babandil sanang Kd Lt | sejenis canang. | Alat-alat, susunan dan letaknya bunyi-bunyian yang mengiringi tarian Sumayau di Tuaran. Babandil Sanang/Canang Gong/Tawag-tawag Gong/Tawag-tawag Gendang Giring-Giring. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bekepit, *kepit* Ib | kepercayaan Iban yang merujuk kepada kedudukan bilik tiga adik- beradik di mana bilik si bungsu tidak boleh terletak di tengah-tengah kerana dipercayai boleh mendatangkan malapetaka. | Susunan bilik mereka diatur dengan baik supaya tidak melanggar pantang rumah panjang yang disebut bekepit. Bilik kepunyaan Anong dan Aning agak besar dan terletak di tengah-tengah rumah panjang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |