Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.su.lan] | سوسولن

Definisi : 1. sesuatu yg menyusul (datang kemudian dll): kemudian terdengar ~ siulan bom jatuh bertubi-tubi; 2. sesuatu yg disusulkan, lampiran, tambahan; 3. = angin ~ ark angin yg berlawanan dgn arah perahu dll, angin sakal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata susulan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan 'Susulan itu' dan 'Susulan daripada itu' mana satu yang betul?Penggunaan susulan yang biasa ialah Susulan daripada itu kerana merujuk kepada perkara yang terdahulu. Penggunaan Susulan itu ada juga digunakan biasanya tidak banyak. Penggunaan susulan adalah bergantung kepada konteks ayat  atau maksud yang hendak dijelaskan.Lain-lain27.02.2008
Susulan soalan 19 April 2012. Apakah ayat ...'dengan' harga RM6,000... itu salah, atau masih boleh diterima pakai tetapi cuma yang paling tepat menggunakan 'pada' harga. Terima kasih.untuk makluman 'dengan' harga RM6,000... itu masih boleh diterima. walau bagaimanapun jawapan yang paling tepat menggunakan 'pada' harga.Tatabahasa25.04.2012
Ini adalah susulan daripada soalan pertama. Berikut adalah capaian yang dimaksudkan. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfhtpBJFnL-U2_p4vDs4OyOHQua64HErMhBU6c3B5X6hVYN2Q/viewform Di dalam borang tersebut, pihak sekolah menggunakan sepenuh huruf besar. Adakah amalan ini betul dan dibenarkan dalam penulisan? Borang tersebut juga saya lampirkan dalam format PDF. Terima kasih.Seperti dalam jawapan kami sebelum ini, penggunaan huruf kecil atau besar dalam dokumen bergantung pada ketetapan pihak penganjur/pemilik. Yang diberikan penekanan ialah penggunaan bahasa dan ejaannya, hendaklah menggunakan bahasa Melayu baku. Huruf kecil atau besar boleh digunakan , namun pada kebiasaannya yang banyak ditemukan ialah penulisan seperti dalam ayat, iaitu huruf pertama pada awal ayat dan kata nama khas sahaja ditulis dengan huruf besar.Lain-lain12.03.2021
Ini merupakan susulan pertanyaan soalan kepada jawapan yang telah pihak tuan berikan kepada saya pada 21 Disember 2016 mengenai `Drama Festival Kuala Lumpur 2017'. Saya dimaklumkan pihak tuan telah menghubungi TV3 mengenai nama tersebut yang sepatutnya "Festival Drama Kuala Lumpur 2017" mengikut hukum DM. Namun promosi yang kelihatan di kaca TV3 dan TV9 masih terus menggunakan 'Drama Festival Kuala Lumpur'. Apakah penjelasan yang telah diberikan oleh pihak pengnjur kepada DBP hasil teguran ini?Jawapan yang kami terima, "Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015" ialah kata nama khas bagi rancangan terbitan Media Prima. Mereka beranggapan kata nama khas perlu dikekalkan dan bersedia memberikan kerjasama dalam hal kebahasaan kepada pihak kami pada masa yang akan datang.Lain-lain09.01.2017
Berikut ialah lampiran , susulan daripada e-mel saya sebelum ini. Sekian, terima kasih.Pembetulan seperti lampiran adalah betul.Lain-lain21.09.2015
Dilampirkan lampiran kedua. Susulan dari pertanyaan awal tadi. Terima KasihUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain12.11.2014
Terima kasih atas jawapan DBP. Jadi soalan susulan saya ialah 1) adakah ini bermaksud penggunaan “di mana” dalam bahasa Melayu hanya terhad sebagai kata tanya sahaja? 2) adakah “yang mana”, “dengan mana”, “dalam mana” digunakan dalam bahasa Melayu dan kalau ada, apakah fungsi-fungsinya? Terima kasih. From: sbmbsys@dbp.gov.my To: hiddenseed@hotmail.com Date: Tue, 10 Aug 2010 16:33:40 +0800 Subject: Jawapan Soalan Sdr.Lin Kai Qi Salam sejahtera Lin Kai Qi, Soalan : Salam sejahtera. Adakah penggunaan kata hubung "di mana" atau bentuk lainnya ("dalam/yang/dengan mana") yang bermaksud "who", "whom", "which", atau "where" dalam bahasa Inggeris diterima dalam bahasa Melayu? Terima kasih. Jawapan : Saudara, Perkataan 'who', whom',' which' atau 'where' diterjemahkan sebagai 'yang' atau 'tempat' mengikut kesesuaian dalam konteks penggunaannya dalam ayat tersebut dan tidak diterjemahkan menjadi yang mana atau di mana. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

1. Di mana dan yang mana digunakan untuk kata tanya.

2. Dalam mana dan dengan mana tidak terdapat dalam tatabahasa bahasa Melayu.

Tatabahasa12.08.2010
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin membuat susulan akan soalan yang saya ajukan di portal ini pada 28 April 2020. Soalan tersebut masih lagi berstatus "Dalam Proses" manakala soalan-soalan lain yang diajukan pada tarikh terkemudian telah pun dijawab dan berstatus selesai. Pertanyaan saya adalah seperti berikut: Saya ingin bertanya, apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul untuk "multi currency feature (mcf) enabled account"? Adakah (a) "akaun yang diupayakan dengan mcf"; (b) "akaun berkemampuan mcf"; atau (c) "akaun diupayakan mcf"? Adakah terdapat cadangan terjemahan lain yang lebih ringkas/padat? Terima kasih.Sila berikan konteks penggunaan perkataan dalam ayat untuk kami cari padanan dalam bahasa Melayu.Istilah15.05.2020
Salam Mohon kerjasama menyalurkan pertanyaan ini kepada Pengarah Bahagian Sastera berkaitan pertanyaan susulan kepada Urus Setia PPSB mengenai bayaran tuntuntan elaun fasilitator PPSB P3 Kem Tegas Mesra Selama Perak. Setelah berjumpa Urus Setia dan Bahagian Kewangan di tingkat 27 Menara DBP pada 22.09.2010 dan pengakuan Ketua Fasilitor menyatakan borang telah dihantar di awal Ramadan iaitu seminggu selepas program diselesaikan oleh kami. Sehubungan dengan masalah yang sering berbangkit maka adalah diharapkan pengurusan DBP menyiasat siapa yang menyebabkan bayaran sering lewat. Harus juga diingatkan ada segolongan fasilitator adalah freelance bukan guru sekolah yang menghargai elaun yang disediakan oleh DBP maka janganlah ada pihak yang tak prihatin. Terima kasih menyediakan ruangan ini untuk kami bersuara secara tertutup dan masih menghormati DBP

Encik Sallehuddin,

Pihak kami telah membuat semakan terhadap maklumat yang diberikan dan kami dapati borang tuntutan fasilitator PPsb Kem Tegas Mesra, Selama baru sahaj diterima pada 29 September. Pihak kami kini sedang memproses borang tuntutan tersebut dan berharap pembayaran dapat dibuat dengan kadar yang segera. Kami juga memohon maaf atas kesulitan ini.

Lain-lain01.10.2010
KESALAHAN TATABAHASA Terima Kasih Membeli-belah di TESCOKami maklum akan hal ini, tindakan susulan akan diambil kepada pihak yang berkenaan. Untuk makluman saudara, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melaluia domain "Pantau Tegur Bahasa".Lain-lain03.04.2013
1234

Kembali ke atas