan dibiarkan hati tersandung duka, jangan fikiran dipersusah; kesusahan 1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan: separuh drpd ~ yg dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan; 2. menanggung susah, kepayahan: janganlah kamu biarkan pd masa ia dlm ~ atau keuzuran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sah] | سوسه

Definisi : 1 rasa tidak puas hati kerana mengalami kesulitan dll; rasa tidak senang: Jika anakanda ~ tinggal di bandar, pulanglah ke kampung. ~ hati tidak senang hati; sedih; dukacita. 2 tidak mudah melakukannya (mendapatkan­nya; men­­carinya dll); sukar; sulit: Latihan yg dijalani itu amat ~ dan berat. ~ payah berbagai-bagai kesulitan atau kesukaran. 3 serba kekurangan; mis­kin; papa: Kita hendaklah menolong orang-orang yg ~. bersusah melakukan sesuatu dgn susah payah; berpenat lelah mengerjakan sesuatu: Tak usahlah kamu ~ menolong kami. ~ hati berasa susah hati; berdukacita. menyusahkan 1 menyebabkan menjadi susah; me­nyukarkan; menyulitkan: Aku lebih suka hidup sendiri kerana aku tidak mahu ~ kedua-dua ibu bapaku lagi. 2 menyebabkan berasa susah hati; mendukacitakan; menyedihkan: Jika ada sesuatu yg ~ adinda, ceritakanlah kpd kakanda. kesusahan 1 keadaan susah; sesuatu yg susah; kesukaran; kesulitan: Sesiapa yg mengembara ke sana akan mengalami berbagai-bagai ~ dan bahaya. 2 menanggung atau menderita susah: Dlm musim kemarau yg berpanjangan, ramai yg ~ dlm mengharung hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Puisi
 

Tetaklah nipah bersusun nipah,
     Buluh muda pancung sekali;
Duduklah susah berdiri susah,
     Badanku muda langsung sekali.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Hendaklah seperti tembikar,
     pecah satu pecah semuanya.

Bermaksud :

Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
trouble2. bother, susah(-susah), payah(-payah): there’s no need to ~ about it. I can do it, tdk perlu susah-susah ttg perkara itu. Saya boleh membuatnya; don’t ~ about writing to him. I’ll get him on the telephone, jangan susah-susah menulis surat kepadanya. Saya akan menghubunginya melalui telefon;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
difficultadj 1. not easy, hard, sukar, susah, payah; (of problem, question) susah, sukar, rumit: they found it ~ to maintain their position, mereka mendapati sukar utk mengekalkan kedudukan mereka; 2. full of hardship, susah, rumit: a ~ life, kehidupan yg susah; 3. (of person) hard to deal with, cerewet; (foll by infin) susah, sukar: a ~ customer, pelanggan yg cerewet; shop assistants found her ~ to please, pembantu kedai mendapati susah utk melayannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
struggle3. progress, proceed with difficulty, dgn susah payah (approp v): the old man ~d to his feet, orang tua itu dgn susah payah cuba berdiri; the little boat ~d upstream against the strong current, perahu kecil itu dgn susah payah mudik ke hulu sungai menyongsong arus yg kuat; she ~d to unload a heavy box of groceries from the car, dia dgn susah payah menurunkan kotak-kotak barang runcit yg berat itu dr kereta;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unreachableadj susah hendak /dicapai, dijangkau/: the shelf is set so high that it is ~, para itu dipasang terlalu tinggi sehingga susah hendak dijangkau; he has set himself an ~ goal, dia telah menetapkan satu matlamat yg susah hendak dicapai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fixget into a ~, menjadi susah: how did you get into such a ~?, bagaimanakah kamu boleh menjadi susah begitu?; get os into a ~, menyusahkan diri sendiri; /get so. into, put so. in / a ~, membuat sso menjadi susah; /get, take /a ~, (naut) menentukan kedudukan: I’m trying to get a radio ~, saya mencuba menentukan kedudukan melalui radio;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
upsetadj 1. unhappy, saddened, susah hati: she was ~ by her son’s failure, dia susah hati krn kegagalan anak lelakinya: I was ~ that my views were totally rejected, saya susah hati krn pandangan saya ditolak mentah-mentah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stubborn 2. persistent, difficult to remove or cure,susah hendak + approp v: there were ~ stains on the cushion, terdapat kotoran yg susah hendak dihilangkan pd kusyen itu; a ~ cough that has lasted for months,batuk yg berbulan-bulan lamanya dan susah hendak disembuhkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
troublesome2. difficult, susah: a ~ time, masa susah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bugger2. (colloq) st that causes problems or difficulties, susah (betul): this gear box is a ~ to dismantle, susah betul hendak membuka kotak gear ini; you can’t get a job without experience, and you can’t get the experience without a job. It’s a ~, kita tak dapat kerja kalau tak ada pengalaman, dan tak dapat pengalaman kalau tak ada kerja. Susah betul; 3. (taboo) person who commits sodomy, orang yg melakukan liwat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thickthrough ~ and thin, susah senang: she remained by his side through ~ and thin, susah senang pun, dia tetap di sisinya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas