Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sul] | سوسول

Definisi : ; menyusul 1. mengikuti (mengejar) sesuatu yg terdahulu (utk menyaingi atau mendahuluinya): ia dapat diselamatkan kalau lekas disusul; 2. mengikut di belakang, mengekori: dia masuk ke dlm rumah disusul dr belakang oleh anaknya; 3. ikuti (datang) kemudian: biarlah aku pergi sendirian dahulu, nanti kau dapat ~; 4. mengekori, mengikuti jejak: ia mengambil teksi utk ~ dr belakang supaya dapat mengetahui ke mana abangnya pergi; 5. mengikuti, melanjutkan, menyambung, menyertai: setelah selesai segala pelajarannya Awang Sulung pun dikhatankan, disusul pula dgn mengasah gigi; 6. (yg) akan datang, (yg) akan muncul: musim panas yg ~, batang itu tumbuh me­manjang dan mengeluarkan daun; 7. menye­lidiki atau mengusuli sesuatu (supaya dapat menjumpai sesuatu dll): kebudayaan orang Thai dapat disusul ke zaman permulaan­nya; 8. menyambung (surat yg terdahulu): kerana surat yg pertama tidak berbalas, lalu disusul pula dgn surat yg kedua; 9. keluar menyambut kedatangan orang, mengalu-alu­kan, menyongsong: dia berlari-lari anak turun tangga ~ ibunya yg sedang masuk ke halaman; menyusuli 1. menuruti sesuatu yg terdahulu, mengikuti, mengiringi: tidak lama kemudian kedengaran ia mengangkat takbir yg disusuli dgn bacaan Fatihah; 2. mendatangi (meng­ikuti) kemudian, mengekori: kata ‘ku’ dan ‘kau’ tidak ditulis terpisah drpd kata dasar pasif yg ~nya; 3. memberi tambahan, menambahi; menyusulkan 1. menjadikan (membiarkan) menyusul, membawa pergi dll kemudian, membawa menyusul: kuminta kpd ayah supaya ayah ~ aku bekerja di kantor residen Ambon ini; 2. memperikutkan, memasukkan (dlm surat dll) supaya turut, melampirkan (surat dll), menambahkan (sbg keterangan, lanjutan, dll); susulan 1. sesuatu yg menyusul (datang kemudian dll): kemudian terdengar ~ siulan bom jatuh bertubi-tubi; 2. sesuatu yg disusulkan, lampiran, tambahan; 3. = angin ~ ark angin yg berlawanan dgn arah perahu dll, angin sakal; penyusulan perbuatan menyusul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sul] | سوسول

Definisi : ; menyusul 1 mengikut di bela­kang; mengekor: Dia pergi dahulu, tidak lama kemudian, adiknya ~. 2 datang kemudian; muncul selepas beberapa ketika: Mula-mula kedengaran bunyi yg kuat, kemudian ~ kapal angkasa yg amat besar. Beberapa pengumuman awam ~ selepas siaran berita. menyusuli 1 mengejar atau mengikut seseorang yg terdahulu utk menyainginya atau utk mengekorinya: Ia hendak ~ ayahnya ke Kuantan. 2 mengikut sesuatu dr belakang; mengekori: Beberapa buah kereta telah ~ keretanya hingga ke tem­pat penginapannya. 3 mengikut jejak langkah; melakukan sesuatu spt yg telah dilakukan oleh orang yg terdahulu: Dia ~ jejak arwah ayahnya menjadi doktor. Pelancaran Sputnik disusuli oleh beberapa satelit buatan lain. 4 keluar menyambut kedatangan orang; menyong­­song; meng­­alu-alukan: Asrul telah ~ datuknya yg baru masuk ke halaman rumahnya. 5 menyambung su­rat yg dahulu. menyusulkan 1 mem­­bawa menyusul. 2 menambahkan; menyertakan. susul­an 1 apa-apa atau sesuatu yg menyusul atau yg disusulkan. 2 hasil drpd me­nyusul. penyusulan perbuatan (hal dsb) menyusul, menyu­suli atau me­nyusulkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susul
Kata Terbitan : menyusul, menyusuli,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
after treatmentrawatan susul; olahan susulKomunikasi MassaTiadaTiada
after treatmentrawatan susul; olahan susulKejuruteraanTiadaTiada
after treatmentrawatan susul; olahan susulPerubatanTiadaJagaan umum pesakit selepas suatu rawatan
after treatmentrawatan susul; olahan susulKimiaTiadaTiada
afterpainskesakitan susulPerubatanTiadaKesakitan seperti kekejangan pada abdomen yang dirasakan selepas bersalin
shear lagsusul ricihKejuruteraanTiadaTiada
viscous lagsusul likatKejuruteraanTiadaTiada
shear tagsusul ricihKejuruteraanTiadaTiada
lag timemasa susulGeografiTiada2. Tempoh yang berlalu di antara kejadian sesuatu fenomena penyebab dan kesan yang terhasil seperti perbezaan masa di antara puncak hujan ribut.
lag industryindustri susulGeografiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas