Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : salasilah keturunan, asal usul (seseĀ­orang atau sesuatu); menyusur galur menyelidiki asal usul (hal dll), mengusul; menyusurgalurkan menyusun salasilah keturunan (asal usul seseorang atau sesuatu): saya akan ~ sejarah pembakuan bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
susur (kata kerja)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, sembir;,
Kata Terbitan : menyusur, menyusuri,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna perkataan konstruk berkaitan novel rentong.dan boleh bagi contohnya tak.satu lagi makna susur galur nak tahu makna dan contoh penggunaannyaKonstruk ialah kumpulan idea atau gagasan idea yang terdapat dalam sesebuah novel. Saudara perlu merujuk novel berkenaan atau mendapatkan buku ulasan mengenai novel tersebut. Susur galur bermaksud susunan keturunan atau salasilah keturunan bangsa atau ras hinggalah kepada peringkat awal-awal sekali lahirnya sesuatu bangsa itu.Sastera27.04.2012
Siti Nabilah Zainol Mar 26th, 6:41pm Assalamualaikum, buku Susur Galur Bahasa Melayu - Asmah Hj Omar & Nahu Melayu Mutakhir - Asmah Hj Omar ada stok lagi ke?Puan boleh mendapatkan buku terbitan DBP di pasaran dengan melawati laman http://niaga.dbp.my atau alamdbp.myshopify.com atau http://lazada.com.my atau fb DBPNiaga. Selain itu, puan juga boleh menghubungi pegawai yang bertugas menerusi panggilan telefon 03-41012328 sekiranya ingin mengetahui tentang stok buku atau sila hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Terima kasih.Lain-lain26.03.2015
maksud salasilah & keluarga

Salasilah keluarga bermaksud daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan).

Makna24.03.2010
Salam. Mohon pandangan tuan berkaitan penggunaan gelaran Encik kepada mereka yang yang mempunyai susur galur keturunan bangsawan, namun tidak lagi mempunyai sebarang pangkat gelaran istana. Sebagai contoh Encik Raja atau Encik Tengku bagi mereka yang berkhidmat sebagai kakitangan biasa bukan pegawai tinggi di dalam sesuatu pentadbiran. Sekian, terima kasih.
Salam tuan budiman,

Untuk golongan bangsawan atau kerabat, sapaan hormatnya, ialah  Yang Mulia (YM), walaupun tiada pangkat. Asalkan nama hadapannya ada raja, tengku, ku.

Sebagai contoh Yang Mulia Raja atau Yang Mulia Tengku.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain25.09.2019
Assalammualaikum en. Soalan saya: 1. Apakah pengganti yang sesuai untuk ayat " Memori Korporat" 2. Adakah "Susur Galur Korporat" mempunyai makna yang sama dengan "Memori Korporat"? 2. Apakah term yang sesuai yang boleh digunapakai untuk menggantikan "korporat?" Terima kasih EncikMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud korporat ialah berkaitan dengan syarikat atau perĀ­badanan. Jika ingin menukar perkataan korporat, cadangan daripada pihak kami tuan boleh menggunakan perkataan syarikat.Istilah13.06.2019
Apakah terjemahan bagi "Line of succession to the Bruneian throne"? Garis atau galur pewarisan takhta Brunei?Salam sejahtera,

Cadangan SUSUR GALUR PEWARISAN TAKHTA BRUNEI

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan27.11.2017
saya ingin tahu perkataan melayu asal ada berapa dan apakah perkataan itu?Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lenjut berkaitan soalan ini, saudara boleh merujuk Buku Tatabahasa Dewan dan juga Buku Susur Galur Bahasa Melayu tulisan Asmah Ahji Omar. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain21.12.2006
Salam. Saya ingin tahu apa perbezaan antara salasiah dan salasilah. Dan diharap pihak tuan dapat mengejakan perkataan salasiah sekiranya ada dalam bahasa jawi.

salasilah  Ar daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan);

salasiah () dalam bahasa Arab bermaksud: kelembutan, senang.

Makna05.11.2009
Peranan dan fungsi bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaanFungsi utama sebagai alat/lambang perpaduan negara, menjadi lambang identiti negara, wahana penyatuan warganegara Malaysia, wahana komunikasi umum (lisan dan tulisan) dalam situasi rasmi. untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu (Asmah Omar)Lain-lain02.10.2006
Apa maksud bahasa Melayu? Sejarah bangsa Melayu? Asal-usul bahasa Melayu?Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan yang telah termaktub dalam Akta 152, Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu, bahasa formal dan digunakan sebagai pengantar dalam kebanyakan institusi kerajaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sejarah bangsa Melayu dan asal-usul bahasa Melayu, saudara boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu hasil tulisan Prof.Emeritus Datuk Dr.Asmah Haji Omar. Terima KAsih kerana menggunkan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain01.12.2006
123

Kembali ke atas