Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sut] | سوسوت

Definisi : 1. semakin kurang, berkurang (banyak, nilai, dll sesuatu): harga jentera ini ~ tiap-­tiap tahun sebanyak 10 peratus; 2. menjadi lebih pendek (kecil dll), mengecut (kain dll), mengerut: kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh; 3. turun paras permukaannya (air dll), surut: berapa ~nya paras muka air itu apakala dikeluarkan pelampung dr baldi itu? 4. menjadi kurus (badan dll): anak yg begitu subur badannya sekarang mulai ~; agung ~, pongah masih prb orang berbangsa yg telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga; menyusut menjadi susut, berkurang; menyusuti menjadikan berkurang, mengu­rangi: sejak bercerai dgn Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yg nyata, melain­kan ~ yg telah ada; menyusutkan menjadikan susut, menge­cilkan, mengurangkan: jatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung; susutan (Eko) kemerosotan nilai barang (yg dipergunakan dlm perusahaan atau pernia­gaan); kesusutan perihal susut, kekurangan, ke­merosotan; penyusutan perihal menyusutkan (mengu­rangkan, mengecilkan), pengecilan, pengu­rangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sut] | سوسوت

Definisi : Kl; menyusut menyembunyikan, menyorokkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sut] | سوسوت

Definisi : 1 semakin berkurang jumlahnya (nilainya dsb): Nilai barang-barang ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak sepuluh peratus. 2 semakin pendek atau semakin kecil; mengecut: Kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh. 3 turun parasnya atau turun permukaannya (bkn air); surut: Paras air di jambatan Jertih masih belum ~ lagi. 4 lebih kurus drpd biasa: Mengapa badan engkau ~ sekarang? menyusut menjadi susut; berkurang. menyusutkan menjadikan susut; mengurangkan. penyusutan hal (perbuatan dsb) menyusut atau menyusutkan; pengurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berkurangan: menurun, merosot, susut, usak,

2. Bersinonim dengan mengecil: mengecut, mengerut, kempis, seruh, menyentap, centet,
Berantonim dengan mengembang

3. Dalam konteks paras air
bersinonim dengan surut
Berantonim dengan pasang

Kata Terbitan : menyusut, menyusuti, kesusutan,

Puisi
 

Kalau tuan menggulai belut,
     Menggulai mari dengan pengatan;
Kalau hati sudah susut,
     Tanah di Benut kutinggalkan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mengekor mencit.

Bermaksud :

Modal yang makin susut.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
voltage dropsusut voltanTeknikElektrikSusut tekanan dalam litar elektrik yang disebabkan oleh rintangan pengalir arus atau beban. Susut ini wujud pada setiap litar elektrik. Susut voltan pengalir berkadar terus dengan panjang pengalir dan berkadar songsang dengan luas muka keratannya. Susut voltan pada beban diukur dengan meter volt, merintangi sesuatu komponen/beban elektrik. Susut voltan dimudahkan dalam persamaan V = x R.
anyam susutanyam susutKesenianTiadaTeknik menyusupkan helaian bahagian hujung anyaman untuk mematikannya.
double-declining-balance depreciation methodkaedah susut nilai baki kurangan gandaPentadbiranTiadaKaedah susut nilai dipercepat, iaitu peratus susut nilai digandakan dan dikira terhadap baki nilai buku.
classified account depreciation methodkaedah akaun susut nilai dikelaskanKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah perakaunan yang menentukan susut nilai dengan mengelaskan peralatan ke dalam satu kumpulan umum dan kadar susut nilai keseluruhan ditentukan.
vintage account depreciation methodkaedah akaun susut nilai vintajKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah perakaunan yang menentukan susut nilai dengan mengumpulkan hayat perkhidmatan peralatan yang hampir sama ke dalam satu kumpulan dan kadar susut nilai kumpulan tersebut ditentukan.
depreciation pawn itemsusut nilai barang gadaianEkonomiEkonomi IslamKemerosotan nilai barang gadaian akibat penurunan kualitinya. Sekiranya berlaku susut nilai, pegadai boleh meminta tambahan barang gadaian bagi menampung kekurangan nilai pada barang gadaian. Oleh itu, untuk mengelakkan berlakunya masalah susut nilai, barang gadaian dihadkan kepada barang yang nilainya terjamin seperti emas.
BTPC (binary tree predictive coding)BTPC (pengekodan teramal pepohon dedua)Teknologi MaklumatTiadaKaedah pemampatan untuk grafik tak bergerak yang mengendalikan kedua-dua pemampatan susut dan tak susut. BTPC amat berkesan untuk penghantaran dan penyampaian gambar foto.
physical depreciationsusut nilai fizikalKejuruteraanKejuruteraan KimiaSusut nilai peralatan yang disebabkan oleh perubahan aspek fizikal yang menyebabkan penurunan kecekapan.
functional depreciationsusut nilai berfungsiKejuruteraanKejuruteraan KimiaSusut nilai peralatan yang disebabkan oleh keusangan, perubahan permintaan pelanggan, perubahan polisi, dan faktor ekonomi.
accelerated depreciationsusut nilai cepatEkonomiTiadaSuatu bentuk susut nilai harta tetap pada kadar yang lebih tinggi daripada kadar biasa digunakan dalam perakaunan untuk mendapatkan faedah cukai.
12345678910...

Kembali ke atas