lineage | susur galur | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Keturunan yang mempamerkan asalan yang sama dari leluhur yang diketahui. |
racial ancestry | keturunan ras | Sejarah | Tiada | Susur galur atau salasilah keturunan bangsa atau ras hinggalah kepada peringkat awal-awal sekali lahirnya sesuatu bangsa. |
phylogeny | filogeni | Sejarah | Tiada | 1. Berkaitan dengan susur galur keturunan berdasarkan ranting-ranting yang bercabang seperti pada urat daun. |
pedigree | pedigri | Herba | Botani dan Bioteknologi | Rekod susur galur atau salasilah sesuatu individu, keluarga atau strain. |
phylogeography | filogeografi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kajian berkenaan susur galur keturunan, yang mengambil kira prinsip dan taburan geografi terhadap sesuatu kumpulan dalam sesuatu populasi yang mempunyai hubungan genetik yang rapat. |
speciation event | peristiwa penspesiesan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kejadian pemisahan susur galur yang menghasilkan dua atau lebih spesies yang berbeza. |
phylogenetic tree | pepohon filogenetik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Rajah yang memaparkan hubungan evolusi serta pertalian dan perkaitan antara individu atau kumpulan organisma seperti spesies atau populasi. Pepohon filogenetik menggambarkan susur galur organisma menerusi nod dan cabang pepohon yang dibentuk dari leluhur yang sama. |